
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pelbagai jenis kaedah rawatan dan pencegahan cuba untuk dikaji oleh saintis bagi melindungi populasi umum daripada wabak virus korona baharu (COVID-19).
Baru-baru ini, tular berkenaan dengan suntikan Bacillus Calmette Guerin (BCG) yang dikatakan mampu untuk menghindarkan simptom teruk COVID-19.
Adakah kenyataan tersebut benar?
Bukankah tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan keberkesanan satu rawatan dalam menghindarkan wabak?
Angka jangkitan di seluruh dunia kini sedang merangkak naik ke 3 juta.
Di Malaysia, jumlah kes positif COVID-19 adalah seperti berikut:
310,097
9,196
1,164
Jika tiada alternatif yang boleh menawarkan perlindungan terhadap COVID-19, jumlah pesakit akan terus meningkat.
Teruskan membaca untuk tahu sama ada suntikan BCG mampu untuk menjadi alternatif pencegahan yang berkesan.
Suntikan BCG, bukan sekadar hindar TB
Pelbagai jenis ubat yang sedang diuji keberkesanannya untuk merawat COVID-19.
Antaranya adalah remdesivir yang sedang melalui fasa ujian klinikal di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Disebabkan proses mengkaji keberkesanan dan profil keselamatan ubat mengambil masa yang agak lama, saintis melihat kepada vaksin sedia ada yang turut berkesan menentang COVID-19.
Antara yang diuji adalah vaksin BCG.
Suntikan BCG diberikan kepada populasi umum untuk menghindarkan penyakit tuberkulosis atau batuk kering.
Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menjangkiti sistem pernafasan manusia.
Suntikan BCG bukan sahaja menghindarkan jangkitan TB daripada menular, malah ia mampu mengurangkan tahap keterukan penyakit bagi mereka yang dijangkiti.
Secara puratanya, setiap tahun, lebih daripada 100 juta bayi menerima suntikan BCG.
Ia telah disenaraikan sebagai ubat yang perlu diberikan kepada setiap individu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Anda mungkin berminat:
- 3 Subjenis COVID-19 Berlainan Dijumpai Di Seluruh Dunia! Adakah Virus Ini Sedang Bermutasi Dengan Cepat?
- Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini
Dengan kata lain, suntikan BCG hanya menurunkan kebarangkalian anda untuk mendapat jangkitan. Ia tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.
Kenapa suntikan BCG boleh cegah virus korona baharu?
Ini merupakan persoalan yang membuatkan saintis turut bingung.
Setakat ini tiada penjelasan saintifik berkenaan dengan mengapa suntikan BCG boleh mencegah jangkitan COVID-19.
Kesimpulan berkenaan dengan kebolehan BCG untuk merawat atau mencegah jangkitan wabak pandemik timbul berdasarkan pemerhatian pada beberapa kajian.
Pada tahun 2014, kajian yang dijalankan oleh Lone Graff dan sekumpulan saintis lain telah menunjukkan keberkesanan BCG dalam menghindarkan jangkitan peparu.
Apa yang menakjubkan adalah ia bukan sahaja mampu mengurangkan risiko jangkitan TB malah virus sistem pernafasan yang lain.
Perkara yang sama turut dibuktikan melalui kajian yang dibuat di hospital Sepanyol.
Mereka yang mendapat suntikan BCG mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan pernafasan teruk yang memerlukan rawatan di hospital.
Baca juga:
Jangan Serbu Hospital, Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Jalani Ujian Saringan COVID-19
Kajian di Brazil turut mengaitkan hubungan di antara suntikan BCG dengan kadar kematian rendah dalam kanak-kanak akibat pneumonia.
Berdasarkan kepada dapatan yang dikumpulkan, ia jelas menunjukkan kebolehan BCG untuk meningkatkan keupayaan sistem imun secara tidak spesifik.
Perkara ini telah mendorong pengkaji dari Institut Kajian Kanak-kanak Murdoch di Australia untuk memulakan ujian klinikal.
Ia melibatkan kira-kira 4,000 kakitangan kesihatan dan dijangka mengambil masa kira-kira 6 bulan dari tarikh mula.
Mereka tidak beranggapan bahawa suntikan BCG akan menjadi satu bentuk rawatan sempurna untuk tangani COVID-19.
Namun, jika ia boleh meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan, ia boleh menjadi aset berharga bagi melawan wabak pandemik.
Negara dengan program imunisasi BCG meluas alami kadar kematian yang rendah
Seperti yang pembaca sedia maklum, BCG merupakan satu bentuk imunisasi yang disertakan di dalam program imunisasi nasional.
Pendek kata, Malaysia mempunyai kadar pemberian suntikan BCG yang agak meluas.
Konklusi
Jika kajian klinikal menunjukkan suntikan BCG berkesan untuk menurunkan kadar jangkitan teruk, kita sudah mengambil langkah yang penting untuk membasmi wabak.
BCG merupakan imunisasi percuma yang diberikan oleh kerajaan di bawah program imunisasi nasional.
Setakat ini, tiada bukti yang jelas menunjukkan ia berkesan merawat jangkitan virus korona baharu.
Namun, kita hanya boleh berharap.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.