Fluid retention ini boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti:
- Makan makanan yang terlalu masin
- Posisi tidur yang salah
- Stres dan kegelisahan
- Situasi perubatan
Oleh itu, amat disarankan agar anda mula bercukur beberapa minit setelah bangun daripada tidur.
Bulu-bulu akan lebih dekat kepada permukaan kulit dan ini akan memudahkan anda untuk bercukur.
Mencuci muka sebelum bercukur akan bantu mempersiapkan kulit anda untuk proses bercukur.
Pakar mencadangkan agar anda mencuci muka dengan pembersih muka terlebih dahulu sebelum memulakan proses mencukur.
Ini akan membantu untuk membuang minyak serta sel kulit mati pada permukaan kulit terlebih dahulu, barulah smooth hendak bercukur, kan?
Untuk menjamin pengalaman bercukur yang lancar, anda juga boleh menggunakan produk pembersihan pracukur bagi mengelakkan risiko daripada terluka.
Gunakan air suam sebelum memulakan proses bercukur

Tip ini bertujuan untuk membuka pori pada permukaan kulit supaya lebih senang untuk anda bercukur.
Nak senang, mandi sahaja dulu menggunakan water heater di rumah anda kemudian baru mulakan proses tersebut.
Namun ingat, jangan tersalah buka air panas pula! Silap-silap boleh sakit nanti.
Jika anda mahu menyelitkan rutin penggunaan shaving cream ataupun sabun cukur dalam amalan bercukur, anda harus basahkan kulit terlebih dahulu sebelum meletakkan apa-apa produk.
Jika anda menggunakan produk berasaskan sabun, pastikan anda membeli produk yang berkualiti tinggi,
Ini kerana sabun yang kurang berkualiti akan mengeringkan lagi kulit anda lalu membuatkan proses untuk bercukur lebih sukar.
Cukur mengikut arah bulu, bukan bertentangan!
Anda dinasihatkan untuk mencukur bulu dalam keadaan yang tidak bertentangan dengan arah pertumbuhan bulu.
Jika anda melakukan mengikut arah yang bertentangan, pisau cukur akan berisiko untuk menangkap bulu anda dan menariknya lebih jauh daripada permukaan kulit.
Ini boleh akibatkan pertumbuhan bulu-bulu anda kelak terperangkap di dalam kulit atau turut dikenali sebagai ingrown hairs.
Ia akan dapat mengurangkan risiko anda terluka atau cedera akibat bercukur, dan teknik ini juga dapat mengurangkan pertumbuhan bulu yang terperangkap.
Selain itu, kaedah ini secara tidak langsung mampu membuat pengelupasan permukaan kulit anda dengan mengurangkan jumlah sel kulit mati.
Proses mencukur juga akan menjadi lebih lancar kerana tiada rintangan di atas permukaan kulit.
Rumusan
Sebelum anda mulakan proses cukur bulu, pastikan peralatan mencukur anda dapat berfungsi pada tahap yang terbaik.
Selain itu, lakukan kaedah pracukur yang dikupas dalam artikel ini untuk mendapat pengalaman bercukur yang lancar dan tidak berisiko mencederakan kulit anda.