backup og meta

Tak Selesa Dengan Bau Faraj? Jom Cuba 6 Tip Ini, Pasti Puas Hati!

Tak Selesa Dengan Bau Faraj? Jom Cuba 6 Tip Ini, Pasti Puas Hati!

Masalah Miss V berbau pastinya mendatangkan ketidakselesaan, bahkan boleh menyebabkan diri berasa kurang yakin. Apakah ada cara atau petua hilangkan bau faraj ini? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Keadaan faraj secara semula jadi

Masalah bau faraj yang tidak menyenangkan boleh terjadi dari masa ke masa. 

Walaupun anda menjaga tubuh dan miss V sebaiknya, masih ada kemungkinan untuk mengalami situasi faraj mengeluarkan bau, dan itu adalah keadaan normal.

Tetapi apa yang tidak normal adalah apabila bau yang dikeluarkan faraj terlalu kuat dan berterusan.

Pastinya anda akan tertanya-tanya, apakah yang dikatakan sebagai bau yang normal dan mengapa miss V bau busuk?

Umumnya, faraj mempunyai bau semula jadi dan aroma tersebut adalah berbeza bagi setiap wanita. 

Aroma khas faraj yang sihat digambarkan sebagai ‘musky’ atau ‘fleshy’. Manakala semasa kitaran haid, aroma yang terhasil seakan logam untuk tempoh beberapa hari.

Melakukan hubungan seks juga boleh mengubah bau faraj buat sementara waktu.

Faraj akan membersihkan diri secara semula jadi. Tanpa sebarang ‘gangguan bahan luar’, faraj boleh mengekalkan pH seimbang dan menyingkirkan bakteria tidak sihat.

Biasanya masalah bauan yang kurang menyenangkan ini dapat diatasi dengan rawatan di rumah. 

Walau bagaimanapun, jika anda mula menyedari miss V berbau agak ketara dan disertai simptom seperti kerengsaan serta kegatalan faraj atau keputihan luar biasa, ia petanda mungkin wujud masalah kesihatan.

Rawatan rumah untuk masalah miss V berbau

petua hilangkan bau faraj

Rawatan atau petua hilangkan bau faraj mungkin dapat membantu mengurangkan keadaan faraj yang berbau dalam tempoh seminggu. Sekiranya bau tidak hilang atau menjadi lebih kuat, anda mesti melakukan pemeriksaan doktor.

Bau faraj yang kuat menandakan masalah yang lebih besar dan memerlukan bantuan doktor bagi mengelakkan situasi menjadi teruk.

6 petua hilangkan bau faraj

Teknik berikut dapat membantu menghilangkan keadaan faraj berbau:

1. Amalkan penjagaan kebersihan diri yang baik

petua hilangkan bau faraj

Basuh bahagian antara kedua kaki. Gunakan kain basah lembut bagi menyingkirkan kulit mati, peluh dan kotoran. Penggunaan sabun lembut pada bahagian luar juga dibolehkan. 

Dalam labia, ia merupakan kawasan yang sangat sensitif. Penggunaan sabun boleh mengakibatkan kerengsaan. 

Hanya biarkan air mengalir pada bahagian ini sudah cukup untuk menjaga kebersihan labia sekitar faraj. Manakala keadaan faraj itu sendiri tidak perlu untuk dibersihkan. 

Elakkan penggunaan loofah kerana boleh mengakibatkan luka kecil sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. 

Jangan menggunakan sabun dengan wangian atau pencuci badan. Aroma dan bahan kimia boleh mengganggu pH semula jadi faraj.

Pastikan anda membasuh bahagian kemaluan sebelum dan selepas hubungan intim bagi mengekalkan tahap semula jadi bakteria.

2. Produk penghilang bau luaran

Jika anda ingin menggunakan bahan pewangi, gunakan hanya di luar bahagian labia dan bukannya berhampiran faraj. 

Tindakan memasukkan sesuatu ke dalam faraj boleh mengganggu kimia semula jadinya dan membawa masalah lebih besar.

Petua hilangkan bau faraj #3. Tukar seluar dalam

petua hilangkan bau faraj

Sekiranya material seluar dalam anda adalah daripada satin, sutera atau polister, tukarlah kepada 100% kapas.

Kapas membolehkan faraj bernafas dan sangat baik dalam mengeluarkan peluh serta cecair daripada badan.

Kelembapan berlebihan boleh mengganggu tahap bakteria semula jadi dan mengakibatkan jangkitan. 

4. Produk pH untuk atasi masalah miss V berbau 

Produk yang boleh didapati di farmasi (OTC) mungkin dapat membantu memulihkan pH semula jadi faraj. 

Tetapi jika anda mencuba dan keadaan semakin teruk, berjumpalah doktor. 

Petua hilangkan bau faraj #5. Elakkan meruang 

Anda mungkin berfikir tindakan meruang itu membantu menghilangkan bakteria jahat, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama ia juga menyingkirkan bakteria baik.

Biarkan tubuh menyeimbangkan tahap bakteria ini secara semula jadi dan elakkan daripada meruang.

6. Ubatan preskripsi 

Rawatan preskripsi doktor dapat membantu menghilangkan punca penyebab keadaan faraj berbau. 

Jika rawatan di rumah atau OTC tidak membantu, ubatan daripada doktor adalah jawapan yang terbaik. 

Pemeriksaan doktor

Jika bau yang dialami disertai gejala luar biasa,  seperti bau yang dikeluarkan faraj semakin kuat, petua hilangkan bau faraj di atas mungkin bukan jawapannya dan anda perlu berjumpa doktor.

Jangan menangguhkan sebarang rawatan atau pemeriksaan. Jangkitan yang terjadi mungkin sukar dirawat dan boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil di kemudian hari.

Sesetengah keputihan adalah normal. Tetapi jika keputihannya semakin banyak dan cecairnya juga tidak lagi jernih atau putih, ia tanda anda mengalami jangkitan. 

Mengalami kegatalan sekali-sekala juga adalah biasa. Namun jika semakin kerap gatal atau wujud rasa yang menyakitkan, mungkin ia berpunca daripada masalah yang lebih besar.

Untuk lebih kepastian mengenai keadaan faraj, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor. Usah malu, okay?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Odor. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17905-vaginal-odor. Accessed on Sept 17, 2021
  2. Vaginitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vaginitis/symptoms-causes/syc-20354707. Accessed on Sept 17, 2021
  3. I have a smell coming from my vagina. What causes it and how do I get rid of it? https://youngwomenshealth.org/2011/12/21/smelly_vagina/.  Accessed on Sept 17, 2021
  4. Sarmina Hassan, Ashwin Chatwani, Herman Brovender, Richard Zane, Thomas Valaoras, Jack D Sobel. (2011). Douching for perceived vaginal odor with no infectious cause of vaginitis: a randomized controlled trial. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21263351/. Accessed on Sept 17, 2021
  5. What your vaginal odour could mean. https://patient.info/news-and-features/vaginal-odours-to-be-aware-of. Accessed on Sept 17, 2021
  6. Vaginal or genital malodour in women. https://dermnetnz.org/topics/vaginal-or-genital-malodour-in-women. Accessed on Sept 17, 2021

Versi Terbaru

29/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Faraj Boleh Menjadi Haus Dan Longgar? Kenal Pasti Mitos Di Sebalik Vagina Ketat!

Risau Faraj Berbau Seperti Ikan? Ini Mungkin 2 Sebabnya, JAGA-JAGA Ya Wanita!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan