backup og meta

Bahayakah Jika Anak Terlebih Dos Vitamin A?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 30/11/2021

    Bahayakah Jika Anak Terlebih Dos Vitamin A?

    Vitamin dan mineral memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Vitamin A ialah salah satu vitamin yang paling penting dalam membantu penglihatan dan tumbesaran tulang, serta melindungi tubuh anak daripada jangkitan.

    Apa itu vitamin A?

    Lazimnya, vitamin A terdapat dalam dua bentuk, iaitu retinol dan beta-karotene.

    Retinol

    Retinol dianggap sebagai vitamin A yang betul kerana ia sedia digunakan oleh tubuh. Vitamin A mudah ditemui pada haiwan seperti hati, telur, dan ikan berlemak, juga dalam bijirin.

    Beta-karotene

    Beta-karotene adalah pelopor untuk vitamin A, yang perlu ditukarkan kepada retinol atau vitamin A sebelum boleh digunakan oleh tubuh. Beta-karotene ditemui dalam tumbuhan oren dan hijau gelap seperti lobak merah, ubi keledek, mangga, dan kubis kale.

    Vitamin A tersimpan dalam hati dan sentiasa bersedia untuk digunakan bila-bila masa yang diperlukan oleh tubuh.

    Manfaat vitamin A

    Penglihatan

    Vitamin A dikenali sebagai komponen penting rhodopsin, yang merupakan protein yang menyerap cahaya dalam reseptor. Vitamin A menyokong perbezaan normal serta fungsi membran konjunktiva dan kornea. Kanak-kanak yang kurang vitamin A akan mengalami xerophthalmia dan masalah perubatan serius yang lain. Tanpa rawatan, kanak-kanak berisiko mengalami buta kekal.

    Imuniti

    Vitamin A juga kebelakangan ini mendapat perhatian kerana kesannya kepada sistem ketahanan badan. Lebih awal anda mendedahkan bayi kepada vitamin A, lebih efektif sistem imun tubuh dan keupayaan badannya melawan jangkitan. Vitamin A mengandungi ciri antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengoksidaan. Ini bermakna vitamin A boleh menghalang penyakit degeneratif dan memelihara kulit, tisu, dan membran mukus.

    Sumber vitamin A

    Makanan yang kaya retinol termasuklah salmon, hati, telur kuning, mentega, keju cheddar, dan susu penuh. Makanan yang kaya beta-karotene seperti lobak merah, bayam, kacang pis, tomato, rumpai laut, mangga, aprikot, brokoli, dan betik.

    Bolehkah anak saya mengambil terlebih dos vitamin A?

    Biasanya, tubuh mesti menukar vitamin A daripada bentuk tidak aktif ke bentuk aktif sebelum menggunakannya. Walau bagaimanapun, tubuh anda juga berkemungkinan mendapat terlalu banyak vitamin A daripada sumber haiwan seperti hati dan susu.

    Namun, jika anda terlebih dos karotenoid (yang terdapat dalam lobak merah, sayuran dan buahan kuning atau oren lain), kulit anda akan kelihatan oren-kekuningan. Kesan ini akan hilang sebaik sahaja anda kembali kepada amalan pemakanan seimbang. Pengambilan vitamin A yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan loya, muntah, sakit kepala, pening, penglihatan kabur, dan kurang kordinasi otot. Malahan, kesannya terhadap sistem saraf pusat dan hati juga hanya dapat dilihat pada jangka panjang. Dos ideal vitamin A untuk kanak-kanak ialah:

  • Dari 1 hingga 3 tahun: 1000 IU setiap hari
  • Dari 4 hingga 8 tahun: 1320 IU setiap hari
  • Dari 9 hingga 13 tahun: 2000 IU setiap hari
  • Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan