Demam denggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Demam denggi?

Demam denggi ialah penyakit berjangkit yang dibawa oleh nyamuk dan disebabkan oleh mana-mana dari 4 virus denggi yang berkaitan antara satu sama lain. Penyakit ini dahulunya digelar demam “patah tulang” kerana ia kadangkala menyebabkan sakit sendi dan otot yang teruk seperti rasa tulang patah.

Demam denggi ringan menyebabkan demam yang tinggi, ruam dan sakit pada otot dan sendi. Demam denggi yang teruk pula, juga digelar demam denggi berdarah, boleh menyebabkan pendarahan yang teruk, penurunan mendadak pada tekanan darah dan boleh juga membawa kepada maut.

Apakah kebarangkalian Demam denggi?

erjuta kes jangkitan denggi berlaku di seluruh dunia setiap tahun. Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Demam denggi kebanyakkannya berlaku ketika dan tidak lama selepas musim hujan di kawasan tropika dan subtropika di:

  • Afrika;
  • Asia Tenggara dan Cina;
  • India;
  • Timur Tengah;
  • Caribbean dan Amerika Tengah dan Selatan;
  • Australia dan Pasifik Selatan dan Tengah.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Demam denggi?

Terdapat 3 jenis demam denggi: denggi klasik, demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi.

Denggi klasik

Simptom-simptom denggi biasa kebiasaannya bermula dengan demam dalam 4 ke 7 hari selepas anda digigit oleh nyamuk yang terjangkit. Ia termasuk:

  • Demam tinggi sehingga 105°F;
  • Sakit kepala yang teruk;
  • Sakit di belakang mata;
  • Sakit sendi yang otot yang teruk;
  • Mual dan muntah.

Ruam mungkin berlaku di hampir keseluruhan badan 3 ke 4 hari selepas demam bermula dan hilang selepas 1 ke 2 hari. Anda mungkin mengalami ruam kedua beberapa hari selepas itu.

Demam denggi berdarah

Simptom-simptomnya merangkumi semua simptom denggi klasik ditambah dengan:

  • Kecederaan yang teruk pada saluran darah dan limfa;
  • Pendarahan dari hidung, gusi atau bawah kulit menyebabkan bengkak keungguan.

Denggi jenis ini boleh membawa maut.

Sindrom kejutan denggi

Simptom-simptom jenis denggi yang paling teruk ini merangkumi semua simptom denggi klasik dan demam denggi berdarah ditambah dengan:

  • Cecair keluar dari saluran darah;
  • Pendarahan yang banyak;
  • Kejutan (tekanan darah yang sangat rendah).

Penyakit jenis ini kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak (kadangkala dewasa) yang mengalami jangkitan denggi kali kedua. Ia kadangkala membawa maut terutamanya bagi kanak-kanak dan dewasa muda.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Jika anda baru melawat ke kawasan dimana demam denggi dikenali selalu berlaku dan anda mengalami demam, sila berjumpa dengan doktor. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Demam denggi?

Demam denggi disebabkan oleh virus yang boleh merebak melalui gigitan nyamuk. Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikenali sebagai DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Nyamuk yang berasal dari keluarga spesifik yang dikenali sebagai Aedes aegypti atau Aedes albopictus boleh mambawa virus ini untuk menjangkiti darah seseorang melalui gigitan dan memindahkan darah yang terjangkit kepada orang lain. Selepas anda sudah pulih, anda boleh membina imuniti melawan demam denggi tetapi hanya terhad kepada jenis yang terbabit. Terdapat 4 jenis yang berbeza dimana anda mungkin boleh dijangkiti semula. Adalah sangat penting untuk mengesan tanda-tandanya dan mendapatkan rawatan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Demam denggi?

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko demam denggi?

Terdapat banyak faktor risiko seperti:

Faktor-faktor yang meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat demam denggi atau jenis yang lebih teruk termasuk:

  • Tinggal atau berkunjung ke kawasan tropika. Berada di kawasan tropika dan subtropika meningkatkan risiko terdedah kepada virus ini yang boleh menyebabkan demam denggi. Kawasan yang khususnya berisiko tinggi ialah Asia Tenggara, Pulau Pasifik barat, Amerika Latin dan Caribbean.
  • Pernah dijangkiti demam denggi. Jangkitan yang lalu meningkatkan risiko mendapat simptom yang teruk jika anda dijangkiti semula.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Demam denggi didiagnosis?

Diagnosisnya boleh jadi susah kerana tanda-tanda dan simptom-simptomnya mudah terkeliru dengan penyakit lain – seperti malaria, leptospirosis dan demam typhoid.

Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan dan perjalanan anda. Pastikan anda menjelaskan perjalanan antarabangsa anda dengan teliti termasuk negara-negara yang anda lawati bersama tarikh serta jika anda pernah terdedah dengan gigitan nyamuk.

Sebahagian ujian makmal boleh mengesan bukti virus denggi tetapi keputusan ujian kebiasaannya terlalu lambat untuk membantu membuat keputusan rawatan secara langsung.

Bagaimana pesakit Demam denggi dirawat?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi dan kebanyakannya kembali pulih dalam tempoh 2 minggu. Adalah sangat penting untuk merawat simptomnya untuk mengelakkan komplikasi. Kebanyakan doktor mengesyorkan pilihan rawatan berikut:

  • Mendapatkan rehat yang banyak.
  • Minum air yang banyak.
  • Mengambil ubat untuk mengurangkan demam. Paracetamol (Tylenola, Panadola) boleh menghilangkan sakit dan mengurangkan demam.
  • Elakkan ubat tahan sakit yang boleh meningkatkan komplikasi pendarahan – seperti aspirin, ibuprofen (Advila, Motrina) dan naproxen sodium (Alevea).

Untuk kes yang lebih teruk, demam denggi boleh menyebabkan kejutan atau demam berdarah yang memerlukan perhatian perubatan yang lebih segera.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Demam denggi?

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas demam denggi?

Anda boleh menguruskan demam denggi melalui penjagaan rumah. Anda memerlukan hidrasi dan pengurusan rasa sakit. Adalah sangat penting untuk anda tahu beberapa perkara sebelum melawat kawasan-kawasan dimana demam denggi kerap berlaku. Petua-petua ini boleh membantu anda:

  • Kekal dalam rumah yang mempunyai pendingin hawa atau ditutup rapi. Pada waktu malam, khususnya, amat penting untuk mengelakkan nyamuk.
  • Menyusun semula aktiviti luar. Elakkan berada di luar pada waktu subuh, senja dan awal petang dimana nyamuk sedang banyak di luar.
  • Gunakan pakaian pelindung seperti lengan panjang, seluar panjang, stokin dan kasut.
  • Gunakan penolak nyamuk. Permethrin boleh digunakan pada pakaian, kasut, perkakas perkhemahan dan kelambu tilam. Anda juga boleh membeli pakaian yang sudah diletakkan permethrin di dalamnya. Untuk kulit anda, gunakan penolak yang mengandungi sekurang-kurangnya 10% kepekatan DEET.

Kurangkan habitat nyamuk. Nyamuk yang membawa virus denggi kebiasaannya hidup di dalam dan sekitar rumah. Ia membiak di dalam air yang tidak mengalir yang boleh terkumpul di dalam barang seperti tayar kereta. Kurangkan tempat ia membiak untuk mengurangkan populasi nyamuk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Acap kali kedengaran, bahkan terpampang di dada akhbar, khasiat dan manfaat pengambilan sup ketam dalam melawan jangkitan virus denggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Jutaan kes demam denggi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Tahukah Anda Bagaimana Nyamuk Menghidu Kehadiran Manusia Melalui Peluh?

    Nyamuk betina diketahui bergantung kepada pelbagai maklumat deria untuk mencari individu untuk digigit, berpandukan kepada kehadiran karbon dioksida, bau badan, haba, kelembapan, dan isyarat visual. Kini, para penyelidik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 29/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    demam denggi

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    cara cegah malaria

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan
    banjir

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    kes zika

    Kes Zika Telah Dikenal Pasti Di Perak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 16/10/2019 . 2 minit bacaan