backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Kena Tahu Dulu Risikonya, Boleh Bawa Jangkitan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 08/08/2023

    Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Kena Tahu Dulu Risikonya, Boleh Bawa Jangkitan!

    Pemakaian alat perancang keluarga IUD adalah antara cara yang amat berkesan untuk mengelakkan kehamilan luar jangkaan. Pun begitu, ia mungkin berisiko menyebabkan jangkitan. Benarkah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa itu alat perancang keluarga IUD?

    Ia adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.

    Tambah lagi, alat ini mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu selama 5 tahun.

    Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUCD iaitu:

    • Copper – Alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabkan rahim dan tiub fallopio secara tidak langsung menghasilkan cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma
    • Mirena – Alat yang mengandungi hormon progesteron ini akan membuat mukus dan serviks tebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak dan membunuh sperma

    Sebelum memutuskan untuk menggunakan jenis IUD, anda perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim anda.

    alat perancang keluarga IUD

    Sebaiknya, anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik buat anda.

    Bagaimana fungsi alat perancang keluarga IUD?

    Alat perancang keluarga IUD mempunyai tali yang tergantung pada hujungnya, yang akan diletakkan di dalam rahim anda dengan bantuan doktor pakar.

    Langkah-langkah berikut berlaku semasa kemasukan IUD:

  • Setelah melakukan pemeriksaan pelvis, doktor anda akan meletakkan antiseptik pada faraj. Dengan menggunakan aplikator khas, IUD akan dimasukkan melalui serviks
  • Setelah IUD sampai di bahagian atas rahim, doktor anda akan mengembangkannya menjadi bentuk ‘T.’ Pada masa itu, anda mungkin mengalami kekejangan
  • Doktor anda akan memotong talinya mengikut kepanjangan yang bersesuaian dan tali itu akan tergantung ke bawah melalui serviks ke faraj
  • Prosedurnya adalah cukup mudah dan hanya memakan masa beberapa minit.

    Anda mungkin mengalami sedikit tompokan darah atau ketidakselesaan beberapa minggu selepas dimasukkan.

    Selamatkah kalau saya mahu memakai IUD?

    Ketika IUD mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, ramai pengguna mengalami kadar jangkitan pelvis dan perforasi yang tinggi.

    Malah, terdapat kematian dilaporkan dan lebih daripada 200,000 tuntutan mahkamah difailkan!

    Namun, hari ini IUD dianggap lebih selamat. Kesan sampingan mungkin termasuk tompokan darah antara haid atau kekejangan ringan dalam beberapa bulan pertama.

    perancang keluarga IUD

    Di samping itu, IUD bukanlah boleh menjadi pilihan yang baik untuk semua orang. Anda mungkin tidak dapat menggunakannya jika anda:

    Tambahan lagi, anda mungkin tidak boleh menggunakannya jika alah kepada tembaga.

    IUD boleh bawa jangkitan, bagaimana?

    IUD secara umumnya tidak menyebabkan jangkitan secara langsung.

    Tetapi, jika anda mempunyai jangkitan yang sedia ada, pemakaian alat perancang keluarga IUD akan menyebarkannya.

    2 jenis penyakit kelamin (STD) yang biasa berlaku adalah klamidia dan gonorea, yang menjadi sebab mengapa sesetengah doktor melakukan ujian STD terlebih dahulu sebelum memasukkan IUD.

    Faraj secara fitrahnya mengandungi beberapa bakteria, justeru sekiranya bakteria ditolak masuk ke organ pembiakan semasa pemakaian IUD, ia boleh mengakibatkan PID.

    Gejala-gejala jangkitan

    Antara simptom jangkitan alat perancang keluarga IUD mungkin merangkumi:

    • Sakit pada abdomen bawah
    • Keputihan, mungkin berserta bau busuk
    • Sakit ketika membuang air kecil
    • Seks yang menyakitkan
    • Demam
    • Haid tidak teratur

    Jika anda alami simptom di atas, cepat-cepatlah rujuk ke klinik yang berhampiran ya!

    Merawat jangkitan

    PID yang tidak dirawat boleh merosakkan organ anda secara kekal! Malah, jangkitan pelvis boleh menyebabkan kemandulan atau sakit yang kronik.

    Maka, semakin cepat anda dapatkan rawatan adalah lebih baik dan rawatan biasanya melibatkan pengambilan antibiotik.

    alat perancang keluarga IUD

    Rawatan lain pula bergantung pada jenis jangkitan yang anda alami.

    Anda tidak semestinya harus mengeluarkan IUD. Namun, ini mungkin disarankan jika jangkitan tidak menunjukkan tanda-tanda penyembuhan dalam tempoh beberapa hari.

    Kajian menunjukkan bahawa hasil rawatan pada wanita yang menyimpan IUD berbanding mereka yang menyingkirkannya hampir sama, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

    Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk mengikuti cadangan doktor dan teruskan rawatan susulan anda.

    Mencegah jangkitan

    Alat perancang keluarga IUD meningkatkan risiko jangkitan hanya selama beberapa minggu pertama.

    Namun, ia juga tidak menawarkan perlindungan terhadap jangkitan seksual atau sebaliknya.

    Salah satu cara untuk mengurangkan risiko anda mendapat jangkitan STD adalah dengan menggunakan kondom dan mengamalkan pantang larang pakai IUD yang lain.

    Selain itu, anda boleh mencegah jangkitan dengan elakkan daripada meruang (douching).

    Ini kerana faraj mempunyai bakteria secara semula jadi dan meruang hanya akan meningkatkan risiko penyebaran bakteria ke organ pembiakan kalian.

    Pokoknya, segeralah temui doktor jika anda mengalami tanda-tanda jangkitan, lagipun mencegah itu lebih baik daripada merawat bukan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 08/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan