backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kenali Masalah Mata Yang Lazim Dialami Seiring Peningkatan Usia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2021

Kenali Masalah Mata Yang Lazim Dialami Seiring Peningkatan Usia

Seiring pertambahan usia, kadar penglihatan semakin menurun dan risiko untuk mengalami masalah mata semakin meningkat. Ini antara keadaan mata yang perlu diberi perhatian.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Jenis-jenis masalah mata

Antara keadaan yang paling biasa berlaku kepada individu berusia 40 tahun ke atas adalah:

1. Degenerasi Makular Berdasarkan Umur

Degenerasi makular atau (ARMD) adalah keadaan berkaitan dengan penuaan yang menjejaskan penglihatan.

ARMD menyebabkan kerosakan pada makular – tempat paling sensitif pada mata yang membolehkan seseorang melihat dengan jelas dan terperinci.

Secara umumnya, ia terbahagi kepada 2 jenis ARMD, kering dan basah.

2. Katarak

Merupakan keadaan mata di mana kanta mata yang jelas menjadi kabur/legap kerana wujud selaput yang mengganggu deria mata.

Biasanya akan menjejaskan sebelah mata terlebih dahulu sebelum terjadi kepada kedua-dua belah mata.

3. Retinopati diabetes

Masalah mata paling biasa untuk terjadi kepada individu yang menghidap diabetes. Biasanya kedua-dua belah mata akan terjejas disebabkan keadaan penyakit ini. 

Ia dicirikan oleh kerosakan progresif pada saluran darah retina – tisu sensitif cahaya pada bahagian belakang mata yang diperlukan untuk penglihatan baik.

4. Glaukoma

Sejenis penyakit mata yang terjadi apabila sebahagian mata mengalami kerosakan saraf optik disebabkan tekanan tinggi

Ia satu keadaan serius dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat.

Dibahagikan kepada 2 kategori utama:

  • Sudut terbukaKeadaan kronik berkembang perlahan dalam jangka masa panjang tanpa disedari hinggalah masalah berada pada tahap kritikal 
  • Sudut tertutupKeadaan yang muncul secara tiba-tiba dan menyakitkan

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko seseorang mendapat masalah mata? Ini faktor risikonya:

penglihatan

1. ARMD
2. Katarak

Kebanyakan katarak disebabkan penuaan. Faktor risiko lain termasuklah:

  • Masalah kesihatan seperti diabetes
  • Alami kecederaan mata atau trauma
  • Menjalani pembedahan mata untuk masalah lain
  • Diwarisi atau masalah kehamilan – Bayi boleh dilahirkan dengan masalah mata katarak atau berkembang ketika zaman kanak-kanak
  • Pendedahan sinar ultraviolet (UV) secara berlebihan 
  • Merokok
  • Ubat-ubatan tertentu
3. Retinopati diabetes

Individu yang menghidap diabetes, sama ada jenis 1 atau 2, terdedah kepada penyakit mata ini.

Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tinggi risiko untuk mengalaminya.

4. Glaukoma

Glaukoma boleh berkembang pada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, individu berisiko tinggi adalah:

  • Usia lebih daripada 60 tahun
  • Pernah alami kecederaan mata yang teruk
  • Mempunyai masalah kesihatan tertentu, seperti diabetes
  • Sejarah keluarga dengan glaukoma
  • Alami peningkatan tekanan mata

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom yang boleh dikenal pasti?

masalah mata

1. ARMD

Masalah mata ARMD tidak menyakitkan, tetapi mungkin bertambah teruk secara perlahan atau cepat.

ARMD kering boleh mempengaruhi penglihatan pusat dalam beberapa tahun. ARMD basah pula boleh menyebabkan perubahan secara tiba-tiba.

Segera berjumpa doktor mata sekiranya anda mengesan:

  • Garisan lurus kelihatan bergelombang – simptom ARMD basah
  • Penglihatan pusat kabur – simptom ARMD kering paling biasa
  • Kesukaran melihat pada jarak jauh
  • Kesukaran melihat perincian seperti wajah atau perkataan pada buku
  • Wujud tompok gelap atau ‘kosong’ menyekat penglihatan pusat
2. Katarak

Gejala katarak yang paling biasa seperti:

  • Pandangan kabur atau berselaput
  • Warna ‘pudar’
  • Peningkatan silau atau lingkaran cahaya daripada lampu atau cahaya matahari
  • Penglihatan waktu malam lemah
  • Penglihatan berganda pada mata dengan katarak
  • Perubahan preskripsi cermin mata atau kanta sentuh yang kerap
3. Retinopati diabetes

Gejala awal masalah mata ini mungkin tidak dikesan untuk tempoh tertentu.

Sekiranya didiagnosis menghidap diabetes, lakukan pemeriksaan mata lengkap secara berkala dengan doktor mata. 

Berjumpa dengan doktor segera sekiranya mengalami gejala seperti:

  • Pandangan kabur. Ini sangat biasa pada orang yang menghidap diabetes yang mempunyai tahap gula dalam darah yang tidak stabil, walaupun tanpa adanya retinopati
  • Floater’ yang masuk dan keluar daripada penglihatan pada sebelah mata dan berlangsung untuk beberapa hari
4. Glaukoma

Biasanya tiada simptom sehinggalah berada pada tahap kronik di mana penglihatan hampir hilang.

Apabila penyakit mata ini berkembang, anda mungkin mengalami kehilangan penglihatan progresif, termasuklah:

  • Pandangan kabur
  • Penglihatan sisi sempit (periferal)
  • Kesukaran untuk fokus
  • Kesan ‘halo’ pada sekitar lampu – biasanya berlaku pada tekanan mata yang tinggi dan serangan glaukoma akut

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

mata

1. ARMD

Rawatan AMD basah mungkin termasuk:

  • Suntikan ubat khas
  • Pembedahan laser
  • Terapi fotodinamik

Rawatan ARMD kering pula bertujuan untuk memantau atau mengawal perkembangan masalah mata ini.

Kehilangan penglihatan kesan ARMD kering tidak dapat dicegah tetapi pengambilan makanan tambahan tertentu dapat menstabilkan penyakit bagi sesetengah individu.

2. Katarak

Bagi masalah katarak peringkat awal, langkah berikut dapat membantu:

Sekiranya katarak mengganggu aktiviti seharian, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan.

3. Retinopati diabetes

Pilihan rawatan yang ada:

  • Suntikan. Ubat anti-VEGF dapat melambatkan atau membalikkan retinopati diabetes. Ubat-ubatan lain, seperti kortikosteroid, juga dapat membantu
  • Rawatan laser. Untuk mengurangkan pembengkakan pada retina, doktor mata boleh menggunakan laser untuk mengecutkan saluran darah dan menghentikan kebocoran
  • Pembedahan mata. Sekiranya terdapat banyak darah atau bekas luka pada retina mata, doktor mungkin mengesyorkan sejenis pembedahan yang disebut vitrektomi
4. Glaukoma

Tiada ubat dapat merawat masalah mata glaukoma. Jika kehilangan penglihatan, ia tidak akan dapat dipulihkan. 

Namun pengesanan dan rawatan awal dapat melindungi anda daripada kehilangan penglihatan yang teruk.

Antara rawatannya:

  • Ubat titis atau pil yang membantu mengurangkan tekanan pada mata
  • Beberapa jenis rawatan laser untuk mengurangkan tekanan mata atau mengimbangi penyakit mata glaukoma sudut sempit
  • Pembedahan mata untuk membuat bukaan baru agar cecair mengalir keluar daripada mata

Jika mengambil ubat untuk glaukoma, ambil seperti yang diarahkan. Jika tidak, tekanan mata akan meningkat dan ia boleh menyebabkan kehilangan deria mata. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan