Hipogonadisme

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Hipogonadisme?

Hipogonadisme adalah keadaan yang menjejaskan gonad, kelenjar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon seks dalam badan iaitu testis dalam lelaki dan ovari dalam perempuan.

Dalam pesakit hipogonadisme, hormon seks mereka terlalu rendah hingga mempengaruhi pertumbuhan maskulin dan feminin, seperti perkembangan payudara, perkembangan testis dalam lelaki, dan pertumbuhan bulu pubik. Ia juga boleh menjejaskan kitaran haid dan penghasilan sperma.

Terdapat dua jenis hipogonadisme: hipogonadisme primer dan sekunder/sentral

  • Primer: Hipogonadisme berpunca daripada masalah gonad. Gonad anda menerima isyarat dari otak anda tetapi masih tidak dapat menghasilkan hormon.
  • Sekunder: Hipogonadisme yang berpunca daripada masalah dalam hipotalamus atau kelenjar pituitari (bahagian otak yang mengawal pengeluaran gonad anda).

Apakah kebarangkalian Hipogonadisme?

Hipogonadisme pada lelaki boleh berlaku tanpa mengira usia, paras testosteron rendah terutamanya biasa ditemui pada lelaki yang lebih berusia. Lebih daripada 60% lelaki berumur 65 tahun ke atas mempunyai tahap testosteron bebas di bawah nilai normal bagi lelaki berusia 30 hingga 35 tahun.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hipogonadisme?

Hipogonadisme sering bermula pada tiga titik kehidupan: semasa perkembangan janin, sebelum akil baligh atau semasa dewasa. Simptom yang mungkin berlaku termasuklah:

Lelaki

  • Kelamin yang tidak normal: seperti kemaluan wanita;
  • Alat kelamin tidak terbentuk dengan lengkap atau alat kelamin yang tidak jelas;
  • Penurunan jisim otot;
  • Perkembangan bulu badan yang terjejas;
  • Pertumbuhan zakar dan buah zakar yang terjejas;
  • Pertumbuhan tangan dan kaki yang berlebihan berbanding batang tubuh;
  • Pertumbuhan tisu payudara (ginekomastia);
  • Disfungsi erektil;
  • Kemandulan;
  • Kehilangan jisim tulang (osteoporosis);
  • Keletihan;
  • Keinginan seks berkurang
  • Kesukaran menumpukan perhatian;

Perempuan

  • Haid berhenti;
  • Keinginan seks berkurang;
  • Pertumbuhan payudara berkurang;
  • Lelehan susu daripada payudara (dari prolaktinoma);
  • Pembilasan panas (hot flashes);
  • Perubahan tenaga dan mood.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak terdapat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusyilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Temui doktor jika anda mengalami sebarang simptom hipogonadisme yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Hipogonadisme?

Hipogonadisme adalah keadaan yang diwarisi, tetapi dalam beberapa kes, Hipogonadisme mungkin terjadi disebabkan kecederaan atau jangkitan. Anda mungkin mempunyai satu jenis hipogonadisme atau kedua-duanya sekali. Penyebab utama hipogonadisme primer termasuklaj:

  • Gangguan autoimun seperti penyakit Addison dan hypoparatiroidisme;
  • Gangguan genetik seperti sindrom Turner (pada wanita) dan sindrom Klinefelter (pada lelaki);
  • Jangkitan;
  • Penyakit hati dan buah pinggang;
  • Radiasi;
  • Pembedahan;
  • Zat besi berlebihan (hemochromatosis);

Punca utama hipogonadisme sekunder termasuklah:

  • Anorexia nervosa;
  • Pendarahan pada kawasan pituitari;
  • Ubat-ubatan tertentu seperti glukokortikoid dan opiat;
  • Apabila berhenti mengambil steroid anabolik;
  • Masalah genetik termasuk sindrom Kallmann;
  • Jangkitan;
  • Kekurangan nutrisi;
  • Radiasi;
  • Penurunan berat badan yang ketara dengan mendadak (termasuk penurunan berat badan selepas pembedahan bariatrik);
  • Pembedahan;
  • Trauma;
  • Ketumbuhan;
  • HIV / AIDS.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hipogonadisme?

Anda mungkin berisiko tinggi mendapat hipogonadisme jika anda mempunyai:

  • Sejarah hipogonadisme dalam keluarga
  • HIV / AIDS;
  • Sindrom Kallmann;
  • Sindrom Klinefelter;
  • Hemochromatosis;
  • Ketumbuhan testis atau pituitari;
  • Jangkitan mumps yang menjejaskan testikel (buah zakar) anda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hipogonadisme didiagnosis?

Doktor akan memeriksa tanda fizikal hipogonadisme, tetapi cara terbaik untuk mendiagnosis  adalah dengan menjalani ujian makmal. Beberapa ujian yang biasa dilakukan untuk keadaan ini termasuklah:

  • Tahap estrogen (wanita);
  • Tahap FSH dan tahap LH;
  • Tahap testosteron (lelaki);
  • Ujian darah untuk anemia dan zat besi;
  • Ujian genetik;
  • Tahap prolaktin (hormon susu);
  • Kiraan sperma;
  • Ujian tiroid.

Ujian pengimejan kadangkala diperlukan, seperti sonogram ovari. Sekiranya penyakit pituitari disyaki, imbasan MRI atau CT otak mungkin dijalankan.

Bagaimana pesakit Hipogonadisme dirawat?

Untuk mengimbangkan tahap hormon dalam badan, anda mungkin perlu mengambil ubat berasaskan hormon seperti estrogen dan progesteron  bagi perempuan sementara testosteron bagi lelaki. Ubat tersebut tersedia dalam bentuk pil, patch kulit, gel kulit, atau suntikan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan dan terapi radiasi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hipogonadisme?

Hipogonadisme adalah keadaan kronik yang memerlukan rawatan sepanjang hayat kerana tahap hormon seks mungkin berkurang jika anda menghentikan pengambilan ubat. Ikuti saranan gaya hidup ini untuk kekal sihat dengan hipogonadisme:

  • Hipogonadisme boleh meningkatkan risiko anda mendapatkan osteoporosis. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam secara kerap tetap dan mendapat jumlah kalsium dan vitamin yang mencukupi. Bincang dengan doktor mengenai garis panduan diet yang sesuai untuk anda.
  • Ketahui tentang disfungsi erektil atau ketidaksuburan.
  • Kurangkan tekanan.
  • Ambil masa untuk menyesuaikan dengan perubahan hormon dari rawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

    Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

    Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah ereksi zakar

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki homoseksual

    Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    balanitis adalah

    Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan