backup og meta

Adakah Pembedahan Katarak Itu Selamat & Berkesan? Berikut Respon Pakar Mata!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/07/2023

    Adakah Pembedahan Katarak Itu Selamat & Berkesan? Berikut Respon Pakar Mata!

    Sebenarnya, pembedahan katarak selamat atau tidak? Jom baca bual bicara kami dengan pakar mata untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh dapatkannya di sini.

    Baru-baru ini, Hello Doktor berkesempatan menemu bual seorang doktor pakar mata, Dr. Nurul Laila Salim yang kini berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah.

    Beliau ini juga merupakan salah seorang anggota MedTweetMy (Medical Tweet Malaysia).

    Peluang menemu ramah beliau ini telah digunakan oleh kami untuk mendapatkan penerangan sama ada pembedahan katarak selamat atau tidak.

    HD: Apakah tanda atau simptom individu ada katarak?

    Dr. Nurul Laila: Aduan yang biasa diterima berkaitan katarak adalah penglihatan yang terhad yang tidak boleh diperbaiki walaupun memakai cermin mata.

    Simptom-simptom awal yang boleh berlaku termasuklah silau terutamanya pada waktu malam.

    Sesetengah individu akan mengalami kesukaran untuk memandu dan menjadikan mereka pemandu yang kurang cermat.

    Dalam kalangan kanak-kanak pula, di samping refleks cahaya yang berwarna keputihan, kadangkala mereka juga akan menjadi juling disebabkan oleh kurangnya rangsangan cahaya pada bahagian mata yang terjejas. 

    pembedahan katarak selamat atau tidak
    Dr. Nurul Laila Salim, Pakar Oftalmologi.

    HD: Apakah punca utama bagi masalah katarak ini?

    Dr. Nurul Laila: Penyebab utama bagi masalah katarak ini adalah faktor peningkatan usia.

    Inilah sebabnya mengapa saya selalu menekankan agar tidak perlu takut terhadap katarak.

    Sekiranya kita ditakdirkan untuk hidup lebih lama, pada akhirnya kita juga akan mendapat katarak.

    Kita hanya perlu memahaminya, menerima hakikat bahawa kita memiliki katarak dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

    Untuk pengetahuan anda semua, ia boleh dirawat melalui pembedahan.

    HD: Adakah wujud faktor lain yang boleh meningkatkan risiko? Adakah ia juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan?

    Dr. Nurul Laila: Perkembangan katarak boleh menjadi lebih pantas melalui beberapa keadaan, seperti diabetes yang tidak dikawal dengan baik, sejarah pembedahan okular atau keradangan, sejarah trauma pada bahagian mata dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti ubat-ubatan yang mengandungi steroid.

    Setiap individu juga perlu berhati-hati terhadap ubat-ubatan atau persediaan tradisional yang tidak berdaftar kerana pada kebiasaannya ia turut mengandungi steroid. 

    Dalam kalangan kanak-kanak, katarak yang berlaku juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh jangkitan ketika mereka masih berada di dalam rahim ibu mereka.

    Sesetengah penyakit, keadaan metabolik atau sindrom yang menjejaskan kanak-kanak turut menjadi faktor terhadap wujudnya katarak dalam kalangan kanak-kanak.

    Rawatan awal untuk katarak bagi kanak-kanak adalah sangat penting bagi mengelakkan kehilangan penglihatan secara kekal yang disebabkan oleh keadaan yang disebut sebagai ‘lazy eyes’ atau amblyopia.

    pembedahan katarak selamat atau tidak

    HD: Adakah pembedahan katarak selamat atau tidak? Wujudkah alternatif lain?

    Dr. Nurul Laila: Satu-satunya rawatan bagi merawat katarak adalah melalui pembedahan untuk membuangnya.

    Namun, adakah pembedahan katarak selamat atau tidak? Ya, ia tentu sahaja selamat jika dilakukan oleh pakar dengan cara yang betul.

    Kemudian, ia diikuti oleh prosedur implan kanta intraocular buatan.

    Sehingga hari ini, tidak terdapat sebarang ubat titis atau ubat-ubat khusus yang boleh menukarkan kembali perubahan yang telah berlaku terhadap protein kanta.

    Sekiranya anda melihat sebarang iklan yang menyatakan bahawa terdapat ubat-ubatan atau ubat titis yang boleh merawat katarak, ia adalah 100% scam perubatan.

    Saya sering memberikan anologi berkenaan protein lens dengan putih telur.

    Apabila anda merebus sebiji telur, anda tidak boleh membalikkan semula putih telur tersebut untuk menjadi cecair dan lutsinar semula. Begitu juga dengan kanta asli semula jadi kita ini.

    Saya faham bahawa ramai daripada kita yang berasa takut apabila menyebut berkenaan pembedahan. Ini kerana ramai yang khuatir jika pembedahan katarak selamat atau tidak.

    Walau bagaimanapun, pembedahan katarak adalah agak selamat dengan kadar kejayaan yang tinggi.

    Luka pembedahan adalah sangat kecil dan ramai individu yang langsung tidak memerlukan sebarang jahitan.

    Kebanyakan kes pembedahan dilakukan dengan menggunakan bius setempat dalam masa sehari.

    Penilaian awal akan dijalankan untuk mengenal pasti  jenis dan kerumitan katarak tersebut, selain mengenal pasti tahap kuasa kanta buatan yang akan diimplan. 

    pembedahan katarak selamat atau tidak

    HD: Adakah doktor ada nasihat khusus untuk mereka yang sudah buat pembedahan?

    Dr. Nurul Laila: Bagi mereka yang telah menjalani prosedur ini, anda mungkin sudah tahu sama ada pembedahan katarak selamat atau tidak.

    Maka, adalah penting untuk anda terus menggunakan ubat titis yang diberikan bagi mengelakkan jangkitan dan mengurangkan reaksi keradangan.

    Antara pantang larang selepas pembedahan katarak lain adalah mengelakkan daripada melakukan kerja rumah yang melibatkan mengangkat benda-benda berat sehinggalah anda sembuh sepenuhnya.

    Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, pastikan tahap gula darah anda dikawal dengan baik kerana tahap glisemik yang buruk akan melambatkan penyembuhan, dan menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan.

    Anda pasti tidak mahu jika penglihatan anda menjadi semakin teruk walaupun setelah melakukan pembedahan disebabkan oleh jangkitan selepas pembedahan. 

    Konklusinya, pembedahan katarak selamat atau tidak? Anda sudah dapat jawapan untuk soalan ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut tentang kondisi mata, segera jumpa pakar oftalmologi!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan