backup og meta

Premium

Ini 3 Punca Orang Selalu Datang Ke Zon Kecemasan, Tapi Sebenarnya Boleh Elak!

Ini 3 Punca Orang Selalu Datang Ke Zon Kecemasan, Tapi Sebenarnya Boleh Elak!

Jabatan kecemasan dan trauma adalah kawasan yang paling sibuk dan sesak di mana-mana hospital kecemasan near me yang anda pergi. Limpahan pesakit yang hadir dan jumlah kakitangan kesihatan yang terhad menyebabkan waktu menunggu sebelum mendapatkan rawatan di kebanyakan jabatan kecemasan di seluruh negara adalah sangat lama. Salah satu faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini adalah kehadiran kes kecemasan yang sebenarnya bukan kecemasan. 

Kes emergency yang mampu dielak bukan sahaja sesuatu yang membahayakan nyawa pesakit, malah ia juga meletakkan beban tambahan ke atas jabatan kecemasan dan trauma yang sudah sedia maklum sibuk.

Dalam artikel ini, kita akan melihat kes-kes emergency tersebut agar ia tidak melarat sehingga memerlukan rawatan di jabatan kecemasan dan trauma.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

#1. Kes kecemasan komplikasi tekanan darah tinggi

kes kecemasan
Tekanan darah tinggi juga kes yang memerlukan perhatian.

Pesakit tekanan darah tinggi perlu sentiasa mengambil ubat agar tekanan darah mereka berada dalam julat yang terkawal.

Namun demikian, terdapat segelintir pesakit yang culas dan degil. Sebahagian daripada mereka tidak mahu mengambil ubat kerana merasakan diri mereka masih sihat.

Disebabkan kebanyakan kes darah tinggi tidak mempunyai simptom, mudah untuk pesakit membuat andaian kesembuhan dan memilih untuk tidak memakan ubat.

Terdapat juga sesetengah pesakit yang gagal dalam mendisiplinkan diri dan mengatur pengambilan ubat mereka.

Apabila mereka kerap lupa untuk memakan ubat, tidak hairanlah mengapa bacaan tekanan darah mereka boleh menjadi tinggi dan tidak terkawal.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah sejenis penyakit yang sistemik yang kronik.

Ini bermakna kesannya tidak terhad kepada satu anggota badan atau satu sistem fisiologi sahaja.

Kesan peningkatan tekanan darah yang terlalu tinggi dapat mengakibatkan kecederaan yang beransur-ansur kepada pelbagai organ dalaman badan seperti

  • buah pinggang
  • jantung
  • otak

Antara komplikasi akut yang kerap menyebabkan mereka hadir sebagai kes kecemasan adalah serangan strok akut dan juga edema paru-paru akut.

Ini kerana tekanan darah yang terlalu tinggi dapat menyebabkan salur darah di dalam otak pecah sekali gus menyebabkan strok.

Dalam paru-paru pula, tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan cecair melimpah keluar daripada salur darah ke dalam tisu paru-paru.

Pengumpulan cecair ini akan menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas dan penurunan kadar oksigen dalam darah.

Kedua-dua diagnosis ini bukanlah sesuatu yang main-main kerana ia berupaya untuk menyebabkan kematian.

Berita baiknya, kesemua komplikasi akut akibat hipertensi tidak terkawal ini sebenarnya boleh dicegah.

Pesakit perlulah konsisten dalam pengambilan ubat hipertensi mereka, tekun dalam pemantauan tekanan darah dan juga tidak ketinggalan dalam menghadiri temu janji bersama doktor di klinik.

#2. Kemalangan akibat memandu ketika mabuk

kes kecemasan
Mabuk boleh menyebabkan kemalangan.

Ya, kes kecemasan seperti ini agak kerap berlaku. Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan pesakit tersebut mengalami pelbagai kecederaan.

Kecederaan boleh menjadi ringan seperti luka dan kepatahan tulang yang tidak serius, sehinggalah kecederaan serius seperti pendarahan dalam otak yang boleh membawa maut.

Selain itu, ia juga boleh membahayakan nyawa lebih ramai orang seperti pengguna jalan raya yang lain dan juga penumpang dalam kenderaan mereka. 

Memandu dalam keadaan mabuk adalah satu tragedi yang cukup menyakitkan hati. Ini kerana pengambilan bahan yang memabukkan bermula dengan pilihan individu itu sendiri.

Ia adalah satu pilihan yang dibuat ketika seseorang itu berada dalam minda yang waras.

Ia menyebabkan kemalangan yang menyayat hati dan juga sangat boleh dielakkan. 

#3. Kes kecemasan mata akibat bertukang

kes kecemasan
Berhati-hati ketika bertukang.

Bertukang menggunakan peralatan seperti gergaji besi dan kimpalan adalah satu aktiviti yang boleh menghasilkan debu, habuk, sisa dan juga projektil cebisan.

Kadangkala, cebisan besi atau kayu boleh termasuk ke dalam mata. Ini boleh mengakibatkan kesakitan, mata merah dan juga kehilangan penglihatan.

Namun yang demikian, kes emergency ini dianggap tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dicegah dengan menggunakan alat perlindungan mata.

Mata merupakan pancaindera yang sangat penting.

Justeru, lindungilah kurniaan ini khususnya jika anda tahu akan melakukan aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan padanya. 

Jadi anda tidak perlu mencari hospital kecemasan near me. 

Kesimpulan

Seperti yang tertera pada namanya, jabatan kecemasan dan trauma adalah untuk kecemasan.

Perhatian!

Kes emergency memerlukan perhatian dan rawatan yang intensif oleh doktor, jururawat dan beberapa staf yang lain.

Cegah sebelum parah dan hindari kes kecemasan yang mampu dielak. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Astarita A, Covella M, Vallelonga F, Cesareo M, Totaro S, Ventre L, Aprà F, Veglio F, Milan A. Hypertensive emergencies and urgencies in emergency departments: a systematic review and meta-analysis. J Hypertens. 2020 Jul;38(7):1203-1210. doi: 10.1097/HJH.0000000000002372. PMID: 32510905. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32510905/. Accessed on October 12, 2022.

Ahmed F, House RJ, Feldman BH. Corneal Abrasions and Corneal Foreign Bodies. Prim Care. 2015 Sep;42(3):363-75. doi: 10.1016/j.pop.2015.05.004. Epub 2015 Jul 31. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26319343/. PMID: 26319343. Accessed on October 12, 2022.

Nochajski TH, Stasiewicz PR. Relapse to driving under the influence (DUI): a review. Clin Psychol Rev. 2006 Mar;26(2):179-95. doi: 10.1016/j.cpr.2005.11.006. Epub 2005 Dec 20. PMID: 16364523. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16364523/. Accessed on October 12, 2022.

6 Things to Do When Visiting the Emergency Room. https://healthblog.uofmhealth.org/wellness-prevention/6-things-to-do-when-visiting-emergency-room. Accessed on October 12, 2022. 

What to Do If You Are Sick. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/if-you-are-sick/steps-when-sick.html. Accessed on October 12, 2022.

Versi Terbaru

20/06/2024

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hati-Hati! Ini 103 Senarai Ubat Tahan Lama Yang Ada Bahan Terlarang!

Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?


Ditulis oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 20/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan