backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bunuh Diri: Apa yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/01/2023

    Bunuh Diri: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Kematian Kate Spade, pereka fesyen terkenal baru-baru ini menambahkan lagi mangsa bunuh diri disebabkan kemurungan. Sepertimana pelakon Robbin Williams, penyanyi Linkin Park; Chester Bennington dan artis K-pop, Jonghyun; mereka semua berkongsi perkara yang sama; bahawa tiada siapa yang menjangkakannya di sebalik senyuman dan kejayaan hidup mereka. Kematian mereka adalah sebahagian daripada 800 ribu manusia yang mati akibat membunuh diri dalam setahun, berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

    Percaya atau tidak, bunuh diri adalah penyebab kematian ke-17 tertinggi di dunia dengan lelaki tiga hingga empat kali lebih berisiko berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan. Kadar membunuh diri juga lebih tinggi dalam kalangan warga emas. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri dalam kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah, artritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

    Bunuh diri bukanlah penyakit mental, namun biasanya adalah kesan daripada penyakit mental yang serius, termasuklah kemurungan, kecelaruan bipolar, stres, keresahan, skizofernia atau gangguan pascatrauma. Mengawasi simptom utama bunuh diri dapat membantu anda mencegah orang yang anda sayangi daripada melakukannya.

    Bagaimana mengenal pasti jika orang yang anda sayangi berisiko ingin membunuh diri?

    Jika anda mendapati tanda berikut pada orang yang anda sayangi, cuba untuk dapatkan bantuan pakar:

    • Bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.
    • Pernah mencuba membunuh diri.
    • Mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.
    • Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan
    • Penyalahgunaan dadah
    • Membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan menulis nota membunuh diri

    Apakah tanda-tanda jika orang yang anda sayangi ingin bunuh diri?

    Tidak ada harapan

    Hal ini adalah simptom paling umum pada mereka yang menderita kemurungan. Mereka yang memikirkan tentang bunuh diri sering merasa terperangkap atau tidak memiliki harapan terhadap suatu situasi. Tidak adanya harapan dapat menyebabkan anda memiliki perasaan negatif terhadap keadaan ini dan bahkan jangkaan terhadap masa mendatang.

    Perasaan sedih dan mood yang ekstrem

    Mengalami perubahan mood mendadak seperti gembira secara ekstrim dan sedih secara mendalam pada keesokan harinya. Menghadapi kesedihan pada waktu yang berpanjangan dapat membuat Anda stress. Kesedihan yang berlebihan adalah penyebab utama kencenderungan untuk bunuh diri.

    Masalah tidur

    Tidur adalah salah satu cara otak untuk memperbaiki dan melancarkan fungsi. Mereka yang mengalami masalah tidur secara berterusan boleh mengalami kecederaan pada otak yang tidak dapat diperbaiki. Tidak dapat tidur adalah salah satu risiko berbahaya yang terkait dengan rasa ingin bunuh diri.

    Perubahan pada keperibadian dan penampilan

    Perubahan pada perilaku dan penampilan adalah tanda-tanda yang terlihat pada orang yang memikirkan bunuh diri, seperti berbicara dengan perlahan, makan berlebihan, tertarik dengan kematian atau keganasan. Orang ini juga tidak menjaga penampilan mereka yang kelihatan selekeh. Beberapa orang juga mengalami perubahan pada rutin harian, seperti pola makan atau tidur.

    Keinginan bersendirian

    Mereka yang merancang untuk bunuh diri tidak ingin bertindak balas dengan keluarga atau teman. Mereka mengasingkan diri daripada bersosial dan ingin bersendirian. Mereka biasanya memilih untuk tinggal sendirian dan menghindarkan aktiviti umum. Selain itu, mereka juga hilang minat pada hal-hal yang dulu mereka sukai.

    Perbuatan menyakiti diri sendiri

    Mereka mula melakukan perubatan yang berbahaya, seperti penggunaan alkohol atau ubat-ubatan berlebihan, memandu dengan sembarangan, atau terlibat dalam hubungan seks rambang. Mereka kelihatan tidak peduli terhadap keselamatan mereka atau tidak lagi menghargai hidup mereka.

    Fikiran ingin bunuh diri

    Kebanyakan orang yang berfikir untuk bunuh diri memberikan tanda-tanda pada teman atau keluarga, seperti mengucapkan salam perpisahan pada orang-orang seperti mereka tidak akan bertemu lagi. Mereka juga mungkin mengulangkan perkataan seperti ‘saya ingin bunuh diri saja’, ‘lebih baik saya mati saja’ atau ‘saya harap saya tidak pernah dilahirkan’. Mereka dapat mempersiapkan kematian mereka, seperti membeli pistol atau mengumpulkan ubat-ubatan, atau memberikan benda kepunyaan mereka.

    Perasaan ingin bunuh diri tidak dapat ditangani dengan ubatan biasa, namun dapat disembuhkan dengan sokongan keluarga dan teman, serta menangani akar permasalahan. Kunjungi doktor untuk menemui masalah utama jika orang yang anda sayangi memiliki kecenderungan untuk melakukan bunuh diri.

    Jika orang yang yang anda sayangi menyatakan hasrat ingin bunuh diri, berikan sokongan dengan:

    • Ambil berat/serius luahan/aduan
    • Berbicaralah secara terbuka mengenai bunuh diri dan kemurungan dengan orang yang tersayang
    • Selalu dapatkan bantuan profesional

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan