Tak Boleh Tidur Malam? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Ubat Tidur!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    Tak Boleh Tidur Malam? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Ubat Tidur!

    Tidak boleh tidur malam? Sedang mencari ubat tidur kuat yang boleh anda dapatkan di farmasi berdekatan? Sebelum anda beli apa-apa jenis ubat tidur paling kuat di farmasi, ketahuilah bahawa ia tidak boleh dijual sembarangan tanpa preskripsi daripada doktor.

    Ubat tidur boleh membawa mudarat sekiranya digunakan tanpa pemantauan doktor. Selain itu, ia juga hanya boleh diambil dalam satu jangka masa yang pendek.

    Lama-kelamaan, kesan ubat akan berkurangan kerana badan akan mula menyesuaikan diri dengan ubat tersebut.

    Sekiranya anda ingin mengambil ubat tidur, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

    Ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai ubat tidur dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

    Apakah maksud ubat tidur kuat?ubat tidur kuat

    Seperti namanya, ubat ini membantu anda tidur. Individu yang mempunyai masalah tidur seperti insomnia boleh mengambil ubat ini untuk membantu mereka tidur dengan lebih mudah.

    Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu anda tidur kembali sekiranya terjaga pada waktu malam.

    Ada banyak jenis pil tidur yang ada di pasaran. Semuanya berfungsi dengan cara yang berbeza.

    Secara purata, 8/10 orang mengalami kesan sampingan selepas mengambil ubat tidur.

    Mereka rasa pening kepala, tidak dapat berfikir dengan jelas, sering loya dan mempunyai masalah untuk menyeimbangkan diri.

    Semua masalah ini boleh memberi impak terhadap pelajaran, kerja dan juga aktiviti harian lain.

    Sebelum mengambil apa-apa jenis pil tidur, pastikan anda pertimbangkan baik buruknya terlebih dahulu.

    Pil tidur paling berkesan sekiranya diambil untuk jangka masa pendek. Sebagai contoh, anda boleh ambil pil tidur untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak ketika melancong.

    Selain itu, ia juga dapat membantu sekiranya anda mempunyai masalah tidur disebabkan peristiwa genting dalam hidup seperti kematian ahli keluarga, penceraian dan sebagainya.

    Dapatan kajian:

    1. Pil tidur didapati tidak dapat membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti pada waktu malam.
    2. Kebanyakannya akan tidur dalam masa 8-20 minit lebih awal. Jadi, anda hanya boleh tidur 35 minit lebih lama daripada biasa!

    Apakah ubat tidur paling kuat di farmasi?

    Ubat tidur tidak boleh dibeli tanpa preskripsi.

    Namun, ada beberapa jenis bantuan tidur yang mungkin anda boleh dapatkan secara over-the-counter di farmasi berdekatan.

    Sebagai contoh, ubat yang mengandungi antihistamin mungkin dapat membuatkan anda rasa mengantuk dan tidur lebih lena.

    Ada juga yang mengambil pil melatonin untuk membantu tidur.

    Melatonin merupakan sejenis hormon yang dirembeskan badan untuk memudahkan kita melelapkan mata pada waktu malam.

    Kini, pil melatonin, juga dikenali sebagai melatonin gummies boleh dibeli di mana-mana sahaja, termasuklah secara atas talian.

    Pengambilan melatonin mungkin dapat membantu sesetengah orang tidur dengan lebih nyenyak.

    Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti apakah kesan pengambilan melatonin dalam satu tempoh masa yang panjang.

    Sekiranya anda ingin mengambil ubat tidur, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tertentu.

    Baca juga:

    Bagaimana pula dengan ubat tidur kuat yang diberi secara preskripsi?

    ubat tidur kuat

    Ubat tidur yang diberikan secara preskripsi selalunya lebih kuat daripada apa yang anda boleh beli di farmasi. Antara contoh ubat tidur kuat ialah:

    Ubat tidur kuat boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan. Antaranya:

    1. Sembelit atau cirit-birit.
    2. Sakit kepala.
    3. Mulut kering.
    4. Lemah otot.
    5. Masalah pencernaan.

    Langkah berjaga-jagaubat tidur kuat

    Pengambilan ubat tidur mungkin dapat membantu sekiranya anda sukar tidur malam.

    Di bawah, kami senaraikan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum mengambil ubat tidur.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan