backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Segan Berdepan Orang Ramai? Kenal Pasti Tanda Pemalu Atau Fobia Sosial

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/10/2022

    Segan Berdepan Orang Ramai? Kenal Pasti Tanda Pemalu Atau Fobia Sosial

    Ramai orang akan merasa gementar atau menjadi sangat gelisah terutamanya dalam beberapa situasi, seperti ketika memberi ucapan alu-aluan atau menghadiri temu duga pekerjaan. Adakah ini dikira fobia sosial atau pemalu?

    Dengan fobia sosial, ketakutan anda berdepan khalayak ramai sangat kuat dan menguasai diri hingga anda akan cuba sedaya-upaya untuk menghindari setiap keadaan yang boleh mencetuskan ketakutan itu.

    Fobia ini sering muncul pertama kalinya semasa kanak-kanak atau awal remaja, dan juga cenderung untuk terjadi pada wanita.

    Apa itu fobia?

    Fobia adalah ketakutan yang kuat terhadap sesuatu yang pada hakikatnya, tidak berisiko untuk menimbulkan bahaya.

    Fobia dan ketakutan biasanya boleh berlaku ketika seseorang masuk ke tempat tertutup, melibatkan ketinggian, pemanduan di lebuh raya, serangga yang terbang, ular atau jarum.

    Walaupun kebanyakan fobia terjadi pada masa kanak-kanak, ia juga dapat berkembang di kemudian hari ketika meningkat dewasa.

    Sekiranya anda mempunyai fobia, anda mungkin menyedari bahawa ketakutan anda tidak rasional, namun anda masih tidak dapat mengawal perasaan takut anda.

    Hanya dengan memikirkan objek atau situasi yang ditakuti boleh membuat anda cemas dan apabila anda benar-benar terdedah kepada perkara atau keadaan yang anda takuti, fobia itu secara langsung akan berlaku.

    Pengalaman ini mungkin hingga ke tahap menganggu hidup anda meskipun anda sedaya upaya cuba untuk menghindarinya namun masih gagal.

    Dengan memahami fobia, itu akan menjadi langkah pertama anda untuk mengatasinya.

    Sekiranya masalah fobia anda dapat diatasi, tidak kira apa pun atau di mana tempat anda berada, anda akan dapat mengatasi kegelisahan dan ketakutan anda dan mula menjalani kehidupan seperti yang anda mahukan.

    Fahami perbezaan antara pemalu dan fobia sosial

    Walaupun fobia sosial dan rasa malu mempunyai persamaan, namun terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

    Pemalupemalu atau fobia sosial

    Melibatkan kegelisahan, over thinking dan malu akan penolakan, atau gabungan antara ketiga-tiga dalam situasi sosial dan interpersonal.

    Malu dianggap sebagai aspek keperibadian yang normal yang menggabungkan pengalaman kegelisahan sosial dan tingkah laku yang terjadi, tetapi juga masih digambarkan sebagai ‘perangai yang normal.’

    Malu turut diklasifikasikan sebagai ciri keperibadian seseorang individu.

    • Fobia sosial

    Fobia sosial diklasifikasikan sebagai ketakutan, keresahan atau perkara yang menyiksakan ketika berada dalam situasi sosial mahupun dalam khalayak ramai.

    Perkara ini membuatkan sehingga individu yang terjejas akan cuba untuk menghindari situasi ini sepenuhnya kerana mereka bakal mengalami kesulitan yang amat sangat terhadap diri sendiri.

    Situasi yang biasanya ditakuti oleh orang-orang yang mempunya fobia sosial termasuk:

    • Bercakap di hadapan orang lain
    • Pergi ke pesta
    • Bercakap dengan orang yang tidak dikenali
    • Makan, minum, menulis atau menggunakan telefon di hadapan orang lain
    • Menggunakan tandas awam
    • Menggunakan pengangkutan awam
    • Menunggu di dalam barisan

    pemalu atau fobia sosial

    Memasuki situasi yang ditakuti biasanya menimbulkan tindak balas badan termasuk:

    • Degupan jantung yang laju
    • Rasa mual atau sakit perut
    • Getaran pada tangan
    • Peluh yang berlebihan
    • Muka mula merah
    • Kesukaran untuk bercakap
    • Tahap kesedaran diri dan perasaan malu yang sangat tinggi
    • Ketakutan terhadap pemikiran bahawa orang lain menilai mereka
    • Akan cuba mengelakkan situasi sosial sama sekali

    Perbezaan utama antara kedua definisi adalah bahawa fobia ini tidak dianggap sebagai aspek keperibadian ‘normal’ atau termasuk dalam ciri keperibadian sedangkan seorang yang pemalu adalah sebaliknya.

    Elak fobia sosial

    Terdapat beberapa cara bagi mengelak serta mencegah fobia yang melampau iaitu seperti:

    1. Ketawa dan bersukan. Tiada yang membantah apabila dikatakan banyak ketawa itu menyihatkan. Dengan cara ini dapat mengelakkan emosi yang negatif. Bersukan sekitar 20 hingg 30 minit sehari turut mampu menghilangkan rasa cemas anda berada di khalayak ramai.
    2. Teknik pernafasan yang teratur iaitu tarik nafas dalam-dalam, tahan, kawal nafas dan fokuskan fikiran pada perkara lain dan kemudian menghembus nafas.
    3. Mengamalkan cara pemikiran yang positif. Pemikiran positif adalah kebolehan seseorang individu itu melihat situasi persekitarannya dari sudut yang positif walaupun kelihatan negatif.
    4. Elakkan pemakanan dan minuman yang menyebabkan gemuruh seperti yang mengandungi kafein (kopi, coke dan lain-lain).
    5. Sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang mungkin akan mewujudkan rasa cemas. Cubalah menyedari dan berwaspada pada situasi serta orang-orang yang berpotensi menimbulkan saat yang mencemaskan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan