backup og meta

Alamak, Miss V Gatal Dan Kering? Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini, Pasti Mujarab!

Alamak, Miss V Gatal Dan Kering? Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini, Pasti Mujarab!

Faraj kering merupakan satu masalah yang sangat lazim untuk semua wanita daripada setiap peringkat usia. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah tidak dapat diatasi. Ada banyak cara atau petua merawat faraj kering yang boleh anda cuba. Malah, ada juga makanan untuk faraj kering tau!

Menurut sebuah tinjauan, 50% wanita yang berumur 50 tahun ke atas akan mengalami faraj kering. Namun, masalah ini bukanlah berlaku kepada wanita yang hampir atau telah menopaus sahaja. Wanita muda juga boleh mengalaminya!

Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa 25% wanita mengalami masalah sama ketika melakukan hubungan seks. Malah, hampir 16% mengakui bahawa faraj kering boleh menyebabkan kesakitan.

Sukar untuk kita mengabaikan masalah yang berlaku disebabkan faraj kering. Kadangkala, ia boleh menyebabkan kawasan intim rasa gatal atau mengalami iritasi.

Tidak dinafikan, ramai wanita yang enggan berjumpa doktor disebabkan rasa malu. Walau bagaimanapun, kegatalan ini mungkin berpunca daripada penyakit seperti jangkitan yis, STI atau UTI.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Mengapa ada wanita yang mempunyai masalah faraj kering?

petua merawat faraj kering
Setiap wanita mempunyai masalah berkaitan faraj yang tidak serupa, termasuklah isu faraj kering.

Punca utama faraj kering dalam kalangan wanita ialah tahap estrogen yang rendah.

Apabila hormon ini berkurangan, tisu vagina akan menjadi semakin nipis dan hilang keanjalannya.

Ada banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan vagina menjadi kering.

Punca vagina kering dalam kalangan wanita:

  1. Sedang menyusukan anak.
  2. Mengambil pil perancang atau apa-apa bentuk kontraseptif hormon.
  3. Sedang menjalani rawatan kanser.
  4. Menghidap diabetes.
  5. Menghidap sindrom Sjogren.
  6. Tidak cukup terangsang semasa melakukan hubungan seks.
  7. Selalu menggunakan sabun yang mengandungi pewangi.

Petua merawat faraj kering

Macam mana nak mengurangkan faraj kering? Perlukah saya mengambil atau meninggalkan makanan tertentu? Sabar… Kami ada petua merawat faraj kering yang mungkin dapat membantu anda:

Petua merawat faraj kering 1: Gunakan pelembap faraj atau bahan pelincir

Jika anda mempunyai faraj kering, lebih-lebih lagi ketika seks, cuba gunakan pelembap atau bahan pelincir untuk memastikan Miss V kekal lembap.

  • Pelembap vagina dapat memastikan kawasan sekitar Miss V kekal lembap. Sebelum guna, pastikan anda periksa dahulu jenis pelembap yang digunakan. Ada yang perlu disapukan pada kawasan luar vagina sahaja dan ada juga yang boleh digunakan di dalam dan luar vagina
  • Pelincir pula dapat mengurangkan geseran ketika melakukan hubungan seks. Wanita yang aktif secara seksual perlulah menggunakan pelincir untuk memastikan kawasan intim tidak terluka atau sakit ketika bersenggama

2. Tambah makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3

Tidak dinafikan, penggunaan pelembap dan juga pelincir sangat penting untuk menjaga kelembapan vagina. Namun, bukan luaran sahaja yang perlu dititikberatkan, dalaman juga sama!

Salah satu petua merawat faraj kering adalah dengan pengambilan makanan untuk faraj kering atau makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon, kembung dan sardin 3 kali seminggu.

Asid lemak sangat penting untuk memastikan kulit kekal anjal, termasuklah kulit di kawasan intim kita. Malah, ia juga memastikan sel badan sentiasa sihat dan lembap sepanjang hari.

Tak suka ikan? Cuba tambahkan buah-buahan seperti labu atau kekacang sepeti kuaci ke dalam diet harian anda. Selain bertindak sebagai pelincir semula jadi, makanan untuk faraj kering

ini juga dapat mencegah masalah faraj kering dan meningkatkan pengaliran darah.

3. Air! Air! Air!

petua merawat faraj kering
Panduan untuk pastikan pengambilan air secara konsisten setiap hari.

Betul tu, jangan lupa minum air secukupnya! Minum air bukan sahaja penting untuk kesihatan badan, ia juga sangat penting untuk memastikan kulit kekal hidrat.

Lagipun, bukankah cara terbaik dan termurah untuk pastikan kulit kekal lembap adalah dengan minum air kosong?

Jika kulit kita tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengecut dan menjadi kering. Malah, ada juga yang akan mengalami kegatalan yang luar biasa jika kulit tidak cukup hidrat.

Jumlah air yang diperlukan oleh setiap orang berbeza-beza mengikut usia, tahap aktiviti, bentuk badan dan juga suhu persekitaran. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan air yang cukup, pastikan anda minum 6-8 gelas air setiap hari!

4. Psst! Petua merawat faraj kering, minum air soya!

Soya mungkin merupakan satu topik yang agak kontroversi. Manakan tidak, susu soya sering dianggap sebagai makanan yang tidak baik untuk kesuburan, lebih-lebih lagi bagi kaum Adam!

Soya mengandungi fitoestrogen, sejenis komponen yang seakan-akan estrogen dalam badan. Komponen ini sangat baik untuk kesihatan vagina, terutamanya untuk wanita yang mempunyai masalah hormon estrogen yang rendah.

5. Ambil probiotik untuk pastikan PH Miss V seimbang

petua merawat faraj kering
Yogurt adalah antara makanan yang tinggi probiotik.

Makanan yang kaya dengan probiotik seperti makanan yang ditapai (kimchi atau yogurt) bukan sahaja baik untuk perut, ia juga dapat memastikan tahap PH Miss V kekal seimbang dan mengurangkan risiko penyakit. Malah, ini juga adalah antara makanan untuk faraj kering yang terbaik untuk wanita.

Satu lagi petua merawat faraj kering ialah amalkan pengambilan jus kranberi! Jus ini dikatakan boleh mengurangkan risiko UTI dalam kalangan wanita!

Petua sebagai alternatif atasi faraj kering

Tip ini hanyalah sebagai remedi dan bukanlah berkesan 100%. Ia mungkin berbeza mengikut individu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Experiencing Vaginal Dryness? Here’s What You Need to Know. https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/the-latest/experiencing-vaginal-dryness-heres-what-you-need-to-know. Accessed on August 3, 2022.
  2. Vaginal dryness after menopause: How to treat it? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menopause/expert-answers/vaginal-dryness/faq-20115086. Accessed on August 3, 2022.
  3. Vaginal Dryness. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21027-vaginal-dryness. Accessed on August 3, 2022.
  4. Vaginal dryness. https://www.healthdirect.gov.au/vaginal-dryness. Accessed on August 3, 2022.
  5. Vaginal dryness. https://www.nhs.uk/conditions/vaginal-dryness/. Accessed on August 3, 2022.

Versi Terbaru

13/02/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keputihan Bertukar Warna, Bagaimana Nak Tahu Tanda Normal @ Penyakit?

Nak Suami 'Melekat'? Isteri Perlulah Jaga Miss V Bagi KETAT, Ini Petuanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan