6 Jenis Obesiti

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Obesiti adalah keadaan kesihatan umum yang bukan sahaja dihadapi orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja juga. Walaupun terdapat banyak penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser berpunca daripada diabetes, sesetengah orang masih kurang peduli tentang keadaan kesihatan ini. Artikel ini akan menyediakan pembaca dengan maklumat berguna mengenai obesiti.

Kenali obesiti

Obesiti ditakrifkan sebagai keadaan pengumpulan terlalu banyak lemak badan yang meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mereka. Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk menentukan tisu adipos (tisu yang dipenuhi lemak) yang berlebihan tetapi cara yang paling biasa adalah dengan Indeks Jisim Badan (BMI). Jika BMI anda turun naik antara 25 dan 29.9, anda akan dianggap sebagai mempunyai berat badan berlebihan.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan obesiti

Obesiti dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain:

Genetik

Obesiti mempunyai hubungan yang kuat dengan komponen genetik. Jika ibu bapa anda mempunyai obesiti, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya.

Pemakanan yang tidak sihat:

  • Makan makanan segera dalam jumlah yang banyak
  • Minum terlalu banyak alkohol dan minuman bergula
  • Kerap makan di luar. Apabila tidak menyediakan makanan sendiri, anda tidak boleh mengawal pengambilan gula.

Kekurangan aktiviti fizikal

Ramai orang mempunyai pekerjaan yang berkaitan dengan duduk di meja dan bekerja dengan komputer sepanjang hari, menyebabkan masa aktif terhad. Jika anda tidak cukup “bergerak” , tenaga daripada makanan yang anda makan disimpan dalam badan anda dalam bentuk lemak.

Gangguan emosi

Tekanan, kebimbangan, kemurungan atau sakit kronik boleh membawa kepada makan berlebihan. Dalam tempoh ini, ramai yang cenderung untuk makan lebih banyak dengan harapan lebih bahagia.

Keadaan atau masalah kesihatan

Mempunyai beberapa keadaan kesihatan seperti sindrom Cushing atau hipothyroidisme dan mengambil antidepresan (ubat mengurangkan kemurungan) atau kortikosteroid tertentu juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

6 jenis obesiti

Punca yang berbeza membawa kepada pelbagai jenis obesiti. Beberapa penyelidikan telah mengenalpasti 6 jenis utama obesiti; masing-masing dengan punca tertentu, kesan sampingan, dan rawatan.

  • Obesiti aktif. Obesiti jenis ini berkait rapat dengan kekurangan aktiviti fizikal. Dalam obesiti jenis ini, bahagian badan tertentu dengan cepat membentuk lemak dan menjadi tidak sihat.
  • Obesiti makanan. Jika anda ketagihan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan makanan ringan, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai obesiti jeni ini.
  • Obesiti keresahan. Jenis ini dikaitkan dengan tahap tekanan atau kemurungan. Untuk mengelakkannya, anda perlu mengawal emosi dan perasaan anda.
  • Obesiti gluten. Ia adalah perkara biasa dalam kalangan wanita. Ia sering berlaku semasa tempoh perubahan hormon, seperti akil baligh, kehamilan, dan menopaus.
  • Obesiti vena. Masalah pada aliran darah dalam vena merupakan salah satu penyebab obesiti. Ia adalah masalah genetik, jarang dijumpai dan lebih biasa berlaku semasa┬ákehamilan.
  • Obesiti aterogenik. Ini adalah satu keadaan sangat berbahaya yang berkaitan dengan penyalahgunaan alkohol. Ia juga boleh menjejaskan organ-organ anda yang lain dan menyebabkan masalah pernafasan.

Obesiti berbahaya kerana akan membawa kepada beberapa kesan sampingan yang negatif ke atas badan anda. Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik dan rawatan sewajarnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.