home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

PKP Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu, Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat & Senang

PKP Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu, Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat & Senang

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan waktu kita dihabiskan di rumah. Bagi golongan ibu bapa, saat ini semestinya amat menggembirakan kerana boleh meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Namun, ibu bapa juga pasti buntu apabila memikirkan menu yang perlu dimasak setiap hari. Solusi yang kami sediakan ini mungkin boleh membantu anda menyediakan menu makanan sihat untuk ahli keluarga semasa PKP berlangsung.

Ini perkembangan semasa mengenai pandemik COVID-19 di Malaysia:

Tip penyediaan menu makanan sihat

Berikut adalah 5 tip menu makanan sihat yang boleh anda amalkan di rumah sewaktu PKP.

Tip menu makanan sihat 1: Pilih makanan segar

pandemik covid-19

Pembelian, penyimpanan dan penyediaan sumber makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging boleh menjadi satu perkara yang mencabar sewaktu PKP.

Ini kerana kita dinasihatkan untuk mengurangkan perjalanan ke luar rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk urusan penting seperti membeli barangan keperluan harian atau pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Jom cuba resepi jus sihat ni! Tak kan masa kuarantin ni nak minum Dalgona Coffee je, ye tak?

Posted by Hello Doktor on Friday, April 3, 2020

Buah dan sayur boleh disejuk bekukan bagi mengekalkan nutrien dan mengelakkannya daripada cepat rosak.

Petua menu makanan sihat 2: Alternatif untuk produk makanan segar

Produk makanan segar semestinya adalah pilihan yang terbaik tetapi apabila ia tidak tersedia di pasar raya, anda masih boleh mendapatkan pilihan lain yang lebih sihat dan mudah disediakan.

Contohnya, kacang dalam tin boleh disimpan selama beberapa bulan bahkan bertahun-tahun, malahan ia juga kaya dengan kandungan nutrien.

Selain itu, ikan dalam tin seperti ikan sardin, tuna dan salmon juga kaya dengan kandungan protein, asid lemak omega-3 dan pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Artikel berkaitan: 7 Resepi GERENTI Siap 30 Minit, Tukar Menu Sepanjang #StayAtHome

Ikan dalam tin boleh dihidang begitu sahaja bersama roti sandwic, campuran hidangan salad atau boleh dimasak kembali sebagai lauk makan tengah hari anda.

Sumber bijirin seperti kacang kuda, beras dan pelbagai jenis bijirin lain juga merupakan pilihan terbaik kerana sifatnya yang tahan lama, dan mengenyangkan.

Anak nak mengunyah snek berkhasiat? Ini tip menu makanan sihat no. 3

pandemik covid-19

Kanak-kanak diketahui amat menggemari hidangan snek seperti makanan dan minuman ringan yang tinggi kandungan gula.

Disebabkan ini bukan jenis makanan yang terbaik untuk anak-anak, jadi kita perlu bertindak bijak dalam menyediakan hidangan snek yang lebih sihat untuk si kecil.

Artikel berkaitan: AWAS! Jangan Ambil 8 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

Anda boleh sediakan pilihan yang lebih sihat sebagai hidangan snek untuk si kecil seperti kekacang, keju, yogurt, buah-buahan segar, buah-buahan kering, atau telur rebus.

Boleh juga ambil buah-buahan segar bagi mendapatkan keperluan vitamin harian seperti vitamin C. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit dan pembentukan batu dalam buah pinggang anda.

menu makanan sihat

#4 Kurangkan pengambilan makanan yang diproses

Makanan yang telah diproses seperti sosej, nuget ayam, kentang goreng dan pelbagai jenis makanan ready-to-eat sememangnya kedengaran amat menyelerakan.

Namun anda juga perlu tahu makanan siap dimakan ini semestinya tinggi dengan kandungan lemak tepu, gula dan juga garam.

Sekiranya anda benar-benar ingin membeli produk makanan yang telah diproses ini, lihat terlebih dahulu kepada label pembungkusan produk tersebut.

Artikel berkaitan: 8 Makanan Boleh Bantu Cegah Jangkitan Coronavirus, Jom Amalkan Cepat!

Pilihlah produk yang kurang mengandungi bahan-bahan seperti lemak tepu, gula dan juga garam.

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan pembelian minuman ringan dan minuman bergula.

Nak minuman sihat? Tambahkan sahaja hirisan buah-buahan atau sayur-sayuran seperti buah lemon, limau, timun ataupun buah beri ke dalam minuman anda.

Tip menu makanan sihat 5: Jadikan memasak di rumah sebagai aktiviti keluarga

Memasak dan makan bersama adalah cara terbaik untuk mewujudkan aktiviti keluarga yang bermanfaat sewaktu PKP dilaksanakan.

Ia bukan sahaja satu aktiviti yang menyeronokkan malah menguatkan ikatan hubungan kekeluargaan sedia ada. Carilah peluang untuk melibatkan anak anda bersama semasa menyediakan hidangan makanan.

Si kecil boleh membantu membasuh sayur-sayuran atau membuka paket makanan sewaktu anda memasak dan menyediakan makanan.

Selain itu, anak anda juga boleh membantu mengemas meja atau menyediakan peralatan seperti pinggan dan sudu untuk makan malam. Anda juga boleh mengajak anak-anak bersenam di rumah.

menu makanan sihat

Kesimpulan

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda ini mungkin juga memberikan satu hikmah yang kita tidak sedar sebelum ini.

Ketika PKP berlangsung, kita mempunyai lebih banyak waktu untuk berada di rumah bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Ambil kesempatan sewaktu pandemik COVID-19 melanda ini untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya tubuh badan kita kuat untuk melawan penyakit.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.unicef.org/coronavirus/easy-affordable-and-healthy-eating-tips-during-coronavirus-disease-covid-19-outbreak

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 10/04/2020
x