home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Makan Kacang semasa Mengandung?

Bolehkah Makan Kacang semasa Mengandung?

Menurut kajian daripada American Academy of Pediatrics pada tahun 2000, wanita mengandung perlu mengelak daripada makan kacang bagi mencegah daripada mendapat alergi pada bayi mereka.

Kehamilan adalah tempoh di mana anda perlu berhati-hati dalam memilih makanan, minuman, tabiat dan juga senaman harian.

Sesetengah wanita mengandung bimbang jika makanan yang mereka ambil boleh memberikan kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan manfaat pada kacang tanah. Dalam topik ini, anda akan mengetahui sama ada selamat ataupun tidak jika makan kacang semasa mengandung.

Jangan pandang ringan pada masalah alahan kacang

makan kacang

Alahan kepada kacang adalah salah satu jenis alahan makanan yang biasa dialami.

Simptom-simptomnya termasuklah kejang perut, loya, rasa sukar bernafas, bengkak pada lidah, gatal, rasa menyengat dalam mulut, atau anaphylaxis.

Anafilaksis ialah reaksi yang paling teruk kerana ia boleh membawa kepada penurunan dalam tekanan darah manusia.

Kemudian, laluan udara anda akan rasa terjerut, kadar jantung meningkat dan nadi akan menjadi semakin lemah.

Jika anda ada alahan terhadap kacang, anda perlu berhati-hati sebelum makan sebarang jenis makanan yang mengandungi kacang kerana ia boleh membahayakan kandungan anda.

Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kacang seperti produk coklat, makanan Asia, bijirin, bar granola, dan makanan lain yang dihasilkan di tempat yang sama dengan produk kacang.

Anda mungkin berminat:

Bolehkah ibu hamil makan kacang semasa mengandung?

makan kacang

Meskipun begitu, jika anda tidak ada alahan pada kacang, ini adalah berita baik untuk anda.

Kacang mengandungi banyak khasiat, lebih daripada yang anda fikirkan. Kacang mengandungi folat dan protein.

Menurut beberapa kajian, folat dan asid folik diketahui dapat mencegah kecacatan kelahiran, terutama dalam otak dan tulang belakang (spina).

Selain itu, protein memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi semasa trimester kedua dan ketiga.

Walau bagaimanapun, semasa kehamilan, deria bau dan rasa anda akan berubah.

Jika anda tidak boleh bau kacang semasa hamil, anda masih boleh mencari makanan lain yang turut mengandungi protein dan folat.

Sementara itu, ibu yang tidak mempunyai alahan untuk makan kacang 5 kali seminggu atau lebih adalah kurang cenderung mendapat bayi yang mengalami alahan kacang.

Kajian ini menunjukkan jika ibu memperkenalkan makanan pejal lebih awal boleh membantu membina toleransi makanan kepada bayi, sekali gus merendahkan risiko mendapat alahan.

Selain itu, jika anda mempunyai sejarah keluarga alergi, bayi anda mungkin berisiko tinggi mendapat alahan.

Oleh itu, sebelum mengambil sebarang produk yang mengandungi kacang, dapatkan konsultasi daripada doktor anda dahulu untuk memastikan anda dan bayi selamat.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x