- Pelembap vagina dapat memastikan kawasan sekitar Miss V kekal lembap. Sebelum guna, pastikan anda periksa dahulu jenis pelembap yang digunakan. Ada yang perlu disapukan pada kawasan luar vagina sahaja dan ada juga yang boleh digunakan di dalam dan luar vagina
- Pelincir pula dapat mengurangkan geseran ketika melakukan hubungan seks. Wanita yang aktif secara seksual perlulah menggunakan pelincir untuk memastikan kawasan intim tidak terluka atau sakit ketika bersenggama
2. Tambah makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3

Tidak dinafikan, penggunaan pelembap dan juga pelincir sangat penting untuk menjaga kelembapan vagina. Namun, bukan luaran sahaja yang perlu dititikberatkan, dalaman juga sama!
Salah satu petua merawat faraj kering adalah dengan pengambilan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon, kembung dan sardin 3 kali seminggu.
Asid lemak sangat penting untuk memastikan kulit kekal anjal, termasuklah kulit di kawasan intim kita. Malah, ia juga memastikan sel badan sentiasa sihat dan lembap sepanjang hari.
Jika anda tidak suka makan ikan, jangan risau!
Cuba tambahkan buah-buahan seperti labu atau kekacang sepeti kuaci ke dalam diet harian anda. Selain bertindak sebagai pelincir semula jadi, makanan ini juga dapat mencegah masalah faraj kering dan meningkatkan pengaliran darah.
3. Air! Air! Air!

Betul tu, jangan lupa minum air secukupnya! Minum air bukan sahaja penting untuk kesihatan badan, ia juga sangat penting untuk memastikan kulit kekal hidrat.
Lagipun, bukankah cara terbaik dan termurah untuk pastikan kulit kekal lembap adalah dengan minum air kosong?
Jika kulit kita tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengecut dan menjadi kering. Malah, ada juga yang akan mengalami kegatalan yang luar biasa jika kulit tidak cukup hidrat.
Jumlah air yang diperlukan oleh setiap orang berbeza-beza mengikut usia, tahap aktiviti, bentuk badan dan juga suhu persekitaran. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan air yang cukup, pastikan anda minum 6-8 gelas air setiap hari!
4. Psst! Petua merawat faraj kering, minum air soya!
Soya mungkin merupakan satu topik yang agak kontroversi. Manakan tidak, susu soya sering dianggap sebagai makanan yang tidak baik untuk kesuburan, lebih-lebih lagi bagi kaum Adam!
Walau bagaimanapun, soya sangat bagus untuk kesihatan wanita. Tetapi mengapa?
Soya mengandungi fitoestrogen, sejenis komponen yang seakan-akan estrogen dalam badan. Komponen ini sangat baik untuk kesihatan vagina, terutamanya untuk wanita yang mempunyai masalah hormon estrogen yang rendah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen