home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Cegah Hamil Guna IUD Memang Boleh, Tapi Alert! Ada Risiko Mengandung Luar Rahim

Nak Cegah Hamil Guna IUD Memang Boleh, Tapi Alert! Ada Risiko Mengandung Luar Rahim

Alat kontraseptif dalam rahim (IUD) merupakan salah satu kaedah kontrasepsi yang sering digunakan oleh wanita untuk cegah kehamilan.

Walaupun alat tersebut berkesan untuk mencegah kehamilan, ia bukan 100% efektif.

Berbanding dengan kaedah kontrasepsi yang lain, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi.

Dalam tempoh 1 tahun penggunaan, nisbah kegagalan wanita yang menggunakan kaedah kontrasepsi ini adalah 1:100.

Ini bermakna, dalam kalangan 100 wanita yang menggunakannya, pemakaian oleh 1 individu gagal untuk cegah kehamilan.

Secara teorinya, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai keberkesanan pada kadar 99%.

Persoalannya di sini, apakah faktor yang menyebabkan kegagalan fungsi alat kontraseptif dalam rahim?

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bukan semua wanita berjaya cegah kehamilan menggunakan IUD

cegah kehamilan

Jika ingin dibandingkan dengan kaedah kontrasepsi yang lain, IUD merupakan satu alternatif yang mudah.

Secara idealnya, tiada kesilapan daripada pihak pengguna memandangkan ia bukanlah seperti pil yang perlu diambil setiap hari.

Bergantung kepada model IUD, pengguna berupaya untuk cegah kehamilan selama 5 tahun sebelum tamat tarikh luputnya.

IUD merupakan salah satu daripada kaedah kawalan kehamilan sementara yang banyak disarankan kepada wanita yang ingin merancang kehamilan.

Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit, model IUD yang berbeza mempunyai kadar kegagalan yang berlainan.

IUD yang diperbuat daripada tembaga mempunyai kadar kegagalan setinggi 0.8% manakala IUD hormon, levonorgestrel mempunyai kadar kegagalan di antara 0.1% hingga 0.4%.

Mereka yang menggunakan kaedah ini berisiko untuk gagal cegah kehamilan terutamanya jika hubungan seksual dilakukan dalam tempoh 7 hari selepas pemasangan.

IUD yang dipasang boleh beralih daripada kedudukan yang sepatutnya menyebabkan fungsinya terganggu.

Walaupun keadaan tersebut dianggap jarang berlaku, namun menurut the American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), risiko untuk alat kontraseptif dalam rahim itu beralih adalah di antara 2 hingga 10% dalam tempoh 1 tahun.

Mereka yang menyusu badan atau baru lepas bersalin mempunyai risiko yang tinggi untuk alat kontraseptif dalam rahim mereka beralih.

Ini meningkatkan kadar kegagalan langkah kontrasepsi untuk cegah kehamilan.

Baca juga:

Antara gejala dan simptom yang boleh dialami oleh wanita yang mempunyai masalah ini adalah seperti berikut:

  • Benang IUD yang keluar dari faraj kelihatan pendek daripada biasa
  • Pendarahan yang banyak
  • Kram perut luar biasa
  • Lendiran faraj yang banyak

Gagal cegah kehamilan sebabkan kehamilan biasa @ luar rahim

cegah kehamilan

Bagi wanita yang mengalami kegagalan fungsi IUD, mereka berisiko untuk mendapat komplikasi kehamilan luar rahim.

Keadaan ini berlaku apabila embrio yang sepatutnya ditanam pada dinding rahim berada di kawasan luar rahim seperti:

  • Tiub falopian
  • Ovari
  • Ruang abdomen
  • Serviks

Menurut ACOG, komplikasi akibat kegagalan alat kontraseptif dalam rahim untuk cegah kehamilan boleh menyebabkan simptom seperti berikut:

Jika mereka yang mengalami keadaan ini tidak dirawat dengan kadar segera, simptom yang lebih serius boleh timbul.

Antaranya adalah:

Jika anda atau pasangan mempunyai simptom seperti yang dinyatakan, rawatan perlu diberikan dengan kadar segera.

Mereka yang mengalami kehamilan luar rahim berisiko untuk mati akibat pendarahan dalaman.

Pilihan bagi yang gagal cegah kehamilan

iud

Jika anda mengalami simptom kehamilan, anda perlu membuat ujian kehamilan atau hadir ke klinik terdekat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Antara simptom yang menunjukkan anda gagal untuk cegah kehamilan:

Lebih penting lagi jika anda mengalami gejala yang menunjukkan anda mungkin hamil di luar rahim. Jika ragu, pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pengesahan.

Jika anda mengalami komplikasi hamil luar rahim, prosedur pembedahan laparoskopik akan dilakukan bagi mengeluarkan janin pada kawasan bukan rahim.

Bagaimana pula jika kegagalan untuk cegah kehamilan menyebabkan wanita tersebut hamil biasa?

Pilihan yang akan diberikan kepada pasangan suami isteri bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Usia kandungan
  • Kedudukan IUD
  • Akses kepada benang IUD
  • Permintaan daripada wanita itu sendiri

Sekiranya wanita tersebut membuat keputusan untuk meneruskan kehamilan, pemeriksaan akan dibuat.

Jika benang IUD tidak kelihatan di luar faraj, doktor akan menggunakan mesin ultrasound bagi menentukan kedudukannya.

  • Jika IUD tidak kelihatan, ujian x-ray akan dibuat bagi mengesan kedudukan alat tersebut
  • Sekiranya IUD berada pada serviks, doktor akan menarik keluar IUD tersebut
  • Jika IUD berada di atas serviks, doktor akan menasihatkan perihal komplikasi dan risiko yang boleh dialami sekiranya kehamilan ingin diteruskan.

Konklusi

Penggunaan IUD untuk cegah kehamilan digalakkan terutamanya kepada ibu yang baru sahaja lepas bersalin.

Perkara ini penting bagi memastikan si ibu mempunyai ruang masa untuk menjaga bayi yang baru lahir sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.

Jika anda ingin menggunakan IUD atau menghadapi masalah berkaitan dengan penggunaannya, hadirkan diri anda ke pusat kesihatan terdekat.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. ACOG FAQs. (https://www.acog.org/patient-resources/faqs?IsMobileSet=false). Diakses pada 6 April 2020.
  2. How effective are IUDs? (https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/iud/how-effective-are-iuds). Diakses pada 6 April 2020.
  3. Contraception Birth Control Methods. (https://www.cdc.gov/reproductivehealth/contraception/index.htm). Diakses pada 6 April 2020.
  4. Ectopic pregnancy. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ectopic-pregnancy/symptoms-causes/syc-20372088). Diakses pada 6 April 2020.
  5. Conception during IUD use increases risks to mother and infant — Ben-Gurion University study. (https://www.eurekalert.org/pub_releases/2018-01/aabu-c010818.php). Diakses pada 6 April 2020. 
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 16/04/2020
x