backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada RISIKO Dijangkiti COVID-19 Atau Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/01/2021

    Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada RISIKO Dijangkiti COVID-19 Atau Tidak?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Seperti yang kita sedia maklum, pesakit wabak virus korona baharu (COVID-19) menunjukkan simptom yang berbeza.

    Ada yang mengalami demam dan batuk dan ada juga yang alami simptom gastrousus seperti cirit-birit sebagai manifestasi utama.

    Apa yang masih tidak jelas adalah faktor apakah yang menentukan tahap keterukan simptom yang akan dialami oleh seseorang itu.

    Jumlah mereka yang dijangkiti virus COVID-19 di seluruh dunia sedang meningkat perlahan-lahan menuju ke angka 4 juta.

    Sudah terang lagi bersuluh keadaan ini semakin parah meskipun ia berbeza mengikut negara.

    Di Malaysia, statistik jangkitan COVID-19 adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Artikel ini akan membincangkan mengenai faktor sistem pertahanan badan yang boleh mempengaruhi kebarangkalian jangkitan COVID-19.

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Pembentukan antibodi dan HLA oleh sistem imun badan untuk basmi virus COVID-19

    Apabila berbicara mengenai sistem imun manusia, mungkin ramai sudah familiar dengan konsep pembentukan antibodi.

    Mikroorganisma asing yang memasuki badan akan mencetuskan reaksi sel darah putih. 

    Perkara ini akan menyumbang kepada pembentukan antibodi badan.

    Ia mengambil sedikit masa namun apabila antibodi sudah terbentuk, ia berupaya untuk membasmi kuman yang menyebabkan jangkitan.

    Walau bagaimanapun, fokus utama penulis adalah berkaitan dengan sekelompok maklumat genetik yang dikenali sebagai antigen leukosit manusia (HLA).

    Ia merupakan kod maklumat bagi menghasilkan sejenis protein yang terdapat pada permukaan sel.

    Dengan kata lain, sel yang menjadi kilang kepada penghasilan virus akan memberikan isyarat berbeza kepada sistem pertahanan badan.

    Perkara ini membolehkan sel darah putih untuk bertindak dengan lebih efisien, membasmi atau memusnahkan sel yang dijangkiti.

    Oleh sebab HLA merupakan 1 set maklumat genetik, ia bukanlah faktor yang boleh diubah sesuka hati.

    Pada tahun 2007, satu kajian yang dijalankan oleh sebuah Universiti di Hong Kong telah menunjukkan HLA subjenis tertentu meningkatkan risiko untuk mendapat sindrom pernafasan akut teruk (SARS).

    SARS merupakan jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga coronaviridae sama seperti virus COVID-19.

    Oleh sebab keduanya mempunyai struktur genetik yang lebih kurang sama, tidak mustahil untuk virus COVID-19 berkeupayaan menyebabkan masalah yang sama.

    Sistem imun badan yang fleksibel bantu manusia basmi kuman

    Maklumat genetik merupakan salah satu komponen penting yang boleh menentukan reaksi sistem imun badan terhadap COVID-19.

    Masih banyak perkara yang kita belum fahami berkaitan dengan virus korona baharu.

    Walau bagaimanapun, oleh sebab ia mempunyai struktur genetik yang lebih kurang sama dengan virus SARS, kebanyakan kajian tertumpu kepada faktor yang boleh mempengaruhi virus  tersebut.

    Pemahaman terhadap konsep HLA yang berbeza pada setiap individu boleh memberikan gambaran yang jelas mengenai fungsi sistem imun.

    Menurut Dr Brianne Barker, Pakar Imunologi dari Universiti Drew, sistem pertahanan badan manusia sangat fleksibel.

    Ia boleh beradaptasi dengan faktor persekitaran bagi memastikan tiada anasir luar yang masuk dan menyebabkan jangkitan.

    Terdapat juga saintis yang percaya bahawa mereka yang pernah dijangkiti oleh mana-mana jenis virus korona, mempunyai sistem imun yang kuat untuk melawan COVID-19.

    Ini tidak bermakna mereka terlindung sepenuhnya daripada jangkitan tersebut. 

    Meskipun begitu, mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan mereka yang tidak pernah dijangkiti oleh virus korona.

    Pelbagai jenis faktor yang boleh mempengaruhi keutuhan sistem pertahanan badan.

    Selain daripada komponen genetik, gaya hidup juga memainkan peranan penting.

    Sekuat manapun sistem pertahanan badan anda, jika terdapat faktor yang boleh meningkatkan keupayaan virus untuk menjangkiti sel, anda berisiko mendapat COVID-19.

    Sebagai contoh, mereka yang merokok mempunyai jumlah reseptor ACE2 yang tinggi. 

    Ia berupaya untuk menjadi pintu masuk virus COVID-19 ke dalam sel.

    Ribut sitokin, apabila sistem pertahanan badan anda bertindak secara melampau

    sistem imun

    Apabila protein pengisyaratan yang dikenali sebagai sitokin dirembeskan oleh sel, sistem imun badan akan bertindak berpandukan kepada isyarat yang diberikan.

    Ia merupakan 1 tindak balas normal bagi menggalakkan sel imun lain untuk turut bertindak menjadikan fungsi pertahanan badan efektif.

    Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak jumlah sitokin yang dirembeskan, ia boleh menyebabkan kerosakan pada sel sihat.

    Oleh sebab itulah ribut sitokin boleh mempengaruhi tahap keterukan simptom yang boleh dialami oleh pesakit.

    Perkara ini terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah pada fungsi sel imun seperti orang tua.

    Sel darah putih mereka tidak mempunyai fungsi yang normal menyebabkan keradangan berlebihan pada sel paru-paru.

    Ia boleh menjurus kepada simptom pernafasan teruk dan ada dalam kalangan mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

    Setakat ini, kajian tertumpu kepada sitokin yang dikenali sebagai interleukin 6 (IL-6) yang dianggap dalang di sebalik ribut sitokin.

    Ujian klinikal menggunakan ubat yang mampu menghalang fungsi IL-6 boleh memberikan gambaran yang lebih jelas.

    Konklusi

    virus korona

    Fungsi sistem imun penting dan ia dapat menentukan tahap keterukan jangkitan COVID-19.

    Walau bagaimanapun, ia bukanlah 1 aspek yang mudah difahami.

    Pelbagai faktor boleh mempengaruhi fungsinya dan risiko seseorang itu untuk mendapat masalah ribut sitokin.

    Walau apa pun, kajian masih sedang dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut peranan sitokin dalam COVID-19.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan