Penyakit demam denggi kini semakin meningkat!
Anda pasti?
Penyakit demam denggi kini semakin meningkat!
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan peningkatan pada jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus denggi.
Dalam tempoh 6 bulan yang lepas, kita sibuk memberikan perhatian kepada jangkitan wabak virus korona baharu (COVID-19).
Sepanjang wabak itu berlangsung, jumlah kes demam denggi di Malaysia mengalami penurunan tren jika dibandingkan dengan statistik tahun lepas.
Pada tahun 2019, antara bulan Januari hingga Jun, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 54,524.
Manakala pada tahun 2020 pula, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan hanyalah sebanyak 48,584.
Nampak macam satu perubahan positif kan?
Namun begitu, apa yang anda perlu tahu adalah, sepanjang tempoh 6 minggu lepas, jumlah kes demam denggi mengalami peningkatan sebanyak 8% setiap minggu.
Dalam tempoh masa yang sama juga (Januari hingga Jun), tahun 2020 mencatatkan 84 kematian akibat demam denggi.
Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun lepas yang direkodkan pada 83 kematian.
Berdasarkan kepada pola peningkatan tersebut ditambah dengan analisis tren kes demam denggi sepanjang 5 tahun lepas, KKM menjangkakan akan adanya gelombang kedua bagi peningkatan kes denggi.
Perubahan tersebut boleh jadi secara mendadak memandangkan kebanyakan sektor negara sudah dibenarkan untuk mula beroperasi.
Nak tahu lebih lanjut tentang potensi peningkatan kes demam denggi sepanjang perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP)? Baca artikel ini.
Apabila PKP dilaksanakan pada bulan Mac, kebanyakan sektor tidak boleh beroperasi sehinggalah kerajaan memberikan kebenaran bermula pada awal bulan Jun.
Dalam tempoh masa 3 bulan tersebut, kebanyakan tempat yang tidak dibersihkan secara berkala berpotensi untuk menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.
Nyamuk Aedes merupakan perumah kepada virus denggi.
Berbeza dengan konsep jangkitan yang tersebar melalui udara atau titisan air, virus bawaan nyamuk tidak boleh dihalang melalui penjarakan sosial.
Ia berikutan virus denggi tidak berjangkit secara langsung, ia memerlukan perumah untuk berbuat demikian.
Setiap tahun, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menganggarkan kira-kira 400 juta kes demam denggi didiagnosis di seluruh dunia.
Oleh sebab nyamuk Aedes endemik di beberapa benua termasuklah Asia Tenggara, penduduk di Malaysia berisiko untuk dijangkiti denggi.
Terdapat 4 jenis virus denggi dan setiap kali anda dijangkiti, badan akan menghasilkan antibodi seumur hidup berdasarkan kepada maklumat genetik virus tersebut.
Ini bermakna secara teorinya, seumur hidup, anda boleh mendapat maksimum 4 kali demam denggi.
Anda mungkin berminat:
Oleh sebab kebanyakan jangkitan virus berkongsi simptom dengan penyakit denggi, ia bukanlah satu indikator yang boleh diharap.
Namun, setiap individu perlu mengetahuinya untuk memberikan kesedaran bagi mendapatkan rawatan perubatan di hospital/klinik.
Secara amnya, simptom boleh berlangsung selama 10 hari. Namun, bagi segelintir individu, ia boleh berlaku lebih dari tempoh tersebut.
Antara tanda yang menunjukkan tinggi risiko anda dijangkiti oleh virus denggi adalah seperti berikut:
Doktor akan membuat ujian darah bagi mendiagnosis penyakit ini untuk membezakannya dengan simptom penyakit lain.
Jika anda positif denggi, doktor akan membuat pemeriksaan klinikal bagi meletakkan anda di bawah pemerhatian atau dibenarkan untuk berehat di rumah.
Tiada ubat spesifik yang direka khas untuk merawat denggi.
Oleh sebab jangkitan ini akan pulih dengan sendirinya selepas pembentukan antibodi badan, rawatan yang diberi hanyalah berbentuk konservatif.
Ini bermakna, anda akan dirawat berdasarkan simptom yang dialami. Jika demam, anda akan dibekalkan dengan ubat demam.
Walau bagaimanapun, kalau demam anda surut tetapi anda mengalami simptom lain lebih teruk berbanding hari sebelumnya, anda perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera.
Pemeriksaan akan dibuat bagi mengenal pasti jika anda mengalami komplikasi berikutan jangkitan denggi.
Komplikasi yang berpunca daripada demam denggi boleh mengancam nyawa.
Jadi lebih baik jika kita ambil langkah pembasmian nyamuk Aedes bagi mengelakkan demam denggi.
Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
Penyakit denggi boleh mengancam nyawa.
Tatkala kita sedang panik dengan COVID-19, kita tidak sedar bahawa virus denggi juga berupaya untuk membunuh dalam diam.
Pastikan anda pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan khidmat nasihat kesihatan sekiranya dijangkiti.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen