#1. Membuat individu rasa selamat
Pertama, manusia juga sama seperti makhluk lain yang perlu bersosial dan berada dalam kalangan mereka untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat, aman dan harmoni.
Dengan berpegangan tangan bersama pasangan, maka ia akan menjadikan individu itu rasa lebih selamat daripada segala anasir tidak baik sama ada melibatkan fizikal atau mental.
Ketika berdiri atau berjalan di samping orang dicintai, lakukan ini untuk anda rasa lebih selamat!
#2. Merembeskan oksitoksin
Oksitoksin atau ‘hormon cinta’ ini akan dirembeskan oleh tubuh badan ketika melakukan aktiviti yang menggembirakan seperti berpelukan, berciuman atau berpegangan tangan untuk membuat diri rasa lebih gembira. Dengannya, akan datang dua manfaat lain di bawah ini.
#3. Menguatkan hubungan

Berpegangan tangan dengan pasangan anda akan merembeskan oksitoksin yang amat berkait rapat dengan rasa simpati, empati, percaya dan cinta – penting di dalam perhubungan.
Kesannya, ia bakal membuat individu dan pasangan itu lebih berterima kasih dan berpuas hati ketika bermesra sesama sendiri, sekali gus akan menguatkan lagi hubungan mereka.
Baca juga artikel berkaitan:
#4. Mengurangkan tekanan
Dalam pada itu, sentuhan fizikal pada tangan atau di anggota badan yang lain juga mungkin dapat menurunkan tahap tekanan darah dan kadar degupan jantung individu tersebut.
Kesannya, ia dapat menurunkan kortisol atau hormon stres di dalam tubuh badan. Apabila ia rendah, maka individu dapat jadi lebih tenang dan relaks di samping pasangan mereka.
Manfaat pegang tangan #5. Persefahaman
Saintis mendapati bahawa pasangan yang gemar dan kerap berpegangan tangan dapat membuat gelombang di dalam otak mereka itu lebih selari atau dalam erti kata lain – adanya persefahaman.
Apabila ia berlaku pula, maka individu dan pasangan akan lebih mudah bersetuju dan kurang berselisih pendapat sesama sendiri. Apa yang lebih menarik, mereka juga mungkin akan dapat berkomunikasi hanya dengan sentuhan sahaja!
#6. Bagus untuk otak dan jantung

Perbuatan memegang tangan ini memang bagus untuk organ otak kerana ia akan dapat mengawal emosi dan membuat mood individu itu menjadi lebih baik.
Begitu juga dengan organ jantung di mana ia dapat menurunkan tahap tekanan darah serta kadar degupan jantung. Maka, anda mungkin perlu lebih kerap pegang tangan pasangan.
#7. Melegakan rasa sakit
Akhir sekali, magis daripada berpegangan tangan dengan pasangan adalah ia mampu mengesan, mengawal dan bertindak balas dengan kesakitan yang berlaku pada fizikal individu.
Bayangkan situasi di mana anda terjatuh atau terlibat dalam kemalangan kecil, kesakitan akibat kejadian itu mungkin dapat dikurangkan melalui sentuhan dengan tangan pasangan.
Ini adalah angkara anda menerima simpati dan empati daripada pasangan namun ia tidak kekal!
Maka, pegang tangan pasangan anda!
Sama ada pegangan atau genggaman pada tangan pasangan anda itu longgar, ketat atau hanya di hujung jari, percayalah ia sangat penting untuk menyemarakkan lagi hubungan anda berdua.
Ia bukan sahaja bagus untuk mental malah juga fizikal individu dan pasangan. Jadi, tiada lagi sebab anda perlu malu apabila pegang tangan kerana ada banyak manfaat di sebaliknya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen