backup og meta

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Ini 5 Perkara Tentang Aktiviti Seks Wanita Kena Tahu!

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Ini 5 Perkara Tentang Aktiviti Seks Wanita Kena Tahu!

Setiap pasangan suami isteri pasti punya cara tersendiri untuk rancang keluarga masing-masing. Salah satu daripada ikhtiar yang paling popular adalah dengan pakai IUD perancang kehamilan.

Namun tidak kurang ramai juga yang rasa risau akan kesan jika pakai IUD kerana mereka mungkin percaya bahawa ia akan menjejaskan aktiviti seks bersama dengan pasangan.

Persoalannya, apa kaitan pemakaian IUD untuk merancang kehamilan dengan aktiviti seks? Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu alat IUD perancang kehamilan?

Untuk pengetahuan anda semua, Intrauterine Device (IUD) adalah sejenis alat kontraseptif dengan bentuk huruf ‘T’ yang dibuat daripada plastik dan dipasang di dalam rahim wanita.

Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan untuk cegah wanita daripada hamil. Alat ini mungkin agak popular kerana banyak kajian percaya bahawa ia hampir 90% efektif jika guna.

Tidak cukup dengan itu, alat ini juga mempunyai jangka hayat yang sangat panjang yakni 5 tahun atau lebih bergantung kepada jenis. Jadi, ia mungkin agak low maintainance.

Apa yang mungkin buat ramai wanita takut untuk pakai IUD adalah ia turut hadir dengan risiko terhadap kesihatan terutama di dalam aspek kehidupan seks dengan pasangan.

IUD perancang kehamilan

Benarkah IUD perancang kehamilan ini akan menjejaskan aktiviti seksual individu? Mari kita rungkai!

[embed-health-tool-ovulation]

Wujud kesan alat IUD perancang kehamilan?

Ya, antara kesan pakai IUD yang paling kerap diutarakan adalah sama ada ia akan menjejaskan kehidupan seks anda dan pasangan. Berikut adalah antara perkara yang penting untuk wanita ketahui:

#1. IUD boleh jadi punca pendarahan

IUD jenis hormonal berisiko untuk menipiskan dinding endometrial, bahagian di dalam rahim yang akan berfungsi untuk mengeluarkan darah setiap kali wanita itu datang haid.

Jika dinding yang dimaksudkan ini telah menjadi sangat nipis, maka ia mungkin akan terhiris atau terluka akibat penetrasi zakar ke dalam faraj. Kesannya, darah akan keluar.

Segera jumpa doktor jika ada darah keluar selepas seks terutama jika ia hadir dengan rasa sakit.

#2. Ia mungkin boleh terkena pada zakar

Sebenarnya, risiko untuk alat IUD perancang kehamilan ini untuk terkena dengan zakar semasa seks adalah sangat rendah dan mungkin ia tidak perlu langsung dibimbangkan.

Kecuali, wujud juga kemungkinan di mana alat ini telah dipasang pada tempat yang kurang tepat dan terlalu ke bawah sehingga boleh jadi punca ia terkena dengan zakar.

Dalam usaha untuk memastikan alat ini berada di tempat yang tepat, sila periksa dengan doktor.

IUD perancang kehamilan

#3. Ia beri kesan kepada kitaran haid wanita

Pakar Ginekologi, Dr Alyssa Dweck menyatakan, ramai wanita yang ada masalah kekejangan dan pendarahan teruk setiap kali mereka datang haid dan ia sangat mengganggu.

Berita baik buat wanita yang pakai IUD jenis hormonal, ia akan beri kesan kepada kitaran haid wanita dalam cara yang baik dan akan bantu kurangkan simptom di atas tadi.

Menurut kajian, 20% wanita yang ada simptom ini dan pakai alat ini telah terima kesan positif.

#4. IUD terjejas angkara seks ganas

IUD mungkin boleh terjejas (dalam kes ini teralih atau terkeluar daripada tempatnya) akibat seks ganas yang diamalkan oleh anda dan pasangan namun ia bukan risiko yang tinggi.

Kajian menyatakan bahawa bahaya ini adalah sekitar 5% sahaja dan ia hanya akan berlaku apabila hubungan seks yang kalian berdua lakukan itu di tahap yang sangat ekstrem.

Namun, hubungan seks yang aman dan biasa mungkin tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

#5. Ia akan halang kehamilan

Jika kita fikir dengan logik akal, memang itu tujuan untuk wanita pakai IUD perancang kehamilan, namun ia akan jadi masalah jika anda dan pasangan inginkan cahaya mata.

Ini kerana kalian berdua perlu berfikir untuk membuka atau membuang semula alat ini dan ia tentu sahaja akan memakan masa serta kos. Pendek kata, ia agak menyusahkan.

IUD perancang kehamilan

Disebabkan itu, sila pasang IUD hanya apabila anda sudah buat keputusan untuk elak kehamilan.

Dapatkan info dan nasihat doktor…

Konklusinya, ada banyak perkara penting yang wanita perlu ambil tahu sebelum pakai IUD bagi merancang kehamilan kerana ia bukan satu keputusan yang remeh untuk dibuat.

Dapatkan info dan nasihat doktor terlebih dahulu demi keputusan dan kesihatan yang terjamin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Using Intrauterine Devices (IUDs), https://www.optionsforsexualhealth.org/facts/birth-control/methods/iud/, Accessed Mar 7 2022.
  2. Myths and facts about… the Intra-Uterine Device (IUD), https://www.ippf.org/blogs/myths-and-facts-about-intra-uterine-devices, Accessed Mar 7 2022.
  3. Will my partner feel my IUD during sex?, https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/will-my-partner-feel-my-iud-during-sex, Accessed Mar 7 2022.
  4. Can you feel the IUD during sex?, https://www.bedsider.org/features/787-can-you-feel-the-iud-during-sex, Accessed Mar 7 2022.
  5. What’s an IUD insertion like?, https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/iud/whats-an-iud-insertion-like, Accessed Mar 7 2022.

Versi Terbaru

10/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

Nak Cegah Hamil Guna IUD Memang Boleh, Tapi Alert! Ada Risiko Mengandung Luar Rahim


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan