5 cara mengelakkan masalah tumbesaran
Tidak dinafikan, makanan berkhasiat untuk kanak-kanak sangat penting untuk tumbesaran mereka. Selain itu, ada beberapa langkah lain yang boleh ibu lakukan untuk elakkan masalah tumbesaran manusia:
1. Berikan anak susu ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan
Susu ibu mengandungi hampir semua nutrien makro dan mikro untuk keperluan anak. Selain itu, susu ibu juga mengandungi kolostrum yang dapat meningkatkan daya tahan bayi. Atas sebab itu, ibu digalakkan untuk terus menyusukan anak secara eksklusif, sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
2. Bekalkan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

Kanak-kanak dan remaja memerlukan pelbagai nutrien untuk memastikan mereka dapat membesar dengan sihat. Sebagai panduan, gunakan kaedah suku suku separuh semasa menyediakan makanan.
Pastikan ¼ pinggan diisi dengan protein seperti ikan atau daging, ¼ lagi diisi dengan nasi, mi atau roti dan ½ pinggan dengan sayur-sayuran. Beri anak air kosong dan bukannya air bergula.
3. Amalkan gaya hidup yang sihat
Pastikan anak:
- Mendapat tidur yang mencukupi. Hormon tumbesaran dirembeskan ketika tidur, terutamanya sekitar 10 malam.
- Bersenam dengan mencukupi. Senaman yang kerap dapat membantu pembentukan yang lebih kuat dan sihat.
- Kurangkan ‘screen time’. Terlalu banyak menonton televisyen atau bermain telefon bimbit boleh menyebabkan anak terlepas masa makan.
- Jaga kebersihan. Basuh tangan sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan penyakit. Kanak-kanak yang sering jatuh sakit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah bantut.
4. Bawa anak untuk pemeriksaan doktor, pastikan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak

Pastikan bawa anak berjumpa doktor sekali setiap 6 bulan. Pemantauan perkembangan anak amat penting untuk memastikan mereka membesar secara normal.
Melalui pemeriksaan ini jugalah doktor dapat mengenal pasti tanda-tanda bantut dan cara untuk mencegah masalah tumbesaran manusia dalam kalangan kanak-kanak.
5. Pastikan kawasan rumah sentiasa bersih
Kebersihan persekitaran sangat penting untuk memastikan anak tidak bantut. Salah satu pencetus masalah bantut ialah kerap cirit-birit yang berlaku disebabkan bakteria dalam makanan. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah bersihkan kawasan rumah dan permainan anak sekerap mungkin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen