backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Si Kecil Jadi Mangsa Dera Sepanjang COVID-19? Jangan Berdiam, Lakukan Perkara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

Si Kecil Jadi Mangsa Dera Sepanjang COVID-19? Jangan Berdiam, Lakukan Perkara Ini

Ketika kita dilanda kebimbangan tentang wabak COVID-19, tanpa kita sedar kes penderaan kanak-kanak turut meningkat.

Apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi keadaan ini?

Kes penderaan kanak-kanak

Langkah duduk di rumah adalah 1 cara untuk mengekang penularan wabak COVID-19 serta kaedah terbaik dalam melaksanakan amalan jarak sosial. 

Namun bagi sesetengah kanak-kanak, rumah yang dianggap sebagai 1 tempat yang selamat, bertukar menjadi ‘neraka’ apabila menjadi mangsa dera.

Kenapa keadaan ini boleh berlaku?

Tidak dinafikan tekanan akibat ketidakpastian situasi masa sekarang menjadi antara punca mengapa kes penderaan kanak-kanak meningkat.

Terdapat beberapa faktor wujudnya tekanan seperti:

Mengesan tanda berlaku kes penderaan kanak-kanak

Amalan jarak sosial, pengasingan serta kuarantin diri boleh menyebabkan wujudnya stres dan perubahan dalam tingkah laku setiap individu.

Setiap keluarga berdepan dengan 1 tekanan baharu dan kesannya juga boleh berlaku kepada kanak-kanak.

Mereka mungkin akan mengalami kegelisahan, tertekan serta dibebani rasa bimbang.

Dalam keadaan ini, sukar untuk mengesan jika berlaku kes penderaan atau untuk tahu kanak-kanak itu berada dalam situasi yang tidak sepatutnya.

Namun, terdapat beberapa tanda yang boleh anda kenal pasti sebagai langkah pencegahan kes penderaan kanak-kanak ini, antaranya:

  • Berlaku jeritan suara yang agresif dan berulang kali
  • Mendengar bunyi pukulan atau barangan pecah
  • Kanak-kanak menangis untuk tempoh masa yang lama
  • Anak kecil ditinggalkan sendirian atau berada di luar rumah sendirian
  • Kanak-kanak kelihatan kotor atau tidak bertukar pakaian
  • Kanak-kanak kelihatan seperti dalam ketakutan, kebimbangan atau kegelisahan

Tanda-tanda yang dinyatakan di atas tidak 100% bermakna mereka didera.

Ia mungkin berlaku disebabkan masalah lain yang menimpa mereka.

Jika anda berasa ragu dengan keadaan tersebut, laporkan kepada pihak berkuasa.

langkah pencegahan

Langkah pencegahan semasa COVID-19

Memandangkan sepanjang tempoh PKP berlangsung, perjumpaan secara bersemuka mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan. 

Namun jika anda mempunyai cara untuk kekal berhubung dengan anak yang mungkin berdepan kes penderaan kanak-kanak, berikut adalah langkah pencegahan yang boleh dilakukan:

Panggilan video

Lakukan panggilan video untuk mengekalkan hubungan secara bersemuka.

Tanyakan jika terdapat sebarang aplikasi yang digunakan mereka untuk berbual dengan rakan-rakan supaya anda boleh sama memuat turunnya

Soalan tertentu

Anda boleh fikirkan soalan tertentu yang boleh membantu melihat situasi kehidupan kanak-kanak tersebut. 

Tanyakan soalan terbuka seperti “Ceritakan tentang hari awak”, “Apa perkara gembira yang berlaku hari ini?”, “Ada sebarang perkara tidak seronok berlaku dalam minggu ini?”.

Anda mungkin perlu bertanya soalan yang sama berulang kali.

Ini kerana kanak-kanak mungkin memerlukan masa untuk berkongsi dengan anda.

Bersabar dan elakkan daripada memaksa.

Rutin baharu

Cuba untuk cipta 1 rutin baharu buat si kecil.

Contohnya, anda boleh minta si kecil berkongsi menulis tentang perasaannya dalam diari.

Menjadi pendengar

Berikan peluang kepada si kecil untuk berkongsi tentang apa yang berlaku kepada mereka.

Ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum mereka berasa selesa untuk berkongsi menerusi panggilan telefon, jadi cuba untuk kerap berhubung.

Anda boleh bertanya tentang apa yang mereka tonton, bermain atau makan untuk membuatkan mereka selesa.

Anda juga boleh berhubung dengan mereka melalui sebarang aplikasi lain atau permainan.

Dalam masa yang sama, penting untuk menyokong ibu bapa mahupun penjaga kanak-kanak tersebut.

Tanyakan jika mereka memerlukan sebarang bantuan atau mempunyai masalah. 

kes-penderaan-kanak-kanak-meningkat-semasa-covid-19

Bagaimana jika wujud kes penderaan kanak-kanak?

Ia sesuatu yang amat mengejutkan atau menakutkan jika kanak-kanak mengakui berlakunya penderaan.

Berikut beberapa saranan yang boleh anda lakukan:

  1. Dengar dengan teliti

Sabar dan fokus tentang apa yang mereka kongsikan dengan anda.

Usah luahkan sebarang pandangan atau ia hanya akan membuatkan mereka berhenti daripada berkongsi cerita.

  1. Perkara yang benar

Yakinkan kepada mereka tentang apa yang dilakukan ini adalah betul.

Ia pastinya memberi kesan kepada mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan anda tentang sesuatu yang cukup membebankan.

  1. Bukan silap mereka

Katakan kepada mereka bahawa penderaan bukan 1 kesilapan yang berpunca daripada kanak-kanak. 

  1. Tawarkan untuk membantu

Sesetengah kanak-kanak takut untuk berkongsi kerana bimbang tidak dipercayai.

Yakinkan kepada si kecil bahawa mereka boleh mempercayai anda dan anda sentiasa menyokong mereka.

  1. Jangan berdepan dengan pelaku

Tindakan anda berdepan dengan si pelaku mungkin akan membuatkan keadaan semakin teruk.

Jadi elakkannya, sebaliknya bawakan kes ini kepada pihak yang berkenaan.

  1. Laporkan secepat mungkin

Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk membuat laporan secepat mungkin agar setiap maklumat yang diperolehi masih dapat diingati dengan sebaiknya.

Pastikan segala maklumat adalah tepat seperti yang diceritakan mangsa.

Sikap ambil peduli

Cuba untuk mengambil peduli tentang apa yang berlaku di sekitar anda.

Mengambil peduli dan menjaga tepi kain semata-mata untuk membawang adalah keadaan yang berbeza.

Kita tidak tahu penderitaan yang mungkin sudah lama membebani si kecil.

Tindakan anda mungkin dapat mengubah nasib seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan