Umumnya mengetahui bahawa penternakan lembu bagi menghasilkan produk daging dan tenusu boleh menghasilkan banyak pelepasan gas rumah hijau, dan dengan permintaan yang berganda, kebimbangan ini semakin meningkat.
Anda pasti?
Umumnya mengetahui bahawa penternakan lembu bagi menghasilkan produk daging dan tenusu boleh menghasilkan banyak pelepasan gas rumah hijau, dan dengan permintaan yang berganda, kebimbangan ini semakin meningkat.
Tetapi disebalik itu, penggunaan daging lembu ini juga boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Bagaimanapun, keadaan ini belum difahami hingga sekarang.
Menurut World Economic Forum (WEF), beralih daripada daging lembu kepada proten alternatif lain boleh menyelamatkan berjuta-juta nyawa dan secara mendadak mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Penyelidikan baru yang dijalankan oleh Oxford Martin School untuk WEF menunjukkan bahawa usaha menggantikan daging terutama daging lembu boleh memberikan manfaat besar terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
Sebuah organisasi berpengaruh di Swiss ski resort of Davos mendedahkan bahawa 2.4% daripada kematian berkaitan diet global boleh dielakkan dengan mengelakkan daripada daging lembu.
Tidak sama sekali. Industri daging lembu dan tenusu sangat penting, bukan sahaja popular dalam kalangan pengguna tetapi ia juga menjadi punca pendapatan kebanyakan orang seluruh dunia. Bagaimanapun, cabaran utama terhadap permintaan daging yang semakin meningkatkan dan kesan buruknya terhadap alam sekitar dan kesihatan.
Tidak dinafikan bahawa permintaan untuk daging dijangka terus meningkat. Sehubungan itu, analisis terhadap 13 sumber protein termasuk daging lembu, khinzir dan ayam serta buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kekacang, pengganti bukan haiwan yang diproses seperti tauhu dan juga serangga telah dilakukan.
Ia mendapati bahawa bertukar daripada daging kepada protein alternatif boleh menyebabkan kesan negatif dan positif terhadap pengambilan nutrien, tetapi secara keseluruhan, peningkatan penggunaan alternatif memberikan peningkatan kesihatan.
Kacang, mycoprotein dan kacang peas menawarkan rangsangan kesihatan terbesar, dan didapati kemungkinan untuk mengurangkan kadar kematian sehingga tujuh peratus.
Oleh itu, dengan bukti yang jelas ini, sistem makanan perlu diubah bagi penjagaan masa depan planet kita.
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Eating less beef and more beans would cut deaths by 5-7% https://www.weforum.org/agenda/2019/01/eating-less-beef-will-and-more-beans-will-cut-global-deaths/ Accessed on Jan 07, 2019.
Drop beef and save millions of lives, slash emissions: WEF https://economictimes.indiatimes.com/news/environment/global-warming/drop-beef-and-save-millions-of-lives-slash-emissions-wef/articleshow/67375199.cms Accessed on Jan 07, 2019.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen