backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Peranakan Jatuh Perlu Dirawat, Orang Perempuan WAJIB Tahu Simptom Rahim Jatuh!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 16/11/2023

Peranakan Jatuh Perlu Dirawat, Orang Perempuan WAJIB Tahu Simptom Rahim Jatuh!

Masalah rahim jatuh ini boleh berlaku kepada sesiapa. Jadi kaum hawa, anda perlu mengetahui apakah simptom dan punca rahim jatuh.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Memahami masalah rahim jatuh?

Nama lain bagi keadaan ini adalah prolaps anterior; juga dikenali sebagai sistosele (cystocele), berlaku apabila tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding vagina wanita menjadi lemah dan membengkak, yang membolehkan pundi kencing tersembul masuk ke vagina.

Prolaps anterior juga dipanggil prolaps pundi kencing.

Ketegangan otot yang menyokong organ pelvis (pinggul) anda boleh menyebabkan prolaps anterior.

Ketegangan seperti ini berlaku semasa kelahiran melalui faraj atau dengan sembelit kronik, batuk yang teruk atau mengangkat berat.

Prolaps anterior juga cenderung menyebabkan masalah selepas menopaus, apabila tahap estrogen semakin menurun.

Untuk prolaps anterior yang ringan atau sederhana, rawatan selain pembedahan selalunya berkesan.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan vagina dan organ-organ pelvis lain dalam kedudukan yang betul.

masalah rahim jatuh

Apakah kebarangkalian masalah rahim jatuh?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom masalah rahim jatuh?

Tanda-tanda umum bagi prolaps anterior adalah:

  • Rasa kepenuhan atau tekanan pada pelvis dan vagina anda
  • Peningkatan ketidakselesaan apabila anda meneran, batuk, mencangkung atau mengangkat barang
  • Rasa pundi kencing anda masih belum kosong selepas anda kencing
  • Jangkitan pundi kencing yang berulang
  • Kepedihan atau kebocoran air kencing semasa hubungan seksual
  • Dalam kes-kes yang parah, benjolan tisu yang menonjol melalui pembukaan vagina anda dan mungkin berasa seperti sedang duduk di atas sebiji telur

Tanda-tanda dan simptom selalunya ketara selepas berdiri untuk jangka masa yang lama dan mungkin hilang apabila anda berbaring.

Dalam kes masalah rahim jatuh yang ringan, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang tanda atau gejala.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Jadi, adalah dinasihatkan untuk anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca masalah rahim jatuh?

Prolaps boleh terjadi dengan banyak sebab. Penyebab utama adalah tekanan pada ‘lantai penyokong’ ini ketika melahirkan anak. Wanita yang mengalami banyak kehamilan, kelahiran melalui vagina, atau mengalami proses bersalin yang panjang atau sukar, berada pada risiko yang lebih tinggi.

Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan prolaps ialah:

  • Angkat berat
  • Batuk kronik (atau masalah paru-paru lain)
  • Sembelit
  • Sentiasa meneran untuk membuang najis
  • Obesiti
  • Menopaus (apabila tahap estrogen mula menurun)
  • Pembedahan pelvis sebelum ini
  • Penuaan

masalah rahim jatuh

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada prolaps anterior?

Terdapat banyak faktor risiko bagi prolaps anterior, seperti:

  • Wanita yang mempunyai satu atau lebih anak yang dilahirkan melalui vagina mempunyai risiko prolaps anterior
  • Risiko prolaps anterior akan meningkat seiring dengan umur anda. Ini terutamanya berlaku selepas menopaus, apabila pengeluaran estrogen badan anda – yang membantu mengekalkan lantai pelvis menjadi kuat – menurun
  • Pembuangan rahim mungkin menyumbang kepada kelemahan pada sokongan lantai pelvis anda
  • Sesetengah wanita dilahirkan dengan tisu penghubung yang lemah, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada prolaps anterior
  • Wanita yang berlebihan berat badan atau obesiti berisiko tinggi terhadap prolaps anterior

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana individu dengan masalah rahim jatuh didiagnosis?

Prolaps boleh dikenal pasti dengan sejarah klinikal dan ujian pelvis. Pemeriksaan ini boleh dilakukan semasa anda berbaring, meneran, menekan atau berdiri. Penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mengukur betapa seriusnya prolaps dan bahagian-bahagian vagina yang jatuh.

Ujian dan kajian imbasan lain juga boleh dilakukan untuk memeriksa lantai pelvis, seperti:

  • Sistoskopi
  • Ujian urodinamik
  • X-ray
  • Imbasan ultrabunyi
  • MRI

Bagaimana pesakit prolaps anterior dirawat?

Rawatan bergantung kepada sejauh mana keterukan prolaps anterior anda dan sama ada anda mempunyai sebarang keadaan lain yang berkaitan, seperti rahim yang masuk ke saluran vagina (prolaps uterus/prolaps posterior).

Kes-kes ringan – mereka yang mempunyai sedikit atau tiada simptom yang jelas – biasanya tidak memerlukan rawatan.

Anda boleh memilih pendekatan tunggu-dan-lihat, dengan beberapa lawatan susulan kepada doktor untuk melihat jika prolaps anda semakin teruk, bersama dengan langkah penjagaan diri, seperti latihan senaman yang menguatkan otot lantai pelvis anda.

Sekiranya langkah penjagaan diri tidak berkesan, rawatan prolaps anterior mungkin melibatkan:

Alat sokongan (pesari)

Pesari vagina adalah cincin plastik atau getah yang dimasukkan ke dalam vagina anda untuk menyokong pundi kencing.

Doktor atau penyedia penjagaan kesihatan anda akan menyesuaikan pesari anda, menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membersihkan dan memasukkannya kembali dengan sendiri.

Ramai wanita menggunakan pesari sebagai alternatif sementara untuk pembedahan, dan ada yang menggunakannya apabila pembedahan didapati terlalu berisiko.

Terapi estrogen

Doktor anda boleh mengesyorkan penggunaan estrogen – biasanya krim, pil atau cincin vagina – terutama jika anda sudah mengalami menopaus.

Ini adalah kerana estrogen, yang membantu mengekalkan otot pinggul kuat, menurun selepas menopaus.

Baca juga:

Apabila pembedahan diperlukan untuk mengatasi masalah rahim jatuh

Jika anda mempunyai gejala yang ketara dan tidak menyelesakan, prolaps anterior mungkin memerlukan pembedahan.

  • Bagaimana ia dilakukan? Selalunya, pembedahan dilakukan melalui faraj dan melibatkan mengangkat pundi kencing yang jatuh ke tempatnya, mengeluarkan tisu tambahan, dan mengetatkan otot serta ligamen lantai pelvis. Doktor anda boleh menggunakan graf tisu jenis khas untuk menguatkan tisu vagina dan meningkatkan sokongan jika tisu vagina anda kelihatan sangat nipis
  • Jika anda mempunyai masalah rahim jatuh: Untuk prolaps anterior yang dikaitkan dengan masalah rahim jatuh, doktor anda boleh mengesyorkan untuk mengeluarkan rahim (histerektomi) di samping membaiki otot lantai pelvis yang rosak, ligamen dan tisu lain
  • Jika anda berfikir untuk hamil, doktor anda mungkin akan mengesyorkan agar anda melambatkan pembedahan sehingga selepas anda melahirkan anak. Menggunakan pesari boleh membantu melegakan simptom anda dalam masa yang sama. Manfaat pembedahan boleh bertahan selama bertahun-tahun, namun terdapat risiko berulang – yang mungkin bermakna pembedahan lain diperlukan pada masa hadapan

Menguruskan inkontinens

Sekiranya prolaps anterior anda disertai oleh inkontinens stres – iaitu kehilangan air kencing secara tidak sengaja semasa aktiviti berat – doktor anda boleh mengesyorkan salah satu daripada beberapa prosedur untuk menyokong uretra (penggantungan uretra) dan mengurangkan simptom inkontinens anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani masalah rahim jatuh?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani prolaps anterior:

Senaman Kegel menguatkan otot lantai pelvis, yang menyokong rahim, pundi kencing dan usus.

Lantai pelvis yang diperkuatkan akan memberikan sokongan yang lebih baik untuk organ pelvis dan kelegaan daripada simptom yang berkaitan dengan prolaps anterior.

masalah rahim jatuh

Untuk melakukan senaman Kegel, ikuti langkah berikut:

  • Kemutkan (tahan) otot lantai pelvis (pinggul) anda – otot yang anda gunakan untuk menghentikan kencing
  • Tahan selama lima saat, kemudian berehat selama lima saat. (Jika ini terlalu sukar, mulakan dengan menahan selama dua saat dan berehat selama tiga saat)
  • Seterusnya, cuba tahan penguncupan selama 10 saat pada satu masa

Buat tiga set 10 ulangan senaman setiap hari.

Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda untuk maklum balas sama ada anda menggunakan otot yang betul.

Senaman Kegel mungkin paling berkesan apabila diajar oleh ahli terapi fizikal dan diperkuat dengan biomaklum balas (biofeedback).

Biomaklum balas melibatkan menggunakan peranti pemantauan yang membantu memastikan anda mengetatkan otot yang betul dengan intensiti yang optimum dan jangka masa yang sesuai.

Sebaik sahaja anda telah mempelajari kaedah yang betul, anda boleh melakukan senaman Kegel secara mudah pada bila-bila masa sahaja, sama ada anda duduk di meja anda atau berehat di sofa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai masalah rahim jatuh, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 16/11/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan