Protein soya mempunyai keupayaan untuk menurunkan kolesterol dengan jumlah yang kecil tetapi signifikan, berdasarkan penyelidikan baharu yang diketuai oleh Hospital St. Michael di Toronto, Kanada.
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
Protein soya mempunyai keupayaan untuk menurunkan kolesterol dengan jumlah yang kecil tetapi signifikan, berdasarkan penyelidikan baharu yang diketuai oleh Hospital St. Michael di Toronto, Kanada.
Di samping tindakan U.S. Food and Drug Administration (FDA) yang merancang untuk mengeluarkan soya dari senarai makanan yang sihat kepada jantung, penyelidik di Hospital St. Michael menyatakan untuk menyediakan meta-analisis 46 percubaan sedia ada yang menilai soya dan menentukan apakah langkah yang dicadangkan itu sejajar dengan kajian sedia ada.
Daripada 46 ujian, 43 daripadanya menyediakan data yang mencukupi untuk meta-analisis. 41 ujian telah mengkaji kesan protein pada kolesterol lipoprotein berkepadatan rendah (LDL), yang sering disebut sebagai “kolesterol jahat’ kerana jumlahnya yang tinggi menyebabkan pembentukan kolesterol dalam arteri. Kesemua 43 kajian menyediakan data mengenai “jumlah kolesterol,’ yang mencerminkan jumlah keseluruhan kolesterol dalam darah.
Menurut Dr. David Jenkins, pengarang utama kajian tersebut, yang juga pengarah Clinical Nutrition and Risk Factor Modification Centre, dan saintis di Li Ka Shing Knowledge Institute of St. Michael’s Hospital, penyelidik mendapati bahawa protein soya mengurangkan kolesterol LDL sebanyak tiga hingga empat peratus pada orang dewasa – jumlah yang kecil tetapi signifikan.
Menurut Dr. Jenkins lagi, apabila seseorang menambah pergeseran lemak tepu yang tinggi dan daging yang tinggi kandungan kolesterol ke dalam diet yang juga terdiri dengan kandungan soya, pengurangan kolesterol mungkin juga menjadi lebih besar. Data sedia ada dan analisis mereka mencadangkan bahawa protein soya menyumbang kepada kesihatan jantung.
Dr. Jenkins dan pasukan penyelidikannya berharap agar hasil penyelidikan ini diambil kira dalam penilaian semasa protein soya oleh FDA memandangkan ia berkaitan dengan kesihatan jantung.
Menurut Dr. Jenkins lagi, beliau dan pasukan penyelidikannya berharap agar orang ramai akan terus mempertimbangkan diet berasaskan tumbuhan sebagai pilihan yang sihat.
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Dr. Shelby
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen