home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ikut Style Perempuan Dulu-Dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

Ikut Style Perempuan Dulu-Dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

Para wanita di luar sana, pernah tak terlintas di fikiran anda bagaimana rasanya jika memilih pad wanita yang lain selain daripada tuala wanita pakai buang yang sering digunakan?

Selain tuala wanita pakai buang yang sering dilihat di mana-mana pasar raya, pad bermaterial kain juga semakin menjadi pilihan golongan kaum Hawa.

Apa yang menariknya material kain ini? Dan apa pula bezanya dengan tuala wanita pakai buang yang biasa?

Pad jenis kain

pad jenis kain

Sebelum pergi lebih lanjut, kita ketahui dulu kelebihan dan kekurangan menggunakan pad jenis kain.

Kelebihan menggunakan pad jenis kain

  • Mesra alam sekitar

Pelapik yang boleh digunakan semula membuatkannya mesra alam kerana tidak akan menyumbang terhadap pertambahan pembuangan sampah.

Dianggarkan bahawa wanita biasa menggunakan lebih daripada 11,000 pad wanita sepanjang hayatnya.

Dan itu hanya baru seorang wanita, belum mewakili jutaan para wanita di luar sana!

Tuala wanita jenis kain juga tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk kegunaan lain selain menjadi alas darah haid.

  • Tidak merengsakan kulit faraj

Lapisan kain dibuat daripada fabrik lembut dan membolehkan kulit sekitar faraj untuk bernafas disebabkan oleh aliran udara yang baik.

Ini bermakna kawasan faraj akan menjadi kurang berpeluh, berlakunya kerengsaan dan gangguan ketika anda memakai tuala wanita material kain yang boleh digunakan semula ini.

Sebilangan wanita sensitif terhadap agen pemutihan yang digunakan untuk mendapatkan warna putih daripada tuala wanita pakai buang.

Malah ada yang mengatakan bahawa setelah mereka bertukar kepada material kain, kekejangan haid dan PMS turut menurun secara mendadak.

Selain itu, disebabkan peningkatan aliran udara, kemungkinan untuk mendapat jangkitan yis semakin berkurangan.

Keburukan guna pad kain

  • Dianggap kotor

Tuala wanita material kain sering dikaitkan dengan kekotoran oleh darah haid daripada penggunaan sebelumnya.

Tanggapan terhadap darah haid adalah terpulang kepada individu, tetapi memakai tuala wanita bermaterial kain tidak semestinya lebih buruk daripada yang pakai buang.

Anda meletakkannya ke dalam seluar anda dengan cara yang sama seperti pad pakai buang dan memakainya untuk jangka masa yang sama.

Tetapi setelah selesai pakai, daripada membuangnya ke dalam tong sampah, anda bahkan mencucinya.

  • Memerlukan penjagaan yang agak cerewet

Anda tidak hanya membuang alas kainnya ke dalam tong sampah selepas selesai, anda juga mesti membasuhnya.

Sebilangan besar orang merendamnya ke dalam air hingga tiba masanya untuk mencuci bagi mengelakkan kesan darah daripada melekat.

Kemudian masukkan ke dalam mesin basuh dengan cara yang sama seperti anda membasuh pakaian lain.

Diingatkan agar anda tidak menggunakan pelembut kain kerana ia boleh mempengaruhi daya serapnya.

Cara-cara mengeringkan tuala wanita ini bergantung pada jenama dan bahan daripada mana mereka diperbuat.

Ramai wanita membiarkannya kering sendiri.

Tuala wanita pakai buang

tuala-wanita-tingkatkan-risiko-kanser

Pad pakai buang sudah lama digunakan para wanita di luar sana. Ini sebab mengapa ramai wanita menggunakannya:

Kelebihan menggunakan pad pakai buang

  • Memudahkan anda

Selesai memakainya, anda hanya perlu buang. Mudah, kan?

Itu mungkin titik penjualan utama bagi tuala wanita pakai buang ini dan ia juga mudah didapati.

Keburukan tuala wanita pakai buang

Pelapik pakai buang ini diputihkan dengan peluntur klorin, yang menghasilkan produk sampingan beracun yang disebut dioksin dan juga digabungkan dengan beberapa bahan kimia lain seperti:

  • Dioxin

Pembalut tidak berwarna putih tulen. Serat atas dilapisi klorin untuk memberi penampilan yang bersih dan steril.

Proses pemutihan ini menghasilkan dioksin, iaitu bahan pencemar yang sangat toksik.

Anda mungkin fikir bahawa tahap dioksin pada pembalut cukup rendah dan tidak menimbulkan bahaya.

Walau bagaimanapun, dioksin berkumpul dalam simpanan lemak badan dari masa ke masa, dan dapat kekal di situ selama 20 tahun!

Pendedahan terhadap dioksin boleh menyebabkan penyakit radang pelvis, gangguan hormon, wujudnya endometriosis, dan pelbagai bentuk kanser!

  • Plastik

Pembalut jenis ini sering diiklankan sebagai ‘tahan bocor’, dengan lapisan plastik yang tidak kedap di bahagian bawah tuala wanita yang tidak membenarkan cecair atau udara melaluinya.

Plastik menangkap kelembapan dan haba, mewujudkan persekitaran yang mendorong kepada pertumbuhan yis dan bakteria pada faraj.

Ia juga boleh menyebabkan sesetengah individu sensitif dan bakal mengalami kerengsaan dan kesakitan pada kawasan faraj.

  • Pewangi

Pembalut wangi dengan peneutralan bau dan wangian tiruan lain mengandungi gabungan bahan kimia yang tidak diketahui, yang dapat memasuki aliran darah dan mampu menimbulkan kesan sampingan.

Selain itu, pewangi juga mampu merengsakan kulit, yang boleh menyebabkan alergi dan reaksi terhadap kulit.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://ecofemme.org/10-reasons-switch-to-cloth-pads/
  2. https://www.unicef.org/wash/files/UNICEF-Guide-menstrual-hygiene-materials-2019.pdf
  3. https://menstrualcupreviews.net/cloth-vs-disposable-menstrual-pads/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5488479/
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 19/11/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x