Anda risau akan terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara biasa terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu sebelum berasa malu, okay?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda risau akan terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara biasa terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu sebelum berasa malu, okay?
Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.
Mungkin anda pernah mendengar ada yang mengatakan ia sesuatu perkara yang tidak wajar untuk terbuang air besar ketika melahirkan anak.
Namun hakikatnya, terdapat kemungkinan untuk anda terberak semasa meneran.
Paling tidak, ketika proses bersalin normal itu, anda mungkin berasa seperti ingin mengeluarkan sesuatu yang besar daripada badan anda.
Pada dasarnya, perasaan terasa seperti ingin berak itu hanyalah cara tubuh anda mengatakan bayi akan dilahirkan.
Umumnya, ketika proses bersalin normal berlaku, badan akan mengeluarkan lendir, darah, air ketuban dan mungkin juga kekotoran seperti najis.
Walaupun kedengaran agak memalukan ‘terberak ketika bersalin’, tetapi ia sebenarnya cara yang perlu anda lakukan untuk mengeluarkan bayi.
Sekiranya masih ada rasa malu dan risau membelenggu diri, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk memahami dengan lebih lanjut.
Pertama sekali, anda harus menjangkakan bahawa anda akan membuang air besar sebelum bersalin.
Malahan, mengalami cirit-birit atau terasa ingin berak boleh menjadi antara tanda awal bersalin menjelang beberapa hari sebelum EDD.
Keadaan itu berlaku disebabkan oleh pelepasan hormon yang disebut prostaglandin.
Kemudian semasa bersalin, bahagian badan bayi – biasanya kepala – yang mengetuai jalan keluar akan melalui saluran kelahiran dan menekan reseptor regangan pada usus besar.
Secara tidak langsung, ia merangsang saraf sakral dan menghantar mesej ke otak bahawa anda perlu membuang air besar.
Biasanya, keadaan ini hanya akan berlaku apabila kedudukan bayi sangat rendah.
Pun begitu, dalam kedudukan tertentu seperti oksipital posterior – bahagian belakang kepala bayi bertentangan dengan punggung ibu – atau kedudukan songsang (breech), ia boleh menyebabkan saraf dirangsang sebelum waktunya.
Terdapat juga fetal ejection reflex yang berlaku disebabkan tekanan pada serviks dan faraj – mengakibatkan keinginan untuk meneran.
Gabungan faktor-faktor ini akan menghasilkan tekanan dan menekan stinkfer dubur – membantu menurunkan bayi dan najis yang terdapat pada rektum.
Perlu difahami, sering kali, jika anda terbuang air besar semasa melahirkan anak, ia dalam jumlah yang sedikit sahaja.
Terdapat banyak yang berlaku di bawah sana semasa prosedur kelahiran. Tetapi ramai wanita masih dapat merasakan bahawa mereka terberak, walaupun diberikan suntikan epidural.
Atau mungkin anda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Namun, percayalah, ia bukan 1 masalah besar.
Jika anda terbuang air besar, jururawat akan membersihkannya dengan berhati-hati dan mengelapkan punggung dengan lembut.
Baca juga:
Sudah tentu jika ditanya pada hospital, jumlah wanita yang terberak semasa bersalin, tiada data untuk diberikan.
Tetapi ia adalah perkara biasa untuk terjadi. Ini kerana otot yang digunakan ketika melahirkan adalah sama dengan membuang air besar.
Jika berasakan terberak itu perkara yang memalukan, mungkin fakta yang akan dibaca boleh mengubah fikiran anda.
BMenurut doktor dari Pusat Obstetrik dan Ginekologi di Orland Health, Dr Christine Greves, “Jika seorang wanita itu terbuang air besar semasa proses bersalin normal, itu bermakna mereka menggunakan otot yang betul.”
Haaa…itu bermakna terberak ketika melahirkan anak itu bukanlah perkara yang tiada kebaikan langsung ya, wahai ibu semua.
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan usus lancar dan bersih sebelum anda bersalin, seperti:
Lebihkan pengambilan makanan serat menjelang kelahiran.
Ia bukan sahaja baik untuk bayi tetapi dalam masa yang sama membantu badan untuk membersihkan najis secara semula jadi ketika rahim mula mengalami kontraksi.
Meminum air secukupnya akan membantu menyediakan badan anda untuk proses maraton yang akan datang.
Dalam masa yang sama ia akan membuatkan usus anda terus bergerak.
Pada peringkat awal melahirkan anak dan sebelum keseronokan sebenarnya bermula, keraplah ke bilik air.
Ia adalah untuk memberi peluang kepada tubuh anda buang air kecil dan air besar sebelum mula meneran.
Jadi jika anda terbuang air besar semasa proses bersalin normal, usah malu kerana ia adalah perkara biasa yang terjadi semasa proses kelahiran.
Apa yang penting, anda perlu memastikan diri kekal berada dalam keadaan tenang bagi memudahkan kelahiran si kecil, okay?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen