Sama seperti rupa paras kita, bentuk kemaluan wanita akan turut berubah seiring dengan usia. Tidak dinafikan, vagina perempuan akan berubah apabila mereka berusia 20 tahun, 30 tahun dan 40 tahun.
Vagina perempuan akan mengalami perubahan yang ketara ketika akil baligh, selepas melahirkan anak dan ketika mencecah menopaus.Â
Malah, perubahan hormon sepanjang tahun juga akan mengubah bentuk kemaluan wanita.
Sedihnya, ramai wanita yang tidak kenal vagina sendiri.Â
Manakan tidak, kita pun jarang sekali ambil cermin dan ‘suluh’ kawasan intim kita ini. Jadi, jika adanya sebarang perubahan, besar kemungkinan kita tidak akan menyedarinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Perubahan bentuk kemaluan wanita mengikut usia
Menurut Pakar Sakit Puan, Dr. Sherry Ross dari Santa Monica, California, vagina perempuan mempunyai sifat yang sama seperti anggota badan yang lain. Jika rambut kita beruban disebabkan usia, vagina kita juga akan alami proses penuaan yang sama.
Malah, perubahan pada kawasan Miss V juga bergantung pada cara penjagaan kita. Kalau kita menjaganya dengan baik, besar kemungkinan Miss V kita akan sentiasa segar dan cantik.
Nak tahu perubahan apa yang bakal berlaku pada bentuk kemaluan wanita ketika meningkatnya usia? Jom, ikuti pendedahan kami dalam artikel di bawah.
1. Perubahan pertama ketika usia 8 hingga 13 tahun
Pada waktu ini, wanita akan mengalami proses akil baligh. Hormon estrogen akan meningkat dan bentuk vagina mulai matang.
Dalam masa yang sama, gadis juga akan mulai merasai sensasi seksual. Inilah waktu terbaik untuk remaja belajar menjaga kawasan intim mereka.
Mereka juga bakal mengalami keputihan yang berlaku disebabkan ovulasi. Jadi, remaja mungkin perlu membiasakan diri terutamanya dari segi kebersihan apabila mereka mengalami masalah keputihan.
Baca juga:
- Ini Ujian Untuk Tahu Masalah Keputihan Pada Wanita Normal Atau Tidak!
- Faraj Gatal, Keputihan Berbau Hanyir? Itu Antara Gejala 10 Masalah Miss V Ini
2. Vagina mula berubah warna ketika berusia 20 tahun
Seks, penggunaan kontraseptif, kehamilan dan kelahiran merupakan faktor utama yang boleh mengubah bentuk vagina pada usia 20 tahun.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), secara puratanya wanita akan mempunyai anak pertama ketika mereka berusia 26 tahun.
Selain itu, labia atau bahagian bibir vagina mungkin akan membesar dan berubah warna.
Jangan risau, tidak ada warna yang normal atau tidak normal kerana bentuk kemaluan wanita berbeza mengikut individu.
Bulu kemaluan akan menjadi semakin tebal. Warnanya juga akan berubah.
Bukan itu sahaja, bahagian dalam vagina juga akan alami perubahan.Â
Pada usia ini, wanita berada dalam keadaan paling bersedia untuk menimang cahaya mata. Otot pelvis juga sangat kuat dan boleh menampung kehamilan.
Sebab itulah, wanita digalakkan untuk hamil pada usia 20 tahun ke atas. Gunakan kalkulator ovulasi kami untuk tahu masa paling sesuai untuk melakukan seks jika anda ingin menimang cahaya mata.Â
3. Bentuk kemaluan wanita mula berubah ketika usia 30 tahun
Ketika anda menginjak ke usia 30 tahun, vagina akan mula kehilangan kekuatannya. Untuk elakkan ini daripada berlaku, wanita perlu melakukan senaman kegel dengan kerap.
Wanita yang pernah melahirkan anaklah yang paling terkesan. Otot pelvis mereka akan meregang. Malah, vagina juga akan alami koyakan yang berlaku ketika kelahiran.
Ada wanita yang akan rasa vagina mereka seakan-akan lebih longgar selepas melahirkan anak. Ini adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimanapun, perkara ini berbeza mengikut individu.
Kini, semakin ramai wanita yang menangguhkan kehamilan hingga berusia 30 atau 40 tahun. Walau bagaimanapun, otot pelvis wanita pada masa ini menjadi semakin lemah.
Jika otot pelvis tidak kuat, wanita berisiko untuk mengalami masalah rahim jatuh. Kondisi ini boleh menyebabkan pelbagai simptom, salah satunya ialah masalah kencing tak lawas.
4. Fasa menopaus pada usia 40 hingga 50 tahun
Selepas kelahiran anak, wanita akan mengalami perimenopaus – satu fasa yang berlaku 5 hingga 10 tahun sebelum menopaus. Pada waktu ini, badan tidak lagi merembeskan estrogen sebanyak dahulu.
Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab mengekalkan keanjalan vagina. Ia juga memastikan peredaran darah yang baik di sekitar kawasan Miss V.
Tanpa estrogen yang mencukupi, bentuk kemaluan wanita akan mula berubah. Ia tidak lagi seanjal dahulu dan semakin kering.
Selepas menopaus, vagina dan klitoris akan mengecut. Warnanya akan berubah dan mulai berkedut. Pada waktu ini, wanita mungkin akan alami masalah melakukan hubungan seks. Ia akan jadi lebih menyakitkan buat mereka.
Bentuk kemaluan wanita berubah, adakah ia akan ganggu hubungan seks?
Berita baiknya, perubahan ini tidak akan mempengaruhi kehidupan seks anda. Malah, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sebarang simptom.
- Gunakan pelincir yang anda suka ketika melakukan hubungan seks. Apabila umur semakin bertambah, vagina cenderung menjadi kering. Jadi, wanita di luar sana boleh gunakan pelincir yang boleh dibeli di farmasi berdekatan.
- Â Gunakan krim estrogen. Apabila wanita mencecah perimenopaus dan menopaus, krim estrogen atau cincin estrogen mungkin dapat membantu wanita mengekalkan keanjalan kawasan intim.
- Lakukan seks seperti biasa. Lebih banyak anda melakukan seks, lebih kuranglah kesakitan yang anda alami. Jika anda tidak melakukan hubungan seks bersama suami, tisu vagina akan menjadi keras dan kurang anjal.
- Minum air secukupnya. Air bukan sahaja akan membuatkan kulit kita kekal hidrat, namun ia turut mempunyai efek yang sama kepada vagina perempuan! Pada masa yang sama, elakkan amalan tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol.
[embed-health-tool-ovulation]