“Saya baru berkahwin dan pertama kali melakukan hubungan seks. Tetapi, selepas berhubungan intim, tidak ada darah yang keluar. Saya tertanya-tanya berapa lama darah pecah dara keluar? Adakah perlu masa berhari-hari? Jika ya, proses pecah dara berapa hari? Harap dapat berikan nasihat yang bersesuaian.”
Kenapa lepas bersama keluar darah? Adakah normal berdarah selepas bersama? Adakah malam pertama akan keluar darah?
Bagi mereka yang baharu sahaja berkahwin, persoalan mengenai proses ‘pecah dara’ pasti menjadi topik hangat.
Ditambah pula dengan adegan dalam filem tempatan dan filem Bollywood, ramai yang sangka wanita yang masih mempunyai dara pasti akan berdarah jika mereka melakukan seks buat pertama kali.
Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai pengalaman yang sama. Malah, dari sudut perubatan juga, normal untuk seorang wanita tidak mengalami sebarang pendarahan ketika melakukan hubungan seks buat pertama kali.
Jadi, tidak berdarah pada malam pertama bukanlah bermaksud sudah tidak ada dara! Tolong buang jauh-jauh persepsi negatif ini. Selalunya, wanita akan alami pendarahan jika selaput dara mereka terkoyak atau meregang.
Namun, persoalan mengenai ‘berapa lama darah pecah dara keluar’ atau ‘pecah dara berapa hari’ pasti masih bermain-main dalam fikiran kaum Hawa. Manakan tidak, kedua-dua persoalan ini merupakan antara soalan yang banyak dicari di Google!
Untuk menjawab persoalan anda, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Dara dan pendarahan selepas seks
Kenapa lepas bersama keluar darah? Adakah normal berdarah selepas bersama? Adakah malam pertama akan keluar darah?
Normal untuk wanita mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks buat pertama kali. Jika anda bertanya, berapa lama darah pecah dara keluar, jawapannya mungkin berbeza mengikut individu.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ada juga wanita yang tidak akan mengalami pendarahan walaupun selepas melakukan seks buat kali pertama.
Darah yang keluar selalunya berwarna merah pekat dan ia disebabkan oleh selaput dara yang terkoyak. Malah, pendarahan juga boleh berlaku disebabkan perkara lain:
Berapa lama darah pecah dara keluar?
Kenapa lepas bersama keluar darah?
Jika pendarahan berterusan, darah tersebut akan bertukar menjadi merah gelap dan kemudiannya berhenti dalam masa beberapa hari. Oleh sebab itu, berapa lama darah pecah dara keluar? Anda mungkin perlukan masa dalam 2-3 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Darah yang terhasil juga lebih nipis daripada darah haid. Faraj yang terluka akan sembuh dalam masa beberapa hari disebabkan peredaran darah yang ekstensif pada kawasan kelamin.
Dara merupakan satu isu yang sensitif dan peribadi untuk wanita. Sukar untuk bercakap mengenainya dengan ahli keluarga atau sahabat rapat. Wanita juga akan menjadi tertekan jika mereka tidak mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan seks.
Kadangkala, kawasan dalam vagina boleh terluka disebabkan seks yang kasar. Bukan itu sahaja, pendarahan faraj yang abnormal juga boleh berlaku disebabkan penyakit!
Bolehkah kita tentukan sama ada seseorang itu masih dara atau tidak?
Jawapannya ialah tidak. Tidak ada sesiapapun yang boleh tentukan sama ada wanita masih dara atau tidak hanya berdasarkan hubungan seks.
Menurut Health Navigator New Zealand, hampir separuh wanita akan mengalami pendarahan ketika melakukan seks buat pertama kali. Separuh lagi tidak akan mengalami sebarang pendarahan. Kedua-duanya adalah normal.
Malah, ada wanita yang mempunyai selaput dara yang lebih kenyal daripada biasa!
Fakta
Selain itu, wanita juga boleh mengalami pendarahan disebabkan faraj yang kering, tidak cukup terangsang semasa melakukan hubungan seks ataupun seks yang terlalu kasar. Jangkitan dan inflamasi juga boleh menyebabkan kawasan intim wanita berdarah!
Jadi, jangan risau mengenai persoalan ‘berapa lama darah pecah dara keluar’. Setiap wanita berbeza, begitu jugalah dengan bentuk dan rupa dara masing-masing!
7 fakta menarik mengenai selaput dara
Bukan lelaki sahaja, kadangkala wanita juga tidak kenal selaput dara masing-masing! Sebab itulah banyak salah faham mengenai dara yang menghantui masyarakat kita.
Jadi, kami sediakan 7 fakta menarik mengenai selaput dara yang mungkin ramai tidak tahu.
- Selaput dara tidak akan ‘menutup’ bukaan vagina. Semua wanita mempunyai lubang pada vagina masing-masing
- Apabila melakukan seks buat kali pertama, selaput dara tidak akan ‘pecah’ atau ‘ditebuk’. Ia akan meregang, dan regangan inilah yang menyebabkan luka
- Tidak ada sesiapa yang boleh ‘merasai’ dara wanita dan mengetahui sama ada seseorang telah melakukan hubungan seks atau tidak sebelumnya
- Saiz bukaan selaput dara tidak sama bagi setiap wanita. Ada wanita yang mempunyai bukaan yang sangat kecil dan akan menyebabkan kesakitan setiap kali melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku, jumpa doktor secepat mungkin
- Memakai tampon, menaiki basikal dan melakukan gimnastik tidak akan menyebabkan selaput dara pecah
- Masturbasi mungkin akan membuatkan selaput dara terluka
Bagi wanita di luar sana, jangan biarkan persoalan ‘berapa lama darah pecah dara keluar’ menghantui anda.
Selepas membaca artikel ini, kami berharap agar wanita lebih cakna mengenai selaput dara masing-masing!
[embed-health-tool-ovulation]