backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Amalkan 10 Tip Gaya Hidup Sihat Ini Selepas Pembedahan Buang Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/10/2022

    Amalkan 10 Tip Gaya Hidup Sihat Ini Selepas Pembedahan Buang Rahim

    Selepas histerektomi (pembedahan buang rahim), gaya hidup sihat bukan lagi sekadar pilihan, tetapi ia adalah satu keperluan!

    Apabila hormon berubah, badan juga menerima tempiasnya. Secara tiba-tiba, berat badan mula naik, tidur semakin tidak lena, makin senang melenting dan banyak lagi.

    Berita baik! Dengan pemakanan, senaman, dan pengurusan tekanan yang baik, anda dapat mengimbangi semula kekurangan yang disebabkan histerektomi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Perubahan gaya hidup selepas pembedahan buang rahim

    Membuat perubahan positif dalam gaya hidup dapat mengawal berat badan, tidur dengan lebih nyenyak dan melindungi daripada penyakit lain yang berisiko terjadi setelah pembedahan membuang rahim.

    Berikut adalah beberapa tip untuk wanita yang ingin menjalani gaya hidup sihat setelah menjalani histerektomi:

    1. Pemakanan

    pembedahan buang rahim

  • Amalkan makanan berwarna-warni: Pilih makanan segar dan berwarna-warni yang tinggi kandungan fitonutrien. Fitonutrien membantu meningkatkan imuniti dan mencegah pelbagai penyakit kronik seperti barah. Masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna-warna cerah dalam diet harian seperti merah, oren, kuning dan hijau yang padat dengan antioksidan serta serat
  • Dapatkan serat secukupnya: Kesan sampingan histerektomi yang biasa terjadi adalah sembelit. Pesakit sering disarankan untuk mengambil ubat, tetapi dengan mengamalkan makanan kaya serat akan meredakan masalah pergerakan usus. Antara makanan yang tinggi serat termasuk biji-bijian seperti oatmeal, beras perang, bijirin, barli, pir, sayuran hijau berdaun dan avokado
  • Dapatkan protein dan lemak yang sihat: Memperoleh protein yang bersesuaian selepas pembedahan adalah amat penting untuk membina semula sumber protein yang hilang. Pilih protein tanpa lemak seperti ayam tanpa kulit dan produk tenusu kurang lemak seperti plain yogurt. Bagi golongan vegetarian, kekacang dapat membekalkan serat yang diperlukan. Elakkan lemak trans dan tepu seperti mentega, marjerin, makanan goreng dan gula-gula. Gunakan minyak zaitun atau minyak kacang yang merupakan sumber lemak sihat
  • Minum banyak cecair selepas pembedahan buang rahim: Pengambilan serat yang tinggi boleh menyebabkan angin dan kekembungan, jadi pastikan untuk minum air secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 8 cawan air setiap hari. Jus buah segar pula boleh diambil sekali-sekala
  • Memenuhi keperluan kalsium: Pengambilan 1200mg kalsium berserta vitamin D dalam diet harian adalah sangat penting untuk kesihatan tulang. Dapatkan suplemen kalsium daripada doktor dan amalkan susu rendah lemak. Sertakan yogurt, jus oren, brokoli dan kekacang yang merupakan sumber kalsium yang baik ke dalam makanan harian. Lakukan juga imbasan kepadatan tulang secara berkala
  • Baca juga:

    2. Pengurusan tekanan/stres

    • Belajar untuk berehat: Mempunyai kehidupan yang seimbang patut menjadi keutamaan setiap manusia. Singkirkan aktiviti yang tidak perlu daripada senarai keutamaan anda. Ini dapat memberi anda lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang lebih penting. Cari perkara-perkara yang dapat memberi anda ketenangan seperti mendengar muzik, membaca buku, bermeditasi dan sebagainya
    • Rehat dan tidur secukupnya: Tidur membantu badan kita pulih daripada tekanan seharian. Oleh itu, pastikan anda rehat secukupnya dengan tidur selama 8 jam tanpa gangguan

    3. Kecergasan selepas pembedahan buang rahim

    pembedahan buang rahim

    • Banyakkan senaman aerobik: Berjalan, jogging, dan senaman tarian boleh menjadi pilihan yang baik. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit untuk beberapa hari dalam seminggu. Sekiranya matlamat ingin dikecapi adalah penurunan berat badan, anda perlu lebih banyak bersenam. Senaman membina tulang yang kuat, membantu menurunkan berat badan, dan mengurangkan risiko penyakit jantung! Ia juga akan meningkatkan mood dan membantu anda tidur dengan lebih lena
    • Angkat hand weights: Ia dikenali sebagai latihan kekuatan, dan membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan kekuatan, postur badan, serta menenangkan badan. Cari berat yang dapat anda kendalikan dengan selesa untuk 8 kali repetisi. Secara beransur-ansur, naikkan sehingga 12 repetisi
    • Regangan: Yoga dan Pilates sememangnya dapat membantu anda kekal fleksibel, membina kekuatan teras badan, dan meningkatkan kestabilan. Aktiviti ini juga bagus dalam meningkatkan keseimbangan, lantas membantu untuk mengelakkan jatuh dan patah tulang

    Akhir kata

    pembedahan buang rahim

    Simptom-simptom terjadi akibat kekurangan estrogen, rentetan daripada pembedahan buang rahim tidak terkiranya banyaknya!

    Ini kerana estrogen mempengaruhi banyak perkara termasuk jantung, saluran darah, urinari, sistem pembiakan, tulang otak, termasuklah kulit dan rambut.

    Rahim memberikan sokongan kepada organ-organ di dalam pelvis yang lain, justeru menyingkirkannya mampu menyebabkan masalah usus dan fungsi pundi kencing.

    Jadi, selepas pembedahan buang rahim, menjalani gaya hidup sihat wajib menjadi keutamaan!

    Melakukan perubahan, walaupun kecil, mampu memberikan impak besar terhadap fizikal dan kesejahteraan menyeluruh untuk tahun-tahun mendatang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan