backup og meta

Kanak-kanak Jadi Mangsa Dera? Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?

Kanak-kanak Jadi Mangsa Dera? Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?

Penderaan kanak-kanak di Malaysia bukanlah satu isu baharu. Di seluruh dunia, isu penderaan kanak-kanak merupakan masalah besar yang boleh menimbulkan impak buruk terhadap kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak. 

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan oleh isu penderaan dan pengabaian ke atas kanak-kanak yang dikaitkan dengan satu syarikat yang telah digempur pihak berkuasa melalui Op Global, September lalu. 

Melalui operasi tersebut, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia

penderaan kanak-kanak di malaysia
Jangan biarkan kanak-kanak menjadi mangsa dera.

Menurut statistik, hampir 1,000 kanak-kanak di Malaysia merupakan mangsa penderaan dan penganiyaan. 

Sebarang penderaan dari segi fizikal atau mental terhadap kanak-kanak di bawah usia 18 tahun adalah salah di sisi undang-undang. 

Selain itu, penaniyaan juga merupakan satu bentuk penderaan terhadap kanak-kanak, walaupun ia tidak mendatangkan sebarang kecederaan fizikal. 

Pelaku boleh jadi sesiapa sahaja. Selalunya, mereka adalah orang yang rapat dengan kanak-kanak itu sendiri, misalnya ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan keluarga, penjaga, guru atau rakan-rakan kanak-kanak itu sendiri. 

Tidak ada seorangpun kanak-kanak perlu hidup dalam ketakutan

Isu penderaan kanak-kanak selalunya berpunca daripada kemiskinan, masalah kewangan dan kecacatan. 

Penderaan kanak-kanak di Malaysia, siapa patut buat laporan?

penderaan kanak-kanak di malaysia
Sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya mengesyaki kanak-kanak menjadi mangsa dera.

Menurut akta kanak-kanak 2001, doktor, ahli keluarga serta penjaga/pengasuh diwajibkan untuk membuat laporan sekiranya mengesyaki seseorang kanak-kanak itu didera secara fizikal atau emosi. 

Selain itu, kanak-kanak yang tidak dijaga dengan baik, dibiarkan, ditinggalkan atau didera secara seksual juga perlu dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertindak sebagai pelindung. 

Sekiranya doktor, ahli keluarga, pengasuh atau mana-mana pihak tidak melaporkan penderaan yang dialami oleh kanak-kanak tertentu, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Guru, kaunselor dan orang ramai juga boleh melaporkan sebarang penderaan kanak-kanak. Bagaimanapun, mereka tidak wajib melakukan demikian. 

Masyarakat boleh melaporkan sebarang isu penderaan kanak-kanak kepada pihak polis. 

Laporkan


  • Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui talian telefon Teledera: 1 800 88 304
  • Lapor di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat
  • Lapor kepada pihak polis 
  • Rujuk kanak-kanak tersebut di hospital berhampiran

Tanda-tanda penderaan terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak yang didera selalunya rasa malu dan keliru

Mereka juga mungkin takut untuk memberitahu sesiapa mengenai penderaan tersebut, lebih-lebih lagi jika yang melakukannya adalah ibu bapa atau ahli keluarga sendiri. 

Antara tanda-tanda penderaan kanak-kanak di Malaysia ialah:

Punca penderaan kanak-kanak

Perbuatan memukul anak hanya akan membawa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

Ada beberapa punca penderaan kanak-kanak:

  • Pernah didera sewaktu kecil. Ibu bapa atau orang dewasa yang pernah didera berkemungkinan melakukan perkara sama kepada anak masing-masing. Bagaimanapun, bukan semua mangsa dera akan mencederakan kanak-kanak. 
  • Sukar menjaga kanak-kanak. Kadangkala, salah satu punca penderaan kanak-kanak di Malaysia adalah kesukaran ibu bapa atau orang dewasa untuk menjaga anak-anak. Mereka mengambil keputusan untuk mencederakan kanak-kanak kerana tidak tahu cara terbaik untuk mendisiplinkan mereka. 
  • Rasa marah. Ada juga yang mendera kanak-kanak disebabkan rasa marah yang melampau. Mereka mungkin mempunyai masalah peribadi atau melihat kanak-kanak tersebut sebagai punca masalah yang dialami. 
  • Ada masalah mental yang tidak dirawat. Mereka yang mempunyai depresi, menyalahgunakan dadah atau mempunyai kecelaruan personaliti mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendera kanak-kanak. 

Jenis penderaan kanak-kanak di Malaysia

Penderaan kanak-kanak boleh datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya: 

  • Fizikal: Menampar, menolak, menumbuk atau menendang merupakan antara contoh penderaan terhadap kanak-kanak secara fizikal. 
  • Emosi: Menghina, mengkritik, menjerit dan mengugut kanak-kanak. 
  • Seksual: Rogol, sumbang mahram, mencium, menggunakan kanak-kanak sebagai bahan pornografi atau mendedahkan kanak-kanak kepada bahan lucah.
  • Perubatan: Sengaja membuatkan kanak-kanak jatuh sakit atau menafikan rawatan. 

Selain itu, penganiyaan juga adalah satu bentuk penderaan. Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan, tempat berteduh, pendidikan, perubatan dan sokongan kepada anak juga boleh diambil tindakan undang-undang. 

Langkah mengatasi penderaan kanak-kanak

penderaan kanak-kanak di malaysia
Jadi pendengar yang baik kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa dera.

Penderaan kanak-kanak di Malaysia perlu dihentikan. Langkah yang terbaik adalah dengan mengenal pasti tanda-tandanya. 

Antara langkah mengatasi penderaan kanak-kanak sekiranya ia berlaku di sekitar anda ialah: 

  • Bercakap dengan mangsa – Perhatikan juga sekiranya ada perubahan dari segi tingkah laku mereka. Pastikan perbualan tersebut tidak membuatkan kanak-kanak itu berasa tidak selesa. Yakinkan keselamatan mereka terjaga.

Minta bantuan orang lain – Jangan biarkan rasa takut atau malu menguasai diri. Jika anda merupakan mangsa penderaan, laporkan segera kepada pihak berkuasa. Anda juga boleh bercakap dengan orang dewasa yang dipercayai misalnya guru atau kaunselor di sekolah.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gestational age. https://medlineplus.gov/ency/article/002367.htm#:~:text=Gestational%20age%20is%20the%20common,from%2038%20to%2042%20weeks. Diakses pada 27 September, 2024. 
  2. Due date calculator. https://www.nhs.uk/pregnancy/finding-out/due-date-calculator/. Diakses pada 27 September, 2024. 
  3. Curious to know your due date? https://americanpregnancy.org/resources/pregnancy-calculator/. Diakses pada 27 September, 2024. 
  4. Calculating a Due Date. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/calculating-a-due-date. Diakses pada 27 September, 2024.
  5. Due date calculator. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/due-date-calculator. Diakses pada 27 September, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Disahkan Moderate Autisme Di Usia 3 tahun, Mummy Ini Kongsi Tip Jaga Anak Istimewa

Jangan Ulangi Kes Bella! Amalkan Jaga Tepi Kain Orang, Elak Penderaan Kanak-kanak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan