Apabila tiba musim pilihan raya, ia pasti akan menjadi antara topik perbualan hangat anda bersama rakan sepejabat.
Malah, ia mungkin boleh menyebabkan pertikaman lidah jika tidak dikawal dengan baik.
Oleh itu, jika anda perlu berbincang mengenai isu pilihan raya bersama rakan tempat kerja, cuba bincangkan topik secara neutral dan saling hormat-menghormati.
#3. Jauhkan diri daripada komen negatif
Media sosial merupakan antara medium komunikasi yang paling mudah berkembang dan paling bebas dalam memberikan pendapat.
Ada kalanya, komen-komen negatif akan memenuhi ruang komen halaman parti yang kita dukung atau mana-mana pimpinan politik.
Bagi mengelakkan rasa tekanan atau kegelisahan, elakkan menyertai mana-mana komen negatif dalam ruangan komen tersebut.
Cukup sekadar melihatnya atau membalas dengan komen yang lebih positif.
#4. Buat aktiviti lain yang menenangkan selain proses pilihan raya

Anda juga boleh membuat aktiviti lain yang tidak berkaitan langsung dengan pilihan raya.
Sebagai contoh, anda boleh melakukan hobi harian anda atau membuat kerja-kerja mengemas rumah pada waktu petang bersama ahli keluarga.
Anda juga boleh bersenam untuk menaikkan mood gembira anda.
#5. Gunakan bakat anda membantu calon pilihan raya
Bagi meningkatkan semangat positif dalam diri anda, anda mungkin boleh terus melibatkan diri dengan kempen dan proses pilihan raya.
Gunakan bakat anda sebaik mungkin untuk membantu parti atau calon kegemaran anda.
Dengan ini, anda akan lebih banyak berinteraksi secara fizikal dengan orang di sekeliling berbanding hanya melihat komen-komen negatif di media sosial.
Kesimpulan
Ikuti tip yang kami kongsikan ini bagi mengurangkan rasa resah anda sepanjang musim berkempen, pengiraan undi dan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.
Namun, jangan lupa keluar mengundi kerana ia merupakan tanggungjawab anda sebagai penentu masa depan negara.
Paling penting, pastikan anda membuat semakan pilihan raya terlebih dahulu seperti lokasi mengundi, saluran dan juga bilangan di pusat mengundi sebelum pergi mengundi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen