home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

Sesiapa yang melalui pembedahan pasti perlu berpantang, begitu juga dengan pembedahan mata yang mempunyai perkara yang boleh atau perlu dielakkan selepas pembedahan.

Jangkitan selepas pembedahan mata sangat jarang berlaku, malahan teknik pembedahan moden telah meningkatkan kadar kejayaan dan mengurangkan komplikasi.

Informasi umum bagi pesakit pasca pembedahan mata

Berikut adalah cara-cara pesakit mata perlu menjaga penglihatan mereka sejurus selepas pembedahan.

  • Pelindung mata: Sila gunakan pelindung mata untuk memberikan perlindungan semasa anda tidur. Anda juga mungkin boleh menggunakan cermin mata gelap pada waktu siang
  • Mencuci muka: Pembersihan mata harus dilakukan mengikut arahan yang diberikan oleh doktor. Selebihnya wajah boleh dilap dengan kain bersih dan basah. Elakkan daripada terpercikkan air ke mata yang dibedah
  • Mencukur: Mencukur dibenarkan, tetapi elakkan bilas dengan air selepas bercukur. Sebaliknya, lapkan dengan yang kain basah
  • Anda boleh meneruskan kehidupan seksual anda 1 atau 2 minggu selepas pembedahan
  • Sekiranya anda mengalami sebarang komplikasi dan khususnya jika terdapat kemerahan, kesakitan atau gangguan penglihatan, segera laporkan kepada doktor anda

Perkara-perkara perlu dielakkan selepas menjalani pembedahan mata

gosok mata

Ketahui perkara-perkara yang harus pesakit pasca pembedahan mata elakkan bagi mendapatkan hasil proses penyembuhan yang terbaik.

  • Jangan gosok mata kerana ia berpotensi untuk menyebabkan jangkitan kuman!
  • Jangan angkat berat, badan anda masih memerlukan rehat yang secukupnya. Elakkan daripada melakukan aktiviti fizikal yang berat
  • Elakkan menerima kunjungan tetamu yang terlalu banyak kerana takut boleh mendapat jangkitan, terutamanya daripada tetamu yang mempunyai konjunktivitis, selesema dan lain-lain
  • Jangan bermain dengan kanak-kanak kerana ada kemungkinan luka boleh terjadi pada mata.
  • Elakkan penggunaan tembakau. Merokok harus dielakkan
  • Minuman beralkohol sebaiknya dielakkan sehingga benar-benar sembuh
  • Elakkan menggunakan sapu tangan untuk membersihkan mata. Gunakan tisu yang disteril sahaja
  • Memandu: Elakkan memandu sehingga pakar bedah anda memberi anda kebenaran
  • Penggunaan kosmetik muka: Elakkan penggunaan makeup pada mata seperti maskara, penggaris mata dan lain-lain sekurang-kurangnya 4 minggu
  • Mandi: Anda boleh mandi dari leher ke bawah selepas pembedahan, elakkan mandi daripada arah kepala selama 3 hingga 4 minggu
  • Aktiviti fizikal: Aktiviti seperti berjalan, bercakap, menonton TV boleh dilakukan selepas pembedahan. Namun, berjoging, berenang, berkebun dan lain-lain mungkin harus dielakkan selama 4 hingga 6 minggu selepas pembedahan

Langkah-langkah bagi mengurangkan jangkitan

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pertama, ikuti arahan doktor anda mengenai penggunaan penitis mata antibiotik dan steroid.

Biasanya,titisan mata mesti digunakan secara intensif untuk minggu pertama, dan kemudian dikurangkan selepas itu.

Harus dipastikan bahawa anda mencuci tangan dan memastikan tangan anda bersih terlebih dahulu sebelum menggunakan penutup mata.

Seterusnya, anda harus memastikan bahawa kelopak mata anda bebas dari sebarang penyakit yang mungkin berlaku seperti disfungsi kelenjar meibom atau blepharitis.

Ini kerana sebarang penyumbatan kelenjar minyak di bahagian bulu mata anda boleh menyebabkan jangkitan pada kelopak mata, dan ini boleh memberikan kesan kepada mata yang dibedah.

Doktor anda juga mungkin menasihatkan anda untuk menggunakan tuala panas bagi membersihkan kelopak mata sebelum dan selepas pembedahan.

Diet pemakanan pasca pembedahan

Diet pemakanan pasca pembedahan

Antara soalan yang sering diajukan ialah jenis makanan yang harus dihindari atau diambil selepas operation.

Sebilangan budaya percaya bahawa seseorang harus menghindari makanan tertentu seperti makanan laut dan daging seperti itik, untuk mengurangkan risiko jangkitan – sejauh mana kebenarannya?

  • Vitamin

Vitamin A, B-complex, C, dan K semuanya mempunyai peranan yang tersendiri dalam proses penyembuhan luka.

Sumber-sumber zink dan zat besi adalah beberapa mineral yang turut diperlukan kerana mereka menyumbang terhadap proses pemulihan yang lebih baik.

  • Protein

Selepas pembedahan, pengambilan protein harus ditingkatkan kerana kolagen adalah protein utama yang dihasilkan semasa proses penyembuhan luka.

Selepas tubuh melalui stress yang teruk (pembedahan), badan akan memerlukan arginine iaitu asid amino yang tidak begitu penting.

Dalam keadaan yang normal, asid amino ini sudah cukup dihasilkan oleh badan dan tidak semestinya perlu diperoleh daripada diet.

Walau bagaimanapun, arginine menjadi penting selepas pembedahan! Antara sumber yang baik termasuk daging, produk tenusu, makanan laut, gandum dan kekacang.

  • Karbohidrat

Pengambilan tenaga yang mencukupi daripada makanan bersumber karbohidrat penting untuk membantu penyembuhan luka.

Jika tidak mendapat sumber ini secukupnya, tubuh akan menguraikan protein bagi mendapatkan glukosa untuk memberikan tenaga kepada proses penyembuhan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.dishaeye.org/blog/cataract-surgery-dos-donts/
  2. https://www.fda.gov/medical-devices/lasik/what-should-i-expect-during-and-after-surgery
  3. https://www.sankaranethralaya.org/patient-care-post-operative-care.html
Gambar penulis
Ditulis oleh Nisreen Nadiah pada 27/08/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x