backup og meta

Selalu Dengar Senaman Kegel, Tapi Tak Pernah Buat? Ini Cara-caranya, Mudah Saja!

Selalu Dengar Senaman Kegel, Tapi Tak Pernah Buat? Ini Cara-caranya, Mudah Saja!

Senaman kegel, bukanlah suatu yang asing untuk kebanyakan wanita dan pastinya ada yang pernah melakukan senaman ini tanpa sedar. Teruskan membaca untuk mengetahui cara senaman kagel dilakukan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Otot lantai pelvis, apa tu?

Sebelum kita kupas senaman kagel untuk wanita dengan lebih lanjut, mari berkenalan dengan otot-otot yang terlibat semasa exercise kegel ini.

Untuk makluman, otot lantai pelvis adalah rangkaian otot yang menyokong pundi kencing dan membantu kita mengawal aliran air kencing.

senaman kagel

Otot pelvis turut meliputi 3 bahagian:

[embed-health-tool-ovulation]

Senaman kegel untuk wanita

Dinamakan sempena Dr. Arnold Kegel, doktor pertama yang mencadangkan senaman ini sebagai cara untuk menguatkan otot-otot pelvis yang lemah.

Senaman kegel, juga dikenali sebagai senaman kemut, dilakukan untuk menguatkan otot-otot dasar pelvis.

Senaman ini bukan sahaja bermanfaat dalam mencegah air kencing bocor, ia juga membantu cegah keluarnya kotoran (najis) atau gas secara tidak sengaja, bahkan dapat meningkatkan orgasme!

Tambah lagi, dengan memastikan otot-otot ini ‘cergas’, secara tidak langsung kalian turut dapat menjaga rahim, pundi kencing, dan usus daripada ‘jatuh’ ke dalam faraj.

Sekiranya masalah tersebut berlaku, kondisi ini dikenali sebagai pelvic organ prolapse.

senaman kagel

Cara senaman kagel: Cara mengesan otot lantai pelvis

Tahukah anda, adalah mustahak untuk anda mengenal pasti otot-otot lantai pelvis terlebih dahulu sebelum melakukan senaman kegel.

Otot lantai pelvis adalah sekumpulan otot yang mempunyai bentuk seakan ‘buaian’ terletak di antara tulang kemaluan di bahagian depan badan hingga ke hujung tulang belakang.

Mencari otot lantai pelvis sebenarnya adalah cukup mudah! Caranya adalah dengan menghentikan aliran air kencing semasa anda sedang membuang air kecil.

Anda juga boleh memasukkan jari ke dalam faraj dan menekan otot-otot di sekitarnya. Pastikan anda rasa tekanan di jari anda.

Otot-otot yang terasa seakan ‘terangkat’ di dalam faraj adalah otot sama yang bakal anda kuatkan semasa senaman kegel.

Bagi lelaki pula, kaedahnya lebih rumit.

Berbeza dengan wanita yang memasukkan jari ke dalam faraj, lelaki boleh memasukkan jari mereka ke dalam lubang dubur dan cuba mengemut di sekitar jari tanpa menggunakan abdomen, punggung atau otot paha.

Sama juga seperti wanita, lelaki juga boleh melakukan latihan menghentikan aliran air kencing.

Baca juga:

Cara senaman kagel untuk wanita

Teknik atau cara senaman kegel boleh hadir dalam pelbagai versi dan mungkin berbeza bagi setiap individu.

Namun jangan risau kerana kesemuanya berdasarkan satu  asas yang sama iaitu dengan mengetatkan otot pelvis. Ini cara senaman kagel yang anda boleh ikuti:

  • Sebagai permulaan, kemut otot selama 3 saat, kemudian perlahan-lahan rehatkannya selama 3 saat
  • Pengulangan senaman sebanyak 10 ke 15 kali ini dipanggil set, cuba lakukan 3 set kegel sehari
  • Tambah tempoh masa beransur-ansur kepada 5 saat, dan kemudian 10 saat bagi setiap cubaan
  • Anda hendaklah terus kemut selama 5 ke 10 saat dan kemudian rehat selama 5 saat untuk meregangkan otot punggung. Sila pastikan anda tidak mengecutkan otot lain seperti abdomen
  • Secara idealnya, anda perlu menambah 1 saat untuk setiap minggu atau mengikut keselesaan anda

senaman kagel

Tip-tip senaman kemut

  • Setiap senaman pastinya dimulakan dengan mengambil posisi yang tertentu. Berbeza bagi senaman kegel, anda bebas untuk melakukan apa-apa posisi seperti berbaring mahupun duduk bergantung dengan keselesaan masing-masing
  • Jika mempunyai otot pelvis yang lemah, anda mungkin mahu melakukannya dalam posisi berbaring. Beberapa minit pada waktu pagi dan sebelum tidur adalah waktu terbaik untuk memulakan senaman ini
  • Semasa memulakannya, hanya lakukan senaman kegel mengikut kemampuan (contohnya, 5 kegel selama 3 saat setiap 2 kali sehari). Tingkatkan bilangan set secara perlahan apabila badan mula serasi
  • Jangan menahan nafas semasa melakukannya. Juga, berhati-hati untuk tidak menahan atau menekan otot paha, belakang, punggung, atau perut anda. Jika anda gunakan otot ini bermaksud anda tidak melakukan senaman dengan betul
  • Tidak perlu membeli peralatan seperti ‘penguat otot kegel’. Walaupun ia mungkin membantu, namun ia juga mungkin tidak berfungsi seperti yang diiklankan

Kini anda telah tahu cara senaman kagel yang betul. Jangan lupa amalkan kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan wanita.

#IWD2022 #StandStrong

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kegel Exercises (Pelvic Floor Exercises). https://my.clevelandclinic.org/health/articles/14611-kegel-exercises. Accessed on February 18, 2022.
  2. Kegel exercises: A how-to guide for women. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/kegel-exercises/art-20045283. Accessed on February 18, 2022.
  3. Pelvic Floor Dysfunction. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14459-pelvic-floor-dysfunction#:~:text=Your%20pelvic%20floor%20is%20a,muscles%20are%20the%20home’s%20foundation. Accessed on February 18, 2022.
  4. How do I know if I’m doing Kegels right?. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2015/may/how-to-do-kegel-exercises-correctly. Accessed on February 18, 2022.
  5. Pelvic floor muscles. https://www.continence.org.au/about-continence/continence-health/pelvic-floor. Accessed on February 18, 2022.

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Guna Jari Untuk Lihat Rahim Jatuh Atau Tidak, Berani Buat Sendiri?

Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan