backup og meta

Gemar Pakai Pewangi Baju Selepas Cucian? Ini Risiko Tersembunyi Anda Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2022

    Gemar Pakai Pewangi Baju Selepas Cucian? Ini Risiko Tersembunyi Anda Perlu Tahu!

    Ketika mencuci pakaian harian, ramai individu yang memilih untuk menggunakan sabun pencuci berserta pelembut dan pewangi baju. Ia sudah menjadi suatu kebiasaan!

    Seiring teknologi masa kini, pewangi fabrik pakaian sudah wujud dalam banyak bentuk seperti pepejal serta cecair yang berbilang jenama. Namun, adakah penting untuk anda menggunakannya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Cucian tidak sempurna hanya dengan sabun pencuci?

    Ya, aktiviti mencuci pakaian harian memerlukan 3 benda yang asas – pencuci, pelembut dan pewangi.

    Sabun pencuci diperlukan untuk menyingkirkan segala jenis kotoran yang melekat pada pakaian sekali gus membersihkan fabrik untuk individu memakai semula pakaian tersebut kelak.

    Pelembut pakaian itu digunakan untuk melembutkan baju dan seluar. Biasanya, kebanyakan pakaian akan jadi kering, kasar dan keras sejurus selepas dicuci.

    Pewangi pakaian pula digunakan untuk memberikan aroma segar dan harum pada pakaian seusai cucian, sesuai dengan nama produk ini. Cuma, ia bukanlah keperluan, sebaliknya boleh jadi pilihan tambahan untuk individu yang ingin menggunakannya.

    pewangi baju

    Sebenarnya, penggunaan sabun pencuci itu sahaja sudah lebih daripada mencukupi dan memadai untuk membersihkan pakaian harian anda. Ini kerana produk pelembut atau pewangi baju hanya ikhtiar opsyenel namun tiada salahnya jika tidak digunakan.

    Benarkah produk pewangi baju itu berkesan?

    Untuk pengetahuan anda semua, scent booster adalah sejenis produk yang dicipta khusus untuk digunakan pada pakaian termasuk baju, seluar, tuala, selimut, cadar serta lain-lain fabrik.

    Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk membuat pakaian itu agar lebih segar dan harum sekali gus menyingkirkan segala bau hapak setiap kali selepas cucian. Ya, cara ini berkesan.

    Baca lagi artikel berkaitan:

  • Euw, Sarung Bantal Sudah Berbau Hapak, Ini 3 Sebab Anda Perlu Basuh Dengan Kerap!
  • Jangan Tunggu Sampai Berbau Kepam, Ini Berapa Kerap Anda Perlu Cuci & Tukar Tuala Mandi!
  • Tak Suka Iron Baju? Ini 8 Kelebihan Gosok Pakaian Yang Anda Tak Tahu
  • Apa yang lebih menarik, produk ini turut hadir dalam aneka bentuk seperti cecair (liquids) yang boleh dituang atau pepejal (beads) yang perlu dibubuh di dalam mesin dan besen pencuci.

    Cara untuk menggunakan produk ini juga agak mudah iaitu hanya perlu dituang atau dibubuh bersama dengan pakaian sejurus selepas ia dicuci dengan sabun pencuci serta pelembut jika mahu. Turutannya adalah pencuci – pelembut- pewangi.

    Pun begitu, ramai pihak yang mendakwa bahawa pewangi baju ini juga ada bahayanya. Benarkah?

    Adakah produk pewangi baju itu berbahaya?

    Sebenarnya, ya! Wujud bahaya yang mungkin orang tidak akan tahu jika belum baca artikel di bawah ini:

    Bahan kimia yang mungkin tidak disenaraikan

    pewangi baju

    Kebanyakan produk pewangi fabrik ini mungkin hanya menyenaraikan beberapa bahan seperti pewangi, pewarna dan lain-lain namun menyorokkan bahan kimia yang tertentu.

    Pada label produk, kita mungkin hanya akan menemukan ‘fragrance‘ atau ‘dye‘. Namun, ia tidak dapat dipastikan jika yang digunakan itu adalah daripada bahan kimia berbahaya seperti:

  • Phthalates
  • Styrene
  • Naphthalene
  • Selain wujud unsur karsinogen yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kanser, bahan-bahan kimia di atas turut bakal memicu banyak lagi simptom atau gejala lebih ringan termasuk:

    • Ruam pada kulit
    • Kulit gatal
    • Kulit bengkak
    • Mata berair
    • Hidung berair
    • Pening kepala
    • Sakit tekak
    • Bersin
    • Batuk
    • Mual
    • Reaksi alahan

    pewangi baju

    Polyethylene Glycol – juga ada unsur karsinogen

    Polyethylene Glycol (PEG) adalah sejenis bahan kimia di dalam produk ini yang berfungsi untuk menembus serta menyebar wangian serta pewarna ke dalam fabrik. Ia juga biasa wujud di dalam produk kebersihan diri seperti ubat gigi, sabun dan losyen.

    PEG itu sendiri mungkin tidak berbahaya serta selamat digunakan namun ia boleh menghasilkan sebatian Ethylene Oxide apabila ia telah bercampur dengan air, fabrik atau produk lain.

    Selain itu, PEG turut mungkin menghasilkan sebatian 1,4-Dioxane. Akibatnya, kedua-dua bahan kimia ini boleh jadi faktor risiko penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah kesuburan.

    PEG atau biasa disenaraikan dalam label produk sebagai ‘dispersant‘ itu mungkin bersifat toksik dan berbahaya kepada manusia jika ia digunakan pada jangka masa panjang, menurut The Environmental Working Group (EWG).

    Berpada-pada gunakan pewangi baju!

    Konklusinya, mungkin benar jika produk ini berkesan untuk mengharumkan pakaian anda, namun dalam masa yang sama ada bahayanya!

    Anda masih boleh menggunakan ia sebagai pelengkap cucian pakaian harian dengan syarat produk itu tepat kualiti dan kuantiti. Sila baca label produk tersebut dengan lebih teliti.

    Sekiranya mula muncul simptom di atas pada diri selepas menggunakan pewangi fabrik, jumpa doktor dan berhenti daripada memakai pakaian dan produk tersebut dengan kadar segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan