backup og meta

Hati-hati Memandu Di Hari Raya! Ini 5 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

Hati-hati Memandu Di Hari Raya! Ini 5 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana tragedi ini boleh berlaku pada setiap hari di seluruh tempat.

Persoalannya, mengapa kemalangan jalan raya motosikal dan juga kereta sering terjadi terutamanya di negara kita? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk merungkai jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Kemalangan di jalan raya di seluruh dunia

Selalu kita dapat lihat di dada akhbar terpapar berita kemalangan yang menyebabkan kematian di atas jalan raya di seluruh dunia.

Menurut laporan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), didapati bahawa kematian akibat kemalangan di jalan raya sangat tinggi.

Laporan itu turut menyatakan jumlah puratanya iaitu sekitar 1.35 juta orang setahun!

Apa yang lebih membimbangkan adalah majoriti daripada jumlah itu terdiri daripada golongan muda yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 29 tahun.

Dalam erti kata yang lebih mudah, golongan kanak-kanak, remaja dan orang muda mempunyai risiko yang tinggi untuk kehilangan nyawa akibat tragedi di jalan raya.

“Kematian ini ialah harga yang tidak seharusnya dibayar untuk tujuan pengangkutan,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Ya, isu ini perlu dipandang lebih serius dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya dengan mengetahui apa punca sebenarnya terlebih dahulu.

Apa punca kemalangan jalan raya?

Secara umumnya, apa yang kita boleh konklusikan sebagai punca kemalangan trafik adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri.

Meskipun tidak semua, tapi wujud segelintir pemandu atau penunggang kenderaan yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

Mereka ini mungkin beranggapan bahawa diri adalah seorang pengguna jalan raya yang sangat cekap dan penuh hemah sedangkan hakikatnya tidak.

Cukup hanya seorang pengguna jalan raya yang bersikap demikian, maka risiko kemalangan di jalan raya yang berlaku pasti akan meningkat dengan lebih tinggi.

Di negara kita pula, dapat diperhatikan bahawa ramai individu yang tidak bertanggungjawab apabila sedang berada di atas jalan raya!

cara rawat luka yang betul
Panduan untuk merawat luka.

Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia?

Kadar kes kemalangan di jalan raya negara kita adalah sangat tinggi dengan jumlah kematian yang boleh dikatakan sangat menakutkan.

Menurut kajian terkini pada tahun 2019, purata kes maut di atas jalan raya adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun.

Jika dipuratakan, sekitar 20 orang maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya di Malaysia! Apa punca kemalangan jalan raya berlaku?

kemalangan di jalan raya
Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.

#1. Memandu dalam keadaan mabuk, antara punca kemalangan jalan raya

Meskipun telah dididik dan didenda akibat memandu dalam keadaan mabuk, namun masih ramai individu yang tidak mempedulikannya.

Apabila anda sedang dalam keadaan mabuk, sudah pasti kemampuan untuk mengawal kenderaan akan menjadi sangat teruk.

Apa yang lebih membimbangkan adalah sangat mudah untuk rakyat di negara kita memperolehi minuman beralkohol ini.

Menurut peraturan jalan raya di negara kita, denda dan penjara boleh dikenakan terhadap pesalah sekiranya disabit kesalahan.

Namun bagaimana jika mereka terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian nyawa tidak bersalah? Adakah hukuman itu setimpal?

#2. Memandu sambil bermain gadjet

Ya, memang benar bahawa teknologi sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita kini, namun itu bukan alasan untuk menggunakannya ketika memandu.

Ini kerana, penggunaan alat teknologi dalam kenderaan seperti di bawah sudah pasti akan mengalihkan perhatian individu:

Selain itu, ia akan menyebabkan anda hanya menggunakan sebelah tangan sahaja ketika memandu atau menunggang kenderaan.

Akibatnya? Maut menanti di hadapan!

penyebab kemalangan jalan raya
Kes kemalangan jalan raya.

Punca kemalangan jalan raya #3. Melanggar lampu isyarat merah

Seperti mana jenaka yang sering diutarakan di negara kita, lampu isyarat kuning adalah bermaksud kita perlu menekan pedal minyak dengan lebih laju lagi.

Salah ya! Lampu isyarat kuning bermakna kita perlu memperlahankan kenderaan dan bersedia untuk berhenti apabila ia sudah bertukar merah.

Namun ada segelintir orang kita yang tidak mematuhi peraturan ini terutamanya jika tidak kelihatan anggota penguatkuasa di sekeliling.

Risiko ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia juga boleh mengakibatkan kematian orang tidak bersalah.

#4. Menukar lorong tanpa signal, antara sebab kemalangan jalan raya motosikal

Signal pada kenderaan dicipta sebagai satu panduan untuk pemandu atau penunggang kenderaan di belakang tahu ke mana arah tuju anda.

Namun batang signal yang terdapat pada kenderaan di negara kita seperti tidak perlu wujud kerana ia sangat jarang sekali digunakan.

Akibatnya, pelanggaran dari arah belakang atau sisi sering kali berlaku dan perkara kecil seperti tidak membuka signal inilah yang menjadi puncanya.

#5. Memandu dengan sangat laju

Akhir sekali, kita semua mungkin akan bersetuju bahawa ini adalah punca kemalangan di jalan raya yang paling utama dan bahaya.

Meskipun sudah tertera papan had laju di atas jalan, ia sering kali diabaikan kerana segelintir individu beranggapan bahawa kelajuan itu adalah normal.

Terutamanya ketika jalan licin ketika hujan, ia tidak wajar dilakukan kerana risiko tayar tergelincir dan terkeluar daripada landasan adalah sangat tinggi.

Kesimpulan


Jadi, tolong bawa kenderaan dengan lebih berwaspada dan bertanggungjawab agar kita semua terselamat daripada kemalangan di jalan raya okay!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Speeding. https://www.nhtsa.gov/risky-driving/speeding. Accessed October 11, 2021
  2. Safety. https://www.racfoundation.org/motoring-faqs/safety. Accessed October 11, 2021
  3. Causes of Road Accidents. http://jhtransport.gov.in/causes-of-road-accidents.html. Accessed October 11, 2021
  4. Malaysia’s Road Safety Country Profile. https://www.roadsafetyfacility.org/country/malaysia. Accessed October 11, 2021
  5. Factors that Increase the Risk of Crashes. https://youth.gov/youth-topics/factors-increase-risk-crashes. Accessed October 11, 2021

Versi Terbaru

05/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Ada Insurans Kemalangan Peribadi

Banyak Menghabiskan Masa di Jalan Raya Boleh Menjejaskan Hidup Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan