Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

“IUD boleh terkeluar kalau ‘main’ kasar sangat? Takutnya!” Sejauh manakah kebenaran kenyataan berkaitan alat pencegah kehamilan ini?

Sekiranya kalian berminat untuk ketahui jawapannya, pastikan untuk terus membaca okay!

Alat perancang keluarga IUD

Untuk mengetahui kemungkinan IUD terkeluar semasa melakukan hubungan seks kasar, mari fahami fungsinya terlebih dahulu!

Selain kondom dan pil perancang, ada juga pasangan yang menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD dalam kalangan masyarakat kita.

Ia adalah sebuah alat pencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.

Tambah lagi, alat ini mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu selama 3 hingga 10 tahun bergantung kepada jenis IUD yang dipakai.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUCD iaitu:

  • Copper – Alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabkan rahim dan tiub fallopio secara tidak langsung menghasilkan cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma
  • Mirena – Alat yang mengandungi hormon progesteron ini akan membuat mukus dan serviks tebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak dan membunuh sperma

Bagaimana ia berfungsi?

cegah kehamilan

Alat perancang keluarga IUD mempunyai tali yang tergantung pada hujungnya, yang akan diletakkan di dalam rahim anda dengan bantuan doktor pakar.

Langkah-langkah berikut berlaku semasa kemasukan IUD:

  • Setelah melakukan pemeriksaan pelvis, doktor anda akan meletakkan antiseptik pada faraj. Dengan menggunakan aplikator khas, IUD akan dimasukkan melalui serviks
  • Setelah IUD sampai di bahagian atas rahim, doktor anda akan mengembangkannya menjadi bentuk ‘T.’ Pada masa itu, anda mungkin mengalami kekejangan
  • Doktor anda akan memotong talinya mengikut kepanjangan yang bersesuaian dan tali itu akan tergantung ke bawah melalui serviks ke faraj

Prosedurnya adalah cukup mudah dan hanya memakan masa beberapa minit.

Anda mungkin mengalami sedikit tompokan darah atau ketidakselesaan beberapa minggu selepas dimasukkan.

IUD mempengaruhi kehidupan seks anda?

Sebagai permulaan, IUD anda sepatutnya tidak akan mengganggu aktiviti harian, termasuklah seks, menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG).

Pada dasarnya, peranti ini tidak akan mengubah sensasi fizikal anda secara negatif.

Pun begitu, terdapat beberapa cara lain IUD berisiko mengubah kehidupan seks anda.

Contohnya, wanita yang memakai IUD tembaga mungkin mengalami kekejangan haid yang teruk, yang boleh memberi kesan terhadap mood dan keinginan untuk bersenggama.

Selain itu, walaupun pasangan anda tidak akan dapat melihatnya semasa melakukan hubungan seks, mereka masih boleh merasai talinya, terutamanya jika anda memakainya buat kali pertama.

Jadi… bolehkah IUD terkeluar jika melakukan seks kasar?

Bagi menjawab persoalan utama artikel ini, ya, perkara ini tidak mustahil, namun ia sangatlah jarang berlaku.

Inilah yang dikenali sebagai IUD expulsion, yang bermaksud rahim anda mengeluarkan IUD daripada posisi asalnya.

Oleh sebab masih sedikit kajian dalam bidang ini, pakar tidak mempunyai bilangan data yang tepat mengenai seberapa banyak kes ini  berlaku.

Pun begitu, secara umumnya IUD expulsion berlaku apabila pemakai:

  • Tidak pernah mengandung
  • Berumur lebih muda daripada 20 tahun
  • Mempunyai haid yang berat atau menyakitkan
  • IUD dimasukkan selepas keguguran pada trimester kedua kehamilan

Walaupun jumlah kes IUD terkeluar tidak begitu jelas, kemungkinan untuk ia berlaku akibat seks ganas adalah sangat kecil.

Menurut pakar sakit puan, Dr. Jacques Moritz, setakat ini masih belum ada kes IUD yang terkeluar akibat persetubuhan.

seks

Adakah mustahil IUD sudah pun terkeluar daripada posisinya dan anda hanya menyedarinya ketika bersenggama?

Mungkin juga! Tetapi apa yang pasti, ia tidak akan berlaku dek penetrasi zakar, menurut pakar.

Pada realitinya, antara salah satu faktor risiko terbesar berlakunya pengeluaran IUD adalah apabila ia mula-mula dimasukkan.

Dalam kes tersebut, ada kemungkinan penyedia perubatan tidak meletakkannya dengan betul semasa memasukkan ke dalam rahim.

Di samping itu, memakai peranti ini setelah bersalin juga boleh menjadi faktor risiko utama yang lain, ini kerana serviks masih dalam keadaan ‘melebar’ daripada biasa.

Terdapat juga komplikasi IUD lain yang disebut sebagai perforation, atau ketika IUD  menembusi dinding rahim anda. Usah gusar, seks kasar selalunya tidak akan menjadi puncanya.

Apa yang ingin penulis tekankan di sini, seks, kasar atau tidak, BUKAN faktor risiko bagi masalah IUD terkeluar ya!

Konklusinya…

Sekiranya anda mengesyaki sebarang perubahan pada IUD, periksa dahulu untuk ketahui sama ada anda dapat merasakan talinya.

Jika tidak mampu, jangan panik dan lakukan janji temu dengan doktor sekiranya anda gugup atau mengalami simptom yang pelik.

Pakar juga menyarankan pemakai peranti ini untuk menjalani pemeriksaan berkala setiap bulan atau lebih, sehingga berasa selesa dan yakin dengan posisi IUD mereka.

Ingat, anda tidak perlu menemui doktor hanya kerana tidak lagi dapat merasakan tali IUD setelah melakukan hubungan seks.

Aktiviti senggama tidak akan mempengaruhi rahim anda (kecuali kehamilan), jadi teruskan menikmati momen bersama pasangan tercinta di ranjang sekasar mana pun yang anda mahukan tanpa risau okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kurang Popular, Tapi Alat Cegah Hamil Ini Mudah Dipakai & Efektif! Kenali CINCIN VAGINA

Pernahkah anda dengar tentang cincin vagina? Kaedah perancang keluarga menggunakan kontraseptif ini tidak popular, namun mungkin berguna untuk anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Seksual, Kontrasepsi 18/01/2021 . 4 minit bacaan

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Pernah tak anda lakukan benda bodoh hanya sebab anda ingin ‘beraksi’ dengan pasangan? Usaha untuk menangani nafsu seks sememangnya sukar...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

menangis emosi perempuan ketika haid

Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
buang IUD

Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan