Risau Tengok Darah Period Berketul, Menjalar-jalar Pula Tu! Normal @ Tanda Penyakit?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/12/2022

    Risau Tengok Darah Period Berketul, Menjalar-jalar Pula Tu! Normal @ Tanda Penyakit?

    Sekiranya anda tidak pernah mengalami darah period berketul, cair dan berlendir pada kitaran haid sebelumnya, tekstur asing ini mungkin membingungkan, atau bahkan menggerunkan untuk dilihat pertama kalinya.

    Tetapi sebenarnya, anda tidak perlu risau! Tarik nafas sedalam-dalamnya dan bertenang…

    Darah period berketul dan menjalar seakan tali sebenarnya sangat normal dan berlaku pada ramai wanita ketika menstruasi!

    Malahan, darah haid sememangnya cenderung untuk kadangkala bergumpal, melekit, atau menjadi agak cair, bergantung pada situasi wanita semasa datang bulan.

    Sekiranya hal ini masih membuatkan anda bingung dan takut, ikuti kupasan ini sampai ke penghujung kerana penulis bakal mengupas perihal darah period berketul dan menjalar dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa penentu konsistensi darah haid anda?

    Dalam kebanyakan kes, ia hanyalah darah yang terkumpul di rahim anda sebelum meninggalkan badan melalui faraj.

    Selain itu, darah cenderung untuk teroksidasi di dalam rahim apabila anda tidak bergerak buat jangka masa panjang (misalnya, tidur).

    Ini menjadi sebab mengapa darah period berketul dan menjalar muncul dengan warna-warna seperti merah gelap mahupun coklat.

    Jika kita fikir-fikirkan, apa lagi yang dilakukan darah apabila tidak bergerak? Ya, ia akan bergumpal!

    Oleh itu, dengan kata lain; darah haid yang menjalar juga dikategorikan sebagai jenis gumpalan darah yang cukup normal untuk terbentuk ketika datang bulan.

    Suka untuk penulis ingatkan juga, haid anda merujuk pada hari-hari pertama setiap kitaran haid, apabila lapisan rahim digugurkan oleh badan melalui faraj.

    Di samping itu, darah period adalah campuran lapisan rahim, darah, dan cairan faraj.

    Hari pertama atau kedua haid anda cenderung untuk menjadi hari-hari pendarahan yang paling berat.

    Tempoh ini juga merupakan hari-hari yang membuatkan anda lebih cenderung untuk alami konsistensi darah yang berbeza.

    #1 Darah haid menjalar seakan tali

    darah period berketul

    Darah yang panjang menjalar dengan konsistensi yang melekit dan cair boleh menjadi sangat pekat dengan lapisan rahim yang badan anda gugurkan.

    Konsistensi dan bentuk darah ini biasanya berwarna gelap atau merah terang.

    #2 Darah period berketul

    Semasa haid sedang berlangsung, anda mungkin bakal melihat tekstur darah seakan jeli atau dipecah menjadi 1 gumpalan tebal.

    Hal ini biasanya diakibatkan oleh pembekuan darah yang bergerak di dalam badan anda dan cukup normal untuk berlaku dalam mana-mana tempoh bahagian haid.

    Pun begitu, gumpalan darah ini mungkin akan dilihat dengan lebih kerap pada hari-hari di hujung aliran haid.

    Selain itu, gumpalan darah ini mungkin berwarna merah terang, merah gelap, atau coklat.

    #3 Darah haid yang cair

    Menuju ke penghujung kitaran period, darah haid anda mungkin akan mula kelihatan berair dan tipis. Ia juga boleh menjadi lebih gelap apabila darah mula mengoksidasi.

    Perlu juga anda tahu, darah yang berwarna merah terang dan berair boleh menjadi indikasi darah yang datang langsung dari rahim (menunjukkan kecederaan atau keguguran)!

    Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda melihat petanda ini, terutamanya jika anda sedang hamil, okey?

    Bagaimana pula dengan gumpalan darah yang besar ketika haid?

    Jika saiz darah period berketul dialami lebih besar dan berlaku dengan lebih kerap, ini mungkin petanda masalah kesihatan yang memerlukan perhatian!

    Ia boleh menjadi gejala kepada:

    Sila jumpa doktor apabila…

    Setiap wanita mempunyai kitaran haid bulanan yang unik dan berbeza.

    Bahkan, haid anda mungkin berbeza pada setiap kitaran, sama ada tempoh ia berlangsung, pendarahan berat/ringan, tekstur, bentuk mahupun konsistensinya.

    Namun, jika berlaku perubahan yang berpanjangan dan ketara dalam kitaran haid anda, dapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah.

    darah period berketul

    Tambahan itu, kenal pasti juga sekiranya anda mengalami simptom seperti berikut:

    1. Peningkatan kekejangan semasa haid.
    2. Keputihan berair yang berwarna merah atau kelabu terang.
    3. Mudah lebam, kelesuan atau sesak nafas, kesemuanya dapat menunjukkan petanda anemia.
    4. Rasa sakit atau alami pendarahan semasa atau selepas bersetubuh.
    5. Gumpalan darah haid yang kelihatan kian membesar.
    6. Tuala wanita sentiasa penuh, hingga menyebabkan bocor dan perlu ditukar pada setiap jam.
    7. Pendarahan haid berat yang meningkat atau berterusan selepas 7 hari (menometrorrhagia).

    Kesimpulan

    Darah period berketul, menjalar dan melekit adalah cukup normal untuk berlaku sepanjang berlangsungnya haid anda.

    Oleh itu, jika anda secara tiba-tiba melihat ketulan-ketulan atau darah yang panjang seakan tali semasa datang bulan, jangan panik!

    Tetapi, jika berlaku perubahan yang ketara pada kitaran bulanan, merangkumi pendarahan berat berserta gumpalan darah yang banyak, segera rujuk doktor mengenai kemungkinan penyakit lain yang anda tidak sedari.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/12/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan