backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-Jaga, Ini 7 Perkara Kecil Yang Boleh Menyebabkan Hati Anda Rosak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/01/2024

    Jaga-Jaga, Ini 7 Perkara Kecil Yang Boleh Menyebabkan Hati Anda Rosak!

    Hati kita mempunyai pelbagai fungsi. Selain mengawal kadar bahan kimia di dalam darah, hati juga merembeskan sejenis cecair yang dikenali sebagai hempedu. Namun, bagaimana keadaannya jika hati rosak

    Untuk pengetahuan anda, fungsi hati rosak apabila ia tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan baik.

    Tidak seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang, organ hati kurang mendapat perhatian kita. Walau bagaimanapun, hati merupakan salah satu organ yang amat penting di dalam sistem pencernaan manusia.

    Oleh sebab itu, kita haruslah menjaga hati agar tidak rosak. Jika tidak, bahan-bahan toksik di dalam darah tidak dapat dikeluarkan daripada badan. Bukan itu sahaja, kerosakan pada organ hati juga akan mempengaruhi banyak lagi fungsi badan yang lain.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Punca fungsi hati rosak

    hati rosak
    Makanan yang menyebabkan masalah hati.

    Langkah terbaik untuk mengelakkan hati rosak adalah dengan mencegahnya. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka. 

    Namun, jika anda kekal disiplin, tidak mustahil hati rosak boleh sembuh.

    Tetapi, apakah punca fungsi hati rosak? Mari, ikuti penjelasan kami di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut!

    #1. Banyak makan gula, antara punca hati rosak

    Tidak memeranjatkan, di samping menjadi punca pelbagai penyakit, gula juga merupakan dalang sebenar penyakit hati.

    Jika anda obes atau mempunyai berat badan berlebihan, anda berisiko untuk menghidap penyakit hati berlemak bukan alkohol (non-alcoholic fatty liver disease – NAFLD), sejenis penyakit yang mempunyai bilangan pesakit yang kian meningkat setiap hati.

    Penurunan berat badan merupakan cara merawat hati rosak yang paling berkesan. Ini kerana ia membantu untuk mengurangkan lemak yang terkumpul pada kawasan hati.

    Punca hati rosak #2. Hati rosak disebabkan ubat-ubatan

    Hati-hati, ubat tahan sakit seperti paracetamol dan juga ubat kolesterol boleh merosakkan hati jika diambil secara keterlaluan. Ikut arahan doktor dan makan ubat mengikut jadual.

    Selain itu, pastikan anda baca arahan terlebih dahulu sebelum makan sebarang ubat-ubatan yang anda beli secara over-the-counter.

    Hati boleh rosak jika kita sering mengambil ubat tertentu dengan cara yang berlebihan atau tidak betul.

    Elakkan amalan mencampurkan ubat atau mengambilnya dengan alkohol. Lebih selamat jika anda boleh berbincang dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan.

    #3. Berat badan berlebihan menyebabkan hati rosak

    Jika kita makan terlalu banyak gula, sudah tentulah berat badan akan bertambah!

    Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko untuk menghidap NAFLD dan mengalami bengkak pada kawasan hati. Lama-kelamaan, kawasan yang terluka ini akan mengalami sirosis hati.

    Apabila sirosis hati menjadi semakin teruk, lebih banyak tisu parut akan terbentuk pada kawasan hati. Perkara ini akan membataskan fungsi hati dan boleh membawa maut.

    #4. Terlalu banyak mengambil minuman beralkohol

    hati rosak
    Alkohol menyebabkan hati rosak.

    Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol merupakan salah satu punca utama kerosakan hati. Jika anda mempunyai masalah hati, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan minuman beralkohol atau terus berhenti.

    #5. Elakkan perkongsian jarum

    Suntikan yang tidak selamat merupakan salah satu punca Hepatitis B dan C. Kedua-dua jenis penyakit ini menyerang organ hati dan mempunyai simptom yang hampir sama.

    Walau bagaimanapun, suntikan yang tidak selamat amat jarang berlaku di hospital.

    Namun, anda masih perlu berhati-hati jika mendapatkan tattoo ataupun menindik bahagian badan. Lebih selamat jika anda bertanya terlebih dahulu mengenai keselamatan prosedur mereka.

    hepatitis
    Jenis hepatitis.

    #6. Hati boleh rosak jika terlalu banyak ambil vitamin A

    Vitamin A sememangnya baik untuk kesihatan terutamanya kesihatan mata, tulang dan juga sistem imun badan. Namun, terlalu banyak vitamin A juga tidak ada gunanya!

    Untuk pengetahuan anda, vitamin A boleh menjadi toksik jika ia diambil terlalu banyak. Oleh sebab itu, jangan sesekali ambil lebih daripada 10,000 IU vitamin A sehari.

    #7. Banyak mengambil lemak trans

    Lemak trans merupakan sejenis lemak buatan manusia yang terdapat di dalam makanan segera. Diet yang tinggi lemak trans bukan sahaja menyebabkan berat badan anda bertambah, ia juga akan meningkatkan risiko sirosis hati.

    Jika anda sayangkan hati anda, elakkan pengambilan lemak trans yang berleluasa. Pantau berat badan masing-masing dan elakkan mengambil makanan segera dengan terlalu kerap.

    Kesimpulan

    Individu yang paling berisiko untuk mengalami masalah kerosakan hati ialah mereka yang mempunyai jangkitan Hepatitis B atau C yang kronik, mengambil minuman beralkohol secara berlebihan dan juga mempunyai penyakit yang dapat meningkatkan risiko kegagalan hati.

    Oleh sebab itu, penting untuk kita mengambil vaksinasi terhadap Hepatitis B.

    Disebabkan faktor seperti pengambilan gula, lemak trans dan berat badan berlebihan juga memainkan peranan yang penting.

    Jadi, pastikan anda berusaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan gaya hidup yang aktif.

    Ikut arahan apabila mengambil ubat hati rosak seperti ubat tahan sakit dan sebagainya. Elakkan mengambil ubat bersama minuman beralkohol.

    Oleh sebab itu, lakukan pemeriksaan fizikal sekurang-kurangnya setahun sekali. Dalam masa yang sama, lakukan ujian saringan untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan