Hepatitis B

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Hepatitis B?

Hepatitis B adalah penyakit hati yang berjangkit. Ia disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Ini adalah satu jenis virus yang menjejaskan hati. Hepatitis B mempunyai 2 bentuk:

  • Jangkitan virus hepatitis B akut merupakan penyakit jangka pendek yang berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama selepas seseorang terdedah kepada HBV. Jangkitan akut boleh, namun tidak selalu membawa kepada jangkitan yang kronik.
  • Jangkitan virus hepatitis B kronik merupakan penyakit jangka panjang yang berlaku apabila virus kekal di dalam tubuh seseorang.

Apakah kebarangkalian Hepatitis B?

Penyakit akut, dengan gejala-gejalanya, berlaku dalam kalangan orang dewasa. Jangkitan kronik pula biasa berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak daripada orang dewasa.

Menurut statistik WHO, terdapat 2 bilion individu mengidap hepatitis B di dunia. Spesifiknya, 250 juta individu dijangkiti HBV dengan teruk di Asia – Pasifik.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hepatitis B?

Hepatitis B dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana ramai orang tidak mempunyai sebarang gejala, maka penyakit ini sering diabaikan selama bertahun-tahun.

Gejala-gejala pertama mungkin termasuk:

  • Ruam;
  • Sakit sendi;
  • Keletihan;
  • Jaundis.

Gejala-gejala kemudian yang lain termasuk:

  • Najis berwarna pucat atau tanah liat;
  • Air kencing berwarna gelap;
  • Gatal-gatal;
  • Hilang selera makan;
  • Loya;
  • Muntah-muntah;
  • Demam gred rendah;
  • Sakit pada bahagian abdomen;
  • Saluran darah seperti labah-labah, yang dikenali sebagai angiomas labah-labah, yang terbentuk pada kulit.

Penyakit yang teruk yang membawa kepada sirosis (parut pada hati), cecair pada abdomen (ascites), dan kegagalan hati.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Selain itu, jika anda menyedari bahawa anda telah terdedah kepada hepatitis B, hubungi doktor anda dengan segera. Rawatan pencegahan boleh mengurangkan risiko jangkitan jika anda menerima rawatan dalam tempoh 24 jam ketika pendedahan kepada virus.

Punca

Apakah Punca Hepatitis B?

Penyebabnya adalah virus hepatitis B. Virus ini tersebar kepada yang lain melalui hubungan seksual dengan orang yang dijangkiti dan menggunakan jarum tanpa steril. Darah yang berjangkit dan cecair badan lain (e.g., air mani, rembesan vagina, susu ibu, air mata, air liur dan cecair pada luka terbuka) boleh menyebarkan virus. Ibu yang dijangkiti boleh menyebarkannya kepada bayi.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hepatitis B?

Hepatitis B merebak melalui sentuhan dengan darah, air mani atau cecair badan lain daripada mereka yang dijangkiti. Risiko jangkitan hepatitis B meningkat jika anda:

  • Melakukan seks tanpa perlindungan dengan beberapa pasangan seks atau dengan orang yang dijangkiti HBV;
  • Berkongsi jarum ketika penggunaan ubat intravena (IV);
  • Lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki lain;
  • Tinggal bersama seseorang yang mempunyai jangkitan HBV yang kronik;
  • Adalah bayi yang lahir daripada si ibu yang dijangkiti;
  • Mempunyai pekerjaan yang mendedahkan anda kepada darah manusia;
  • Mengembara ke kawasan yang mempunyai kadar jangkitan HBV yang tinggi, seperti Afrika, Asia Tengah dan Tenggara, dan Eropah Timur.

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ketegangan hamstring. Faktor-faktor ini hanyalah untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hepatitis B didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengidap hepatitis B, dia akan memeriksa anda dan mungkin mengarahkan untuk ambil ujian darah. Ujian darah boleh menentukan jika anda mempunyai virus dalam sistem anda dan samada ia akut atau kronik. Doktor anda juga mungkin mahu mengeluarkan sampel kecil hati anda untuk ujian (biopsi hati) untuk menentukan samada anda mengalami kerosakan hati. Semasa ujian ini, doktor anda memasukkan jarum nipis melalui kulit anda dan ke hati anda dan mengeluarkan sampel tisu untuk analisis makmal.

Bagaimana pesakit Hepatitis B dirawat?

Jika anda menyedari bahawa anda telah terdedah kepada virus hepatitis B, hubungi doktor anda dengan segera. Sekiranya anda tidak diberi vaksin atau tidak pasti samada anda telah diberi vaksin atau samada anda bertindak balas terhadap vaksin tersebut, menerima suntikan hepatitis B yang imun globulin dalam masa 12 jam selepas terdedah dengan virus ini boleh membantu melindungi anda daripada mendapat hepatitis B. Jika anda tidak diberi vaksin, pada masa itu, anda mungkin mempunyai hepatitis B akut atau kronik.

Rawatan bergantung kepada bentuk hepatitis B yang anda ada.

Jangkitan hepatitis B akut

Sekiranya doktor anda menentukan jangkitan hepatitis B anda adalah akut – bermakna ia adalah tempoh pendek dan akan hilang sendiri – anda mungkin tidak memerlukan rawatan. Sebaliknya, doktor anda mungkin mengesyorkan supaya berehat, mengelakkan hubungan intim dan mengambil pemakanan dan cecair yang mencukupi ketika tubuh anda melawan jangkitan.

Selain itu, individu yang bersentuhan dengan anda juga perlu diberikan vaksin imun globulin bersama dengan vaksin hepatitis B dalam masa 2 minggu pendedahan.

Jangkitan hepatitis B kronik

Jika anda telah didiagnosis dengan jangkitan hepatitis B kronik, anda mungkin memerlukan rawatan untuk mengurangkan risiko penyakit hati dan menghalang anda daripada mencegahkan jangkitan kepada orang lain. Rawatan termasuk:

  • Ubat antivirus. Beberapa ubat antivirus – termasuk lamivudine (Epivir), adefovir (Hepsera), telbivudine (Tyzeka) dan entecavir (Baraclude) – boleh membantu melawan virus dan melambatkan keupayaannya untuk merosakkan hati anda. Bincang dengan doktor anda mengenai ubat yang mungkin sesuai untuk anda.
  • Interferon alfa-2b (Intron A). Bahan versi sintetik yang dihasilkan oleh tubuh untuk melawan jangkitan digunakan terutamanya untuk golongan muda dengan hepatitis B yang tidak mahu menjalani rawatan jangka panjang atau yang mungkin ingin hamil dalam masa beberapa tahun. Ia diberikan dengan suntikan. Kesan sampingan mungkin termasuk kemurungan, kesukaran bernafas dan sesak dada.
  • Pemindahan hati. Jika hati anda telah rosak teruk, pemindahan hati mungkin menjadi pilihan. Semasa pemindahan hati, pakar bedah membuang hati yang rosak dan menggantikannya dengan hati yang sihat. Kebanyakan hati yang dipindahkan adalah daripada penderma-penderma yang mati, walaubagaimanapun sebilangan kecil daripada penderma yang masih hidup yang ingin menyumbangkan sebahagian hati mereka.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hepatitis B?

Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin boleh membantu anda mengatasi hepatitis B:

  • Dapatkan rehat yang cukup dan makan makanan yang seimbang.
  • Guna kondom ketika melakukan seks.
  • Elakkan mendedahkan orang lain kepada darah dan cecair badan anda yang lain.
  • Hubungi doktor anda jika gejala-gejala tidak hilang dalam 4 atau 6 minggu atau gejala baru berkembang.
  • Tanya doktor mengenai vaksin untuk ahli keluarga dan orang lain yang rapat dengan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hipertensi Portal Akibat Gangguan Aliran Darah

    Hipertensi portal adalah keadaan yang disebabkan oleh penyakit hati. Ia adalah sejenis tekanan darah tinggi (hipertensi), tetapi bukannya menjejaskan keseluruhan tubuh. Kebanyakannya memberi kesan pada vena (urat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/10/2018 . 2 minit bacaan

    95% Masyarakat Tidak Sedar Dijangkiti Hepatitis C

    Hepatitis C adalah sejenis keradangan hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV) dan boleh membawa kepada komplikasi seperti sirosis dan kanser hati jika tidak dirawat. Di Malaysia, terdapat lebih kurang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 06/07/2018 . 2 minit bacaan

    Madu Ratu Lebah

    KegunaanApakah kegunaan Madu Ratu Lebah? Madu Ratu Lebah adalah rembesan seperti susu yang dihasilkan oleh lebah pekerja madu. Ia biasanya mengandungi lebih kurang 60% hingga 70% air, 12% hingga 15% protein, 10 ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)? Cendawan Ulat, Kulat Beluncas Cina atau Kulat Ulat Beluncas adalah sejenis kulat yang hidup di atas ulat-ulat tertentu di kawasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Hepatitis C

    Malaysia Berdepan Sekatan Ekonomi Amerika Kerana Ubat Generik Hepatitis C?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/02/2019 . 2 minit bacaan
    kulit gatal, penyakit hati

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 07/12/2018 . 2 minit bacaan

    Primary Biliary Cholangitis: Penyakit Autoimun Saluran Hempedu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 05/12/2018 . 2 minit bacaan