Miss V gatal memang mengganggu! Bahkan, sebilangan besar wanita mengalaminya pada suatu ketika dalam hidup mereka dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Β· Perubatan dalaman atau am Β· Hello Health Group
Miss V gatal memang mengganggu! Bahkan, sebilangan besar wanita mengalaminya pada suatu ketika dalam hidup mereka dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Apa yang memburukkan lagi keadaan, anda sendiri tidak tahu mengapa ia berlakuβ¦
Miss V gatal mempunyai pelbagai sebab, ia mungkin berkait rapat dengan cara pencucian, alahan atau yang lebih ditakuti, jangkitan kelamin!
Jika ada pembaca di luar sana yang turut alami masalah kegatalan ini, pastikan kalian ikuti artikel ini dengan lebih lanjut ya. Jom baca!
Salah satu masalah yang paling biasa dialami wanita ketika mereka mengalami gatal-gatal pada faraj adalah jangkitan yis, menurut Dr Audra Williams, Penolong Profesor Obstetrik dan Ginekologi di University of Alabama di Birmingham School of Medicine.
Untuk pengetahuan pembaca, sekitar 75% wanita akan mengalami sekurang-kurangnya 1 jangkitan yis sepanjang hayat mereka.
Jangkitan yis sama seperti namanya, membawa maksud pertumbuhan kulat di dalam faraj, di tempat yang tidak sepatutnya, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Tambah Dr. Williams, kulat adalah organisma hidup yang menyebabkan jangkitan.
Selain gatal-gatal, simptom jangkitan yis yang lain termasuk discharge yang tebal dan putih, seakan yogurt dan mengalami sensasi terbakar ketika anda kencing.
Berita baik, terdapat banyak rawatan over-the-counter (OTC) jangkitan yis yang berkesan.
Sekiranya gejala masih tidak hilang setelah rawatan awal, pastikan anda mengunjungi doktor ya!
Berbeza dengan jangkitan yis, vaginosis bakteria sebenarnya bukan jangkitan.
Ia berlaku apabila keseimbangan semula jadi bakteria di dalam faraj terjejas, maka pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu akan menyebabkan beberapa gejala, termasuk kegatalan faraj.
Selain gatal-gatal, vaginosis bakteria sering menunjukkan simptom lain seperti keputihan berair yang berbau hanyir.
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, temui doktor segera untuk mendapatkan preskripsi antibiotik yang akan membantu mengembalikan keseimbangan sihat di dalam faraj.
Miss V gatal-gatal, tetapi anda tidak mengalami sebarang gejala berkaitan jangkitan yis atau vaginosis bakteria.
Mungkin kalian perlu berhenti sejenak dan bertanyakan diri soalan seperti:
βApa yang telah saya ubah dalam rutin kebersihan atau pakaian akhir-akhir ini?β
Ini kerana perubahan produk tertentu boleh menyebabkan kondisi yang disebut sebagai dermatitis kontak, di mana kulit anda bertindak balas terhadap alergen atau perengsa, seperti sabun, seluar dalam, losen, pewarna, detergen, atau bahkan tuala wanita.
Menurut Dr. Williams, sebilangan wanita lebih sensitif terhadap produk dengan kandungan pewangi atau pewarna yang mencetuskan reaksi alergi.
Setelah berjaya mengenal pasti perubahan baru yang menjadi punca miss V gatal, hentikan penggunaannya segera dan biasanya, masalah kegatalan akan mula reda.
Bagi penggunaan seluar dalam pula, panties yang diperbuat daripada material 100% kapas amat disarankan, ini membolehkan faraj βbernafasβ dengan lebih baik.
Bagi kaum Hawa yang sedang menghampiri atau berada pada usia di mana menopaus mula berlaku, menurut North American Menopause Society, kegatalan faraj mungkin akibat perubahan hormon semasa dan selepas putus haid.
Selepas menopaus, perubahan hormon para wanita alami boleh menyebabkan kekeringan faraj dan penipisan kulit, yang disebut atrofi faraj (vaginal atrophy).
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba pelembap faraj OTC, yang tersedia dalam bentuk krim dan suppository (objek dimasukkan ke dalam badan, selalunya di bahagian rektum).
Walaupun jarang berlaku, jangkitan kelamin (STD) masih merupakan antara pemicu yang difikirkan oleh pakar sakit puan apabila anda mengalami gatal-gatal pada faraj.
Satu jenis jangkitan kelamin khususnya, adalah trichomoniasis atau Trich, disebabkan oleh parasit Trichomoniasis vaginalis dengan anggaran sebanyak 3.7 juta orang di A.S. dijangkiti, menurut CDC.
Tambah Dr. Williams lagi, trichomoniasis cenderung menyebabkan lebih banyak keputihan dan gejala faraj.
Rawatan trich terdiri daripada ubat oral dan berupaya untuk sembuh dengan cepat sebaik sahaja anda mula mengambilnya, walaupun anda boleh dijangkiti semula.
Memerhatikan sama ada simptom dialami bertambah baik atau sebaliknya usai rawatan adalah amat penting.
Jika ia masih berlarutan, segera lakukan konsultasi bersama doktor kerana dikhuatiri terdapat masalah yang lebih serius yang perlu dikenal pasti.
Tahukah anda, kegatalan faraj yang berterusan malangnya boleh menjadi tanda kanser vulva!
Walaupun bentuk barah ini jarang berlaku, miss V gatal adalah antara gejalanya.
Oleh itu, usah abaikan simptom ini dan ambil tindakan sewajarnya agar masalah kegatalan faraj dapat dihilangkan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen