backup og meta

Hati-Hati Wanita Menopaus & Obes, Risiko Sakit Jantung Itu Mungkin Lebih Tinggi!

Hati-Hati Wanita Menopaus & Obes, Risiko Sakit Jantung Itu Mungkin Lebih Tinggi!

Selama bertahun-tahun, kita dimaklumkan bahawa pertambahan berat badan atau obesiti akan menyumbang kepada peningkatan risiko sakit jantung. Adakah ia benar?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.  

Kenalpasti risiko sakit jantung bagi wanita

Hal ini sememangnya tepat dan menurut satu penyelidikan baharu, mengetahui lokasi lemak yang berada dalam tubuh kita adalah yang paling penting apabila menilai risiko sakit jantung atau lebih tepat, penyakit arteri koronari.

Berpandukan hasil laporan kajian terbabit, lemak di bahagian perut memberikan ramalan atau anggaran yang lebih tepat bagi penyakit arteri koronari berbanding daripada indeks jisim badan (BMI).

Kajian tersebut telah menyiasat perkaitan antara jenis obesiti dan penyakit arteri obstruktif dalam kalangan wanita semasa dan selepas menopaus.

Untuk pengetahuan anda, hormon estrogen melindungi sistem kardiovaskular wanita sebelum berlakunya menopaus.

risiko sakit jantung

Walau bagaimanapun, hormon estrogen ini akan mula berkurangan apabila seseorang wanita mula memasuki fasa menopaus dan selepas menopaus.

Ini menjelaskan mengapa kejadian penyakit jantung kurang menyerang wanita sebelum fasa menopaus berbanding lelaki dan kadarnya kembali meningkat semasa dan selepas menopaus. 

Lemak perut dan risiko sakit jantung

Kajian terbabit telah dilaksanakan terhadap wanita Korea yang berjumlah 700 orang.

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kewujudan penyakit jantung atau penyakit arteri koronari adalah tinggi secara signifikan dalam kalangan wanita yang mempunyai central obesity atau dengan kata lain, lemak yang terkumpul di bahagian tengah tubuh iaitu perut.

Apa yang mengejutkan, tidak terdapat sebarang perbezaan yang siginifikan yang dikenalpasti melalui pengiraan BMI individu yang terbabit.

Ini jelas menunjukkan bahawa pengiraan obesiti secara keseluruhan bukanlah satu faktor risiko bagi penyakit arteri koronari obstruktif.

Hasil kajian ini adalah relevan bagi wanita menopaus memandangkan fasa menopaus menyebabkan perubahan dalam pengedaran lemak tubuh terutamanya di bahagian perut.

Menurut Dr. Stephanie Faubion, pengarah perubatan di The North American Menopause Society (NAMS), hasil kajian yang ditemukan ini adalah konsisten dengan apa yang diketahui mengenai kesan buruk lemak di bahagian perut.

Menurut beliau lagi, tidak kesemua jenis lemak adalah sama dan lemak perut adalah berbahaya memandangkan ia berkait rapat dengan risiko sakit jantung. 

risiko sakit jantung

Obesiti itu faktor risiko sakit jantung

Obesiti telah menjadi antara faktor risiko bagi penyakit arteri koronari memandangkan ia menyebabkan pelbagai komplikasi kepada tubuh seperti disfungsi sel endothelial, rintangan insulin, dan aterosklerosis koronari.

Ia turut menyebabkaan faktor risiko kardiovaskular yang lain seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi dan diabetes. 

Apakah punca lain penyakit arteri koronari?

Untuk pengetahuan anda, penyakit arteri koronari terjadi apabila plak kolesterol yang terdapat di dalam saluran darah telah menjadikan saluran darah menjadi sempit dan keras.

Kesannya? Ia akan menyebabkan aliran darah ke bahagian jantung menjadi berkurangan dan menyebabkan seseorang individu mengalami kesakitan di bahagian dada.

Sekiranya aliran darah berkurangan secara kritikal, seseorang individu tersebut akan mengalami serangan jantung.

Penyakit arteri koronari ini telah menjadi antara penyebab kematian utama pesakit jantung di hospital-hospital Malaysia.

Selain obesiti, terdapat juga pelbagai faktor risiko masalah jantung lain yang memungkinkan terjadinya pengerasan dan penyempitan saluran darah seperti merokok, tekanan darah tinggi, diabetes, sejarah keluarga dan peningkatan umur.

Cara mengelakkan wanita daripada obesiti

risiko sakit jantung

Obesiti boleh dielakkan dengan cara pengalaman gaya hidup yang sihat dan aktif secara berterusan. Berikut merupakan antara kaedah yang boleh anda ikuti:

  • Berhenti merokok sekiranya anda adalah seorang perokok. Begitu juga dengan alternatif rokok yang lain seperti vape dan shisha. 
  • Amalkan pemakanan yang seimbang. Gunakan model pinggan sihat Malaysia sebagai panduan. Ambil suku sumber protein, suku sumber karbohidrat dan separuh sumber vitamin iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Kekalkan berat badan yang ideal. Sentiasa bersenam dan terlibat dengan gaya hidup yang aktif seperti berjalan dan menaiki tangga sama ada ketika ingin ke tempat kerja atau ke rumah. 

Menjalani hidup yang sihat bukanlah satu perkara yang sukar, hanya memerlukan sedikit kerajinan dan keazaman dalam melakukannya.

Adalah lebih sukar untuk anda menjalani kehidupan ketika mana anda telah mula didiagnosis dengan pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Sebelum terlambat, ubah cara hidup anda dengan mencari tanda sakit jantung pada wanita dan punca yang boleh menggalakkan anda untuk mengamalkan hidup yang aktif.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heart disease in women: Understand symptoms and risk factors, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-disease/art-20046167, Accessed Dec 3 2019.
  2. About Heart Disease in Women, https://www.goredforwomen.org/en/about-heart-disease-in-women, Accessed Dec 3 2019.
  3. Heart Attack Symptoms in Women, https://www.heart.org/en/health-topics/heart-attack/warning-signs-of-a-heart-attack/heart-attack-symptoms-in-women, Accessed Dec 3 2019.
  4. How Is Heart Disease Different in Women?, https://www.yalemedicine.org/news/heart-disease-women, Accessed Dec 3 2019.
  5. Cardiovascular Disease in Women, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17645-women–cardiovascular-disease, Accessed Dec 3 2019.

Versi Terbaru

09/08/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada 6 Punca Kenapa Keputihan Berwarna Coklat, Ia Bukanlah Sebab Hamil Sahaja!

Haid Datang Tak Menentu? Ini 23 Punca Period Tidak Teratur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan