backup og meta

Rasa Pedih Faraj Masa Kencing? Jangan Abaikan, Ini Punca & Cara Mencegahnya!

Rasa Pedih Faraj Masa Kencing? Jangan Abaikan, Ini Punca & Cara Mencegahnya!

Kemaluan wanita sakit ketika kencing? Apakah faktor yang mendalangi keadaan itu dan adakah terdapat cara untuk menanganinya? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah punca kemaluan wanita sakit ketika kencing?

Air kencing biasanya berasid. Maka jika terdapat sebarang kerengsaan berhampiran pintu masuk saluran faraj dan air kencing melalui uretra atau kawasan sekitar alat kelamin (perineum) – anda mungkin akan mengalami ketidakselesaan seperti sensasi terbakar.

Rasa sakit pada bahagian dalam faraj – apabila kencing – boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Keadaan ini umumnya dikenali sebagai dysuria dan lebih cenderung terjadi kepada wanita berbanding lelaki.

Berikut antara punca kencing yang menyakitkan:

Jangkitan, punca kemaluan sakit ketika kencing

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah satu punca utama kesakitan ini. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana bahagian saluran kencing, seperti:

  • Buah pinggang
  • Ureter – tiub yang membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing
  • Pundi kencing
  • Uretra tiub daripada pundi kencing yang membawa air kencing keluar badan

UTI paling kerap terjadi disebabkan bakteria yang masuk ke dalam saluran kencing melalui uretra.

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko UTI termasuklah:

  • Wanita
  • Mengalami diabetes
  • Golongan berusia
  • Batu karang
  • Kehamilan
  • Mempunyai kateter urinari 

kemaluan wanita sakit ketika kencing

Selain sakit semasa kencing, gejala UTI lain seperti:

  • Demam
  • Air kencing busuk atau berbau kuat
  • Air kencing keruh atau berdarah
  • Peningkatan kekerapan atau keinginan kencing
  • Sakit pinggang

Ada kalanya, kencing yang menyakitkan ini boleh dikaitkan dengan jangkitan faraj seperti jangkitan yis. Keadaan tersebut turut boleh mengakibatkan perubahan pada keputihan dan baunya.

Jangkitan seksual juga boleh menyebabkan kesakitan semasa kencing, antaranya:

Kemaluan sakit ketika kencing disebabkan jangkitan seksual turut boleh mengakibatkan gejala seperti: 

  • Gatal-gatal
  • Sensasi terbakar
  • Lepuh atau luka untuk herpes genital
  • Pelepasan cecair tidak normal

Baca juga:

Keradangan & kerengsaan punca kemaluan wanita sakit ketika kencing

Pelbagai masalah boleh mengakibatkan keradangan atau kerengsaan saluran kencing atau bahagian kemaluan – yang menyebabkan simptom kencing yang menyakitkan.

Selain jangkitan, faktor lain yang mungkin penyebab kerengsaan atau keradangan:

  • Batu dalam saluran kencing
  • Kerengsaan uretra daripada aktiviti seksual
  • Interstitial cystitis – disebabkan oleh keradangan pundi kencing
  • Perubahan faraj berkaitan dengan menopaus
  • Aktiviti seperti menunggang kuda atau berbasikal
  • Sensitiviti atau kerengsaan faraj berkaitan dengan penggunaan sabun wangi atau mandian buih, kertas tandas atau produk lain seperti douch atau spermisida
  • Kesan sampingan daripada ubat, suplemen dan rawatan tertentu
  • Tumor dalam saluran kencing

Pilihan rawatan untuk kemaluan sakit ketika kencing

kemaluan wanita sakit ketika kencing

Jangan abaikan kesakitan yang dialami semasa membuang air kecil. Doktor pastinya boleh membantu mengenal pasti rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan.

Menentukan punca kesakitan menjadi langkah pertama sebelum rawatan kencing sakit dapat dijalankan.

Doktor mungkin memberikan antibiotik untuk merawat kencing yang menyakitkan. Antibiotik boleh merawat UTI, beberapa jangkitan bakteria dan beberapa jangkitan seksual. Ubat untuk menenangkan pundi kencing yang merengsa juga boleh diberikan doktor.

Kesakitan yang berkaitan dengan keadaan seperti interstitial cystitis mungkin lebih mencabar untuk dirawat. Anda mungkin perlu mengambil ubat sehingga 4 bulan untuk dapat melihat keberkesanannya.

Kemaluan wanita sakit ketika kencing: Langkah pencegahan

Terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan bagi melegakan gejala anda:

kemaluan wanita sakit ketika kencing

  • Jauhi detergen pakaian dan peralatan mandian yang wangi untuk mengurangkan risiko kerengsaan
  • Ubah suai diet untuk menghapuskan makanan dan minuman yang boleh merengsakan pundi kencing seperti makanan berasid tinggi, kafein dan alkohol
  • Kekal terhidrat
  • Jika memakai pad inkontinens kencing, tukarkannya sebaik sahaja ia kotor
  • Sebagai wanita, selepas kencing, gunakan tisu baharu yang bersih dan lap sebarang air kencing daripada bahagian dalam bibir faraj

Kesimpulan 

Kemaluan wanita sakit ketika kencing adalah gejala biasa yang berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Sebaiknya, jika mengalami kesakitan pada bahagian alat sulit, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera sebelum gejala bertambah teruk.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. I have pain in the inside of my vagina when I pee. What should I do and what are the docs going to do to me? https://youngwomenshealth.org/askus/i-have-pain-in-the-inside-of-my-vagina-when-i-pee/, Accessed on Jan 16, 2023
  2. What causes painful urination in women? https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/what-causes-painful-urination-in-women#.,/ Accessed on Jan 16, 2023
  3. Causes of Painful Urination. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/1998/0501/p2169.html,/ Accessed on Jan 16, 2023
  4. Urination Pain – Female. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/urination-pain-female/,/ Accessed on Jan 16, 2023
  5. Dysuria (Painful Urination). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15176-dysuria-painful-urination,/ Accessed on Jan 16, 2023
  6. Painful urination (dysuria).  https://www.mayoclinic.org/symptoms/painful-urination/basics/when-to-see-doctor/sym-20050772, / Accessed on Jan 16, 2023
  7. Is That Burning Sensation a Urinary Tract Infection? https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/urinary-tract-infections/is-that-burning-sensation-a-urinary-tract-infection#, / Accessed on Jan 16, 2023

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan! 10 Punca Faraj Gatal Ini Boleh Dirawat Dengan Ubat Farmasi

Alamak, Miss V Gatal Dan Kering? Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini, Pasti Mujarab!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan