Hidung Berubah Lebam & Keluar Darah, Hati-Hati Anda Mungkin Alami Tulang Hidung Patah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda bahawa manusia dewasa mempunyai sekitar 200 lebih tulang di dalam tubuh badan? Dan ini termasuklah pada hidung!

Meskipun ia sangat kuat, tulang termasuklah pada hidung masih boleh retak atau patah ekoran kecederaan akibat kemalangan dan lain-lain.

Namun kondisi tulang hidung patah mungkin tidak begitu diberi perhatian kerana ramai sudah tahu bahawa ia mungkin boleh sembuh dengan sendiri.

Persoalannya, apakah petanda anda mengalami kondisi ini? Jom ikuti artikel!

Tulang hidung patah bukan perkara remeh!

Kebanyakan orang mungkin akan memandang rendah kondisi ini kerana ia boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 3 minggu sahaja.

Pun begitu, ketahuilah bahawa kepatahan nasal ini bukan satu perkara remeh terutamanya jika ia melibatkan masalah pernafasan.

Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu bahawa kadangkala kondisi ini juga mungkin akan membawa kepada masalah penglihatan.

Jadi sila berwaspada dengan punca-punca ia boleh berlaku seperti kemalangan di jalan raya, sukan atau sebarang aktiviti lain yang berisiko tinggi.

hidung tersumbat

Persoalannya, bagaimana untuk tahu sekiranya anda mengalami kondisi ini?

Apa tanda anda alami tulang hidung patah?

Ada kemungkinan di mana individu mengalami kondisi ini tetapi sedar kerana tidak tahu akan tanda ia berlaku.

Disebabkan itu, di sini kami senaraikan beberapa tanda anda alami tulang hidung patah:

  • Kesakitan terutamanya ketika menyentuh hidung
  • Pembengkakan pada hidung dan kawasan sekitarnya
  • Keluar darah dari hidung
  • Keluar mukus dari hidung
  • Muncul lebam pada hidung
  • Bentuk hidung menjadi tidak simetri seperti asal
  • Lubang hidung seakan tersekat
  • Masalah pernafasan
  • Masalah penglihatan

Sekiranya anda sudah pasti bahawa anda mungkin alami kondisi ini, apa yang sebenarnya perlu dilakukan?

Apa perlu buat jika tulang hidung patah?

Pertama sekali, kalian perlu tahu bahawa kondisi ini kebiasaannya boleh pulih dengan sendiri dalam masa 3 minggu kemalangan berlaku.

Pun begitu, adalah sangat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui sama ada ia adalah serius atau tidak.

hidung gatal

Sementara itu, ada beberapa petua yang kalian perlu tahu menurut saranan National Health Services iaitu:

Perlu dilakukan…

  • Ambil paracetamol untuk mengurangkan kesakitan
  • Tuam pek ais yang telah dibalut dengan tuala pada hidung selama sekurang-kurangnya 15 minit beberapa kali sehari
  • Rawat pendarahan hidung dengan duduk atau berdiri tegak dan sedikit condong ke hadapan sambil memicitnya dengan perlahan
  • Pastikan kepala anda kekal tegak apabila berbaring dengan meletakkan lebih banyak bantal di bawahnya untuk mengelakkan pembengkakan
  • Rawat luka-luka kecil dengan bantuan peti kit kecemasan sekiranya ada

Jangan dilakukan…

  • Jangan cuba meluruskan sendiri hidung anda sekiranya ia berubah bentuk dan dapatkan bantuan daripada doktor pakar
  • Jangan pakai kaca mata atau meletakkan sebarang beban pada hidung sehinggalah pembengkakan padanya mulai kebah
  • Jangan sesekali mengorek atau menghembus hidung sehinggalah ia mulai pulih dengan sendirinya
  • Jangan melakukan sebarang senaman terutamanya yang berintensiti tinggi selama 2 minggu
  • Jangan bermain sukan lasak selama 6 minggu jika ada risiko kejadian ini berulang sekali lagi

Awas sekiranya berlaku perkara ini selepas tulang hidung patah…

  • Hidung anda berubah bentuk dan menyenget ke tepi selepas kecederaan
  • Pembengkakan langsung tidak kebah selepas 3 hari
  • Ubat penahan sakit seperti paracetamol tidak mendatangkan kesan
  • Anda masih sukar untuk bernafas melalui hidung walaupun selepas pembengkakan kebah
  • Anda kerap mengalami pendarahan daripada lubang hidung
  • Anda mempunyai suhu badan yang agak tinggi daripada biasa

Segera berjumpa doktor untuk lebih kepastian!

hidung gatal

Meskipun kita semua sudah tahu bahawa kondisi tulang hidung patah ini boleh pulih dengan sendiri selepas 3 minggu, masih ada risiko ia boleh jadi serius!

Segera hubungi talian kecemasan atau pergi sendiri ke hospital berdekatan jika anda alami komplikasi berbahaya ini:

  • Pendarahan daripada lubang hidung yang tidak berhenti
  • Pembengkakan berwarna ungu pada kawasan sekitar hidung
  • Luka besar atau terbuka pada hidung atau jika terdapat sesuatu pada luka
  • Keluar cecair berwarna jernih daripada lubang hidung kerana ia petanda kecederaan kepala yang serius
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Pengihatan mulai menjadi kabur
  • Kesakitan pada leher dengan tangan
  • Kesukaran untuk bercakap
  • Pengsan

Untuk lebih kepastian, segera berjumpa doktor jika alami kondisi tulang hidung patah tidak kira sama ada ia biasa, akut atau kronik ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Masalah Hidung Tersumbat? Tak Perlu Cari Ubat Lain, Pakar Kata Ia Boleh Sembuh Dengan Seks!

Benarkah seks boleh membantu legakan hidung tersumbat dan berair dengan hingus? Jom sama-sama kita ikuti penjelasan pakar ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 23/08/2020 . 3 minit bacaan

9 Isu Utama Berkaitan Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT), #8 Paling Biasa Terjadi

Apa itu ENT? Buat anda yang belum tahu, ia adalah bidang perubatan berkaitan telinga, hidung & tekak. Berikut adalah 9 isu paling utama tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Hidung, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bengkak dalam hidung

Rasa Macam Ada Bengkak Dalam Hidung? Ia Mungkin Tanda Sinus Yang KRONIK!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
hembus hidung

JANGAN Hembus Hidung Terlalu Kuat Kalau Rasa Gatal, Telinga Yang Akan Dapat Kesannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
suara sengau

Suara Sengau Bukan Penghalang Untuk Berjaya! Tapi, Apa Penyebab & Rawatan Masalah Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
apa itu osteoporosis

Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan