Gaya Tidur Gambarkan Personaliti Diri? Ada #7 Posisi Tidur Untuk Dikenal Pasti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/03/2020

Ketika tidur pastinya banyak gaya tidur yang akan kita buat. Tetapi pernah tak dengar orang mengatakan posisi tidur boleh menggambarkan personaliti diri? Adakah ia benar? Hmmm…jom bongkar!

Gaya tidur vs personaliti diri

Tidur merupakan satu perkara yang akan dilakukan oleh setiap individu. Dan percayakah anda apabila ada yang mengatakan untuk mengetahui tentang personaliti seseorang individu, kita hanya perlu melihat cara tidur untuk mendapatkan gambaran eksklusif mengenai keperibadian sebenar seseorang?

Sesuatu yang sukar untuk dipercayai, bukan? Namun, benarkah posisi tidur menggambarkan personaliti diri?

Pelbagaikajian dan penyelidikan telah dilakukan untuk mempelajari dan mengenal pasti corak tidur yang paling umum dan personaliti individu. Teruskan membaca artikel ini untuk mungkin lebih dapat mengenali personaliti diri.

7 posisi tidur 

  1. Fetal

posisi-tidur

Gaya tidur seperti janin ini adalah apabila anda membengkokkan lutut anda ke arah dada. Ia dipanggil fetal kerana ia seperti kedudukan bayi dalam janin ibunya. Dikatakan individu wanita lebih kerap tidur dalam kedudukan seperti ini berbanding lelaki. Merupakan posisi tidur paling popular.

Ciri-ciri personaliti: Digambarkan seperti cengkerang; keras diluar, tetapi lembut pada bahagian dalam.  Individu dalam gaya ini biasanya pemalu pada pertemuan yang pertama, tetapi apabila mereka sudah selesa dengan anda, mereka akan menjadi lebih terbuka dan tenang. Sensitif. Ada masanya menjadi seorang yang keterlaluan dalam berfikir dan gemar menjadi risau tanpa sebab.

  1. Log

tidur

Keadaan tidur yang berbaring pada sisi sebelah badan, kaki lurus ke bawah dengan tangan turut berada di sisi. Ia dikatakan gaya tidur yang membosankan.

Ciri-ciri personaliti: Merupakan individu yang mudah mesra, periang dan popular. Seorang individu gemar bersosial, namun gemar untuk bersama dengan mereka yang agak berstatus. Mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menyebabkan golongan ini mudah tertipu.

  1. Yearner

tidur-menggambarkan-personaliti

Posisi tidur seperti Log, cuma kedudukan tangan anda menghulur ke depan, seperti sedang mengambil sesuatu, atau ingin memegang seseorang.

Ciri-ciri personaliti: Dikatakan individu yang agak rumit. Berfikiran terbuka tetapi tidak mudah tertipu. Seorang yang agak sinis dan mudah curiga. Agak perlahan dan lambat dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi apabila sekali mencapai keputusan, mereka akan berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat.

  1. Soldier

tidur-menggambarkan-personaliti

Seperti nama yang diberikan, gaya tidur ini adalah seperti seorang tentera – berbaring, kedudukan menegak dan tangan di sisi.

Ciri-ciri personaliti: Digambarkan sebagai individu yang pendiam, kuat, serius,  tegas serta mempunyai piawaian tahap moral yang ketat dan tinggi untuk diri sendiri. Seorang yang boleh menyesuaikan diri dengan baik, mengetahui tujuan kehidupan dan berusaha mencapainya. Tidak gemarkan kekecohan. Namun, individu yang tidur pada posisi ini mungkin mengalami masalah tidur berdengkur.

  1. Freefaller

tidur

Kedudukan tidur meniarap, tangan seperti memeluk bantal dan kepala memandang ke sisi. Kedudukan tidur meniarap ini dikatakan agak kurang selesa, malah boleh mendatangkan kesakitkan pada bahagian leher. Tetapi individu yang gemar tidur dalam posisi ini, menikmati posisi tidur sebegini dan sukar untuk mengubahnya.

Ciri-ciri personaliti: Dikatakan sebagai individu yang berani, terbuka, suka bergembira dan ramah. Cenderung untuk menghadapi sesuatu yang berisiko tetapi tidak mempunyai kekuatan mental dan emosi untuk menangani kritikan atau situasi yang tidak masuk akal. Cepat dilanda kegelisahan dan gemar untuk menjadi seseorang yang memegang kawalan kepada sesuatu keadaan.

  1. Starfish

tidur

Seperti namanya, kelihatan seperti bintang tidur di atas katil. Merupakan gaya tidur yang kurang popular.

Ciri-ciri personaliti: Merupakan individu yang bersemangat untuk membantu dan mendengar pemasalahan rakan-rakan. Dikatakan sebagai individu yang amat disenangi, kerana menjadi seorang yang setia dan memberikan keutamaan dalam persahabatan. Tidak suka menjadi tumpuan ramai dan suka menjauhkan diri dari perhatian. Tetapi seperti Soldier, individu yang tidur sebegini turut berdepan dengan masalah tidur berdengkur.

  1. Stargazer

personaliti diri

Bukan satu keadaan tidur yang popular. Ia merupakan gaya berbaring, dengan kedua belah tangan berada di belakang kepala.

Ciri-ciri personaliti: Individu yang periang, rasioanal, ceria dan berpandangan positif dalam kehidupan. Mengutamakan rakan dan sanggup melakukan apa sahaja kepada mereka yang disayanginya. Romantis dan mudah bersosial serta bergaul. Individu tidur pada posisi ini mempunyai keperibadian diri yang sangat kuat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungking berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan

    Keanjalan tilam dan jenis bantal yang anda gunakan juga boleh menentukan tahap keselesaan anda. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    AWAS! Ini Bahayanya Jika Anda Gemar Tidur Meniarap

    Posisi tidur yang mana menjadi kegemaran anda? Jika anda gemar tidur meniarap, terdapat 3 kesan buruk yang menanti anda. Jom ketahui!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bagaimana Warna Mempengaruhi Mood?

    Adakah anda tertanya-tanya mengapa anda suka beberapa warna pada orang lain? Adakah anda pernah berfikir perasaan anda apabila memasuki sebuah bilik dengan warna yang tertentu, seperti biru, putih atau merah? Psikologi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    fakta-anak-ketiga

    Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    tidur

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    camelia

    Drama Camelia: Satu Individu, Dua Identiti, Betul Ke Wujud?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/02/2020