home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Alahan Debunga: Adakah Ia Berbahaya?

Alahan Debunga: Adakah Ia Berbahaya?

Berbeza dengan alahan makanan mahupun alahan haiwan, alergi debunga merupakan alahan yang jarang berlaku di Malaysia berbanding dengan negara yang mengalami perubahan 4 musim setahun.

Walaupun ia jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil untuk dihidapi oleh mana-mana individu.

Ikuti artikel ini untuk memahami lebih lanjut mengenai alahan ini dan adakah ia berbahaya kepada individu yang mengalaminya.

Apa itu alergi debunga?

Debunga adalah serbuk halus yang dihasilkan oleh pokok, bunga, rumput dan rumpai yang digunakan sebagai baja.

Alahan debunga ini turut dikenali sebagai demam hay (hay fever) atau rinitis alahan (allergic rhinitis) merupakan antara penyebab utama alahan di Amerika Syarikat.

Sistem imun biasanya akan melindung tubuh daripada sebarang ancaman bahaya – seperti virus dan bakteria untuk menghindari penyakit.

alergi debunga

Tetapi bagi individu yang mengalami alahan ini, sistem imun telah terkeliru dengan mengganggap debunga yang tidak berbahaya sebagai sesuatu yang bahaya.

Ini sekali gus menyebabkan ia mula mengeluarkan bahan kimia untuk melawan debunga.

Proses di atas dirujuk sebagai satu tindak balas reaksi alahan, dan terdapat bunga yang spesifik yang menjadi punca kepada alahan ini dikenali sebagai alergen.

Terdapat individu yang mengalaminya sepanjang tahun, dan ada juga yang hanya mengalaminya mengikut musim tertentu dalam setahun.

Apakah simptom kepada alahan ini?

Seandainya anda menghidapi alergi debunga dan bernafas dalam udara yang mengandungi debunga, sistem imun akan mengeluarkan histamin untuk melawan ancaman tersebut, dan antara simptom yang mungkin anda akan alami adalah seperti:

  • Gatal tekak
  • Mata merah, berair, gatal
  • Hidung berair atau tersumbat
  • Bersin
  • Kesukaran bernafas atau batuk
  • Jika anda menghidapi asma, debunga juga boleh memburukkan sebarang simptom berkaitan asma
  • Tekanan sinus, yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian muka
  • Kulit bengkak, muncul warna kebiruan di bawah mata
  • Mengurangkan kepekaan deria rasa atau bau

Apakah rawatan yang sesuai?

alergi debunga

Sebelum mengetahui apa rawatan yang bersesuaian untuk merawat alergi debunga, pertama sekali anda harus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan pengesahan bahawa anda memang mengidapi alahan debunga ini.

Pakar perubatan akan melakukan ujian kulit untuk melihat punca yang menyebabkan wujudnya masalah alahan anda.

Beberapa kaedah untuk merawat alahan, seperti:

  • Anda boleh mendapatkan ubat antihistamin yang boleh dibeli dari farmasi. Ubat ini dapat menghalang histamin yang dikeluarkan oleh tubuh. Jika hidung tersumbat, , decongestant dapat membantu bernafas lebih mudah. Sesetengah semburan hidung (nasal spray) juga dapat membantu merawat alahan.
  • Ubat preskripsi. Seandainya ubat yang dibeli dari farmasi tidak berfungsi, doktor mungkin boleh memberikan ubatan yang lebih kuat. Beberapa ubatan preskripsi boleh menghalang bahan kimia selain histamin yang berisiko mencetuskan alahan.
  • Suntikan alahan. Jika sebarang ubatan masih tidak dapat membantu melegakan alahan anda, suntikan boleh membantu. Anda hanya perlu berjumpa doktor setiap beberapa minggu untuk mendapatkan suntikan ubatan dalam kuantiti yang kecil oleh doktor. Selepas beberapa bulan, tubuh anda akan terbiasa dengan faktor yang menyebabkan alahan dan mengurangkan simptom alahan anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Pollen Allergy: https://acaai.org/allergies/types-allergies/pollen-allergy /Accessed on March 14, 2019.
  2. Pollen allergies: https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/pollen-allergies, Accessed Sept. 3, 2021.
  3. Pollen Allergies: https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/pollen-allergies/, Accessed Sept. 3, 2021.
  4. Pollen Allergy: https://www.ecarf.org/en/information-portal/allergies-overview/pollen-allergy/, Accessed Sept. 3, 2021.
  5. Hay fever: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hay-fever/symptoms-causes/syc-20373039, Accessed Sept. 3, 2021.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 2 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor
x