Ini termasuk hidung, gusi, mata dan di bawah kulit. Kadangkala, pendarahan boleh berlaku di dalam faraj, darah haid akan menjadi lebih banyak.
Air kencing turut bercampur darah jika berlaku pendarahan di dalam pundi kencing. Tidak terkecuali juga usus berdarah di mana najis akan berubah warna. Paling parah adalah pendarahan di dalam otak.
Komplikasi demam denggi: 2. Kejutan (shock)
Shock atau kejutan adalah komplikasi lain yang mungkin berlaku. Apa yang berlaku adalah tekanan darah menurun secara tiba-tiba secara mendadak.
Ia berlaku kerana jangkitan denggi menyebabkan sebahagian daripada cecair di dalam darah keluar daripada peredaran darah. Kesannya, isi padu darah berkurang seterusnya mengurangkan tekanan darah.
Apabila tekanan menjadi rendah, darah gagal untuk dibekalkan kepada organ-organ di seluruh badan, terutamanya organ-organ utama seperti otak, jantung, hati dan buah pinggang.
3. Kegagalan organ
Bertitik tolak daripada kejutan, komplikasi ini boleh berlaku. Organ utama yang menjadi kebimbangan adalah otak, jantung, hati dan buah pinggang.